Friday, November 23, 2007

Cerita dari Kosovo




Percubaan pertama ... dan terakhir rasanya. Susah rupanya nak menyanyi ni.

Thursday, October 11, 2007

Office sunyi hari ini.

Most of the staff dah ambik cuti raya. And I'm still lingering around.

Tiba-tiba jadi sedih. *Sigh* *Hiks*

Teringat Raya di Kg Sim-Sim. Gosh .. I would wake up early ... siap-siap to go to Nang's and Ning's house. Then we will berjarah and then carried on with visiting the relatives around the neighbourhood.

I am not a Muslim - yet tapi was exposed to the tradition of Raya since I was a little kid.

I miss my moments of Raya. Especially malam Raya tang dok berkemas-kemas dan menghias rumah - the final touch up. Isi kuih kat bekas. Pasang lagu raya kuat-kuat and belek baju raya dua tiga kali.

Hiksssssss ......

Now .. dah 7 tahun tak rasa semua tu. Sedih sangat sangat.

Ning and Nang ... wouldnt be able to get home though I said I would. Work has taken its tol on me. I hate it! But I love my job.

To everyone:-

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAFKAN KALAU ADA TERSALAH KATA
DAN TERSINGGUNG HATI.

Enjoy the festive season.

Sunday, October 07, 2007

Kehancuran




Ku calit warna ungu di dada tanda kasih ku ..

Dosakah aku mengakui mu teman hidup ku?
Ku sedar kini semuanya .. luput berlalu ...
Meredah hati .. menuju gersang ... madah pinggiran ..

Hahahaa .. tak sangka boleh dengar lagu ni. My all time favourite!

Luka Lagi - Gersang




I love this song. Just to share with everyone!

Wednesday, September 12, 2007

Dah setahun berlalu ...

puasa datang lagi ..

dan aku masih begini ...

mengumpul puasa tanpa pahala.

Mudah-mudahan tahun depan ....

aku dapat rezeki dan berkah berpuasa.

Thursday, August 30, 2007

Selamat Hari Merdeka

dengan ucapan

MERDEKA KAH KITA?

Monday, August 20, 2007

Baru beberapa hari lalu aku bergurau di blog seorang teman ... ku katakan aku rindu untuk pulang ke kampung halaman. Rindu kampung tempat aku dibesarkan. Rindu makanan that i grew up with ... but i never thought that i will be coming home so soon. and for a different reasons all together.

aku selalu memikirkan tentang kematian dalam keluarga. opa dan oma serta nenek aku, usia mereka semakin lanjut. being so far away from them and always moved around the world in every 3 months makes me worried. deep in my heart there is a little prayer " Ya Allah, lindungin lah keluarga ku ... sentiasalah bersama mereka ... berkatilah mereka ..." the prayers goes on. Praise be to the lord, nothing have happened ... yet.

Namun 4 hari lalu, ketika aku baru turun dari pentas menerima penghargaan di Kedutaan Indonesia, belum sempat aku selesa atas kerusi VIP yang disediakan, satu panggilan telefon memadamkan sama sekali mood aku pada pagi itu.

One of my uncle called and said this: " Sudah kau dengar berita kah? Ada oma call kau?" then suddenly my heart skip a beat. What is this .... what's happening? It never cross my mind that he would say " Si Osi meninggal semalam .... " I was stunned. And somehow along the way I forget to breath until i feel this heavy lump in my heart and suddenly my face feels warm and i stand up and walk out from the VIP area. Kepala ku bertarung antara percaya atau tidak. Cuba mencari sebab bagaimana Makcik ku itu boleh meninggal dunia. Akhirnya dengan satu nafas panjang dan kekuatan yang entah datang dari mana ... aku menyimpulkan bahawa kalau sudah sampai waktu untuk pergi, then we have to leave. In the end, jodoh, maut, ajal, pertemuan bukan berada dalam kawalan kita.

Tiga hari sebelum mendiang makcik Osi meninggal, pada satu pagi yang damai, aku terlena atas sofa bilik aku di office. Pagi itu .... aku dikejutkan dengan bunyian yang sangