Friday, September 26, 2008

Sepi ofis.

Semua dah start bercuti.

Aku ... seperti tahun tahun kelmarin .... semenjak aku berkerja di KL, tak pernah apply cuti raya. Tapi apply cuti Krismas.

Tahun ni, secara rasmi aku bercuti Raya. Pun begitu, tak juga apply cuti Raya. Tak tahu nak hala kaki ke mana.

Ada dua tiga orang sahabat baik di office yang memang kampung mereka di KL ajak datang rumah mereka. Tak mahu aku dok sendiri. Raya perlu dinikmati bersama-sama. Insyallah. Aku datang.

Puasa tahun ni amat mencabar. Tahun tahun kelmarin puasa gak, tapi tahun ini puasa aku dikira haram halalnya. Dikira pahalanya. Moga moga aku mendapat berkah.

Tarawih - dari hari pertama nak pergi. tak terpergi pergi. masih mengharap untuk pergi beberapa hari kebelakangan ini sebelum raya, Insyallah dapatlah pergi kurang kurang sekali.

Puasa tahun ini, banyak jugaklah aku ponteng hari. Aku salahkan pada stress kerja, tapi bukan alasan. banyak tak banyak ... lebihlah sepuluh hari termasuk hari luka lama berdarah kembali.

Dua tiga hari lagi nak raya. Sayu? tak terasa lagi. Mungkin pada harinya aku akan terasa. Terutama bila orang sibuk sembahyang raya, aku pulak terbongkang kat rumah. Insyallah, kalau tak ada siapa pun nak ajak aku pergi, aku jejak sendiri lah Masjid Shah Alam tu. tak kan lah semua nak berteman kan? Yang penting niat.

Esok aku nak cari langsir baru. untuk tingkap kat ruang tamu dan dapur. dua set je pun. esok aku nak cari sikit kuih muih, tak ada sapa pun nak datang, tapi biarlah terasa juga mood raya tu walaupun aku raya sorang sorang. esok nak mop lantai dan kemas rumah. nak gantung kad raya, semua nya through email sekarang. kalau ada pun kad raya, satu je yang aku dapat eh ... dua. dari adik angkat aku Riez dan dari Seri SKMM. tak berbaloi nak gantung kat dinding rumah. esok, aku nak letak lampu ketupat yang aku amik kat tepi jalan kat Cheras 4 tahun dulu, - nak gantung kat ruang tengah. entah macam mana nantilah aku fikirkan. esok ... aku nak settlekan skrip Mahsuri aku yang re-write kali ke 5. harap harap itu re-write yang terakhir. esok ... banyak juga yang perlu aku lakukan esok. kalau tak dapat pun aku lakukan hari Ahad.

Kepada semua, aku nak ucapkan,

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Salah & Silap Harap Di Maafkan ye?
Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan dan keberkatan yang berpanjangan untuk semua.


Salam dari Saya,
Ainur Mahdiyah Zahra bte Abdullah

Friday, September 19, 2008

Okay,
apa yang terjadi hari ni?
let see ...
skrip mahsuri kena rewrite kali ke 3.
then, temankan bro jim tengok umah.
then, makan ngan akob, bro jim and adek.
then, menghadap laptop aku dan betulkan skrip.
then, menghadap laptop aku dan betulkan skrip.
then, menghadap laptop aku dan betulkan skrip.
then, skrip aku tak betul betul jugak.
cis.
Debar apakah ini?
bagai terasa dicucuk pedih.
degup yang terasa wujud antara jantung dan hati.
memukul mukul dinding jiwa,
meminta untuk dibebaskan.

andai saja bisa aku lepaskan apa yang terbuku ...
tidaklah airmata ku mengalir
menahan senak dan kesakitan yang berlegar diantara ruang itu.

ruang apa kah itu?
itu adalah ruang rindu.
rindu yang sudah mencapai langit ke 7!

Monday, August 18, 2008

Wow .... dah lama rasanya tak menulis kat sini.

Dah tak reti menulis pun agaknya.

Mati bahasa dah.

Pelik. Padahal aku dan tulisan memang suatu ketika dulu bagai isi dan kulit. Tak sah kalau aku tak menconteng buku catatan aku. Tak kisah lah puisi kah, luahan hati kah, detik gembira atau sekadar cakar ayam untuk menghilangkan resah.

Tapi sepanjang tahun ni, aku berat sangat nak menulis dah. Entah. Bak cinta yang pudar. atau mungkin aku sudah kehabisan kata kot ....

Sangat tragik lah jika aku tidak mampu menulis lagi. Padahal penulisanlah yang menjadi sahabat aku paling akrab semenjak di bangku sekolah. Penulisanlah tempat aku mengadu sunyi. Melalui penulisanlah aku menghidupkan cita cita. Penulisan jugalah yang membawa aku ke Kuala Lumpur dan menempatkan aku ditempat sekarang. Jika aku kehilangan kata, apa lagi yang aku ada?

Kembali menelusuri 4 buah blog yang aku ada yang masing masing aku pisahkan mengikut genre mood aku sendiri aku sebenarnya sudah menjadi ahli blogger ini semenjak tahun 2001. Dah lama dah. Kalau blog belum menggila seperti sekarang, aku dah gila blog dah. Aku siap ada satu blog yang aku dedikasikan khas untuk puisi puisi yang aku karang. Blog tentang kehidupan percintaan. Blog tentang kerja kerja yang aku lakukan (which is this one) dan blog tentang seorang lelaki yang sangat aku puja dan dambakan. Tak termasuk lagi blog aku di friendster dan myspace. Semuanya kerana aku suka menulis.

Sekarang nak buat entry sebulan sekali pun payahnya ya Rabbi.

Jangankan nak buat blog, nak tulis skrip pun liatnya nak mati.

Hai lah. Nasib nasib (bak kata papi aku) .... moga moga aku menemui kembali cinta ku ini. Cinta terhadap bahasa. Cinta terhadap kata. Cinta terhadap karya penulisan.

Doakan yah?

Thursday, June 05, 2008

Banyak yang berlaku.
Kadang tak tertanggung bahu.
Tak terbawa fikiran.
Terlalu berat sehingga beberapa kali diturunkan beban itu,
masih terasa juga beban yang sama.

Kadang hati meliar memikir yang salah.
ada ketikanya menangis di pojok kamar,
tersedu memikir nasib diri.
bukannya malang pun, tapi hati terasa berat melewati hari.
bukannya menderita pun, tapi entah ada yang terbuku enggan terungkai.

kata mereka itu dugaan untuk mu.
lapik kan diri dengan air sembahyang.
sujud lah menghadapNya ketika sampai waktu.
bagaimana harus ku lakukan itu?
jika itu juga aku tidak tahu?

terumbang ambing aku dibiarkan.
dan itu sangat menyakitkan.
setiap kali aku menghulur tangan minta bantuan,
setiap kali itu juga lah tangan ku di tepis.
beginilah aku - teraba raba dalam terang.

aku diam memerhati kehidupan ini.
misterinya terlalu dalam.
dan aku semakin tenggelam.

Wednesday, January 02, 2008

Alhamdullilah ... Alhamdullilah ... Alhamdullilah ...

Syukur ke hadrat Allah s.w.t.

Ainur Mahdiyah Zahra ... nama baru saya. Diberikan oleh seorang sahabat baik dan abang angkat (ZRA).

Doakan saya agar menjadi muslimah yang solehah. Doakan saya agar saya berjalan diatas landasan iman yang benar. Doakan saya agar saya berjaya dalam perjalanan saya menjadi seorang Muslim yang sejati.

Amin. Amin. Amin.

Saya tidak merasa gementar sama sekali. Mungkin kerana sudah sekian lama saya merasakan saya seorang Muslim. Cuma status agama saya sahaja yang belum bertukar. Namun bila lafaz dua kalimah syahdat terucap dari bibir, getar bukan kepalang saya rasakan.

Akhirnya saya SAH menjadi seorang Muslim.

Saya mencintai agama ini. It takes me quite a long time to convert, but right now I understand, hidayah untuk saya sudah sampai ... dan saya peluk dengan segenap jiwa dan raga.

Saya masih lagi Paullina Oppei Paulus - anak kepada Nora Oppei dan Asnawi Simatupang. Cucu kepada Paulus Oppei dan Christina Lokollo. Anak buah kepada Dominggus Tenlima, Maria Tenlima Abdullah, Khairul Azman Abdullah, Pernando Paulus Oppei, Welson Oppei, Joseph Oppei dan Margaret Oppei @ Aishah Abdullah.

Saya masih kakak kepada Christine Simatupang, Johnson Simatupang, Caroline Simatupang dan Jackson Simatupang.

Masih kakak sepupu kepada Patrecia Pernando Oppei @ Patrecia Abdullah, Primus Fenandez Pernando Oppei, Paul Kennedy Pernando Oppei, Nes Emelda Pernando Oppei @ Emelda Abdullah, Paul Christopher Pernando Oppei, Paulus Santa Maria Pernando Oppei, Arthur Pernando Oppei, Paul Beatrix Pernando Oppei, Chnythia Pernando Oppei dan Christina Pernando Oppei, Aaron Joseph Oppei, Aileen Joseph Oppei dan Mathius Welson Oppei.

Makcik kepada Deka, Mitchel, Noel dan Farah.

Cuma yang saya harapkan adalah, saya tinggalkan kehidupan yang kurang baik masa dulu, dan saya kekalkan apa yang terbaik yang saya miliki untuk menjalani kehidupan baru ini

Dengan lafaz Alhamdullilah ... saya ingin memulakan langkah kaki ... dialam yang lebih hakiki.

Asalamualaikum.

Ainur Mahdiyah Zahra.

Friday, November 23, 2007

Cerita dari Kosovo




Percubaan pertama ... dan terakhir rasanya. Susah rupanya nak menyanyi ni.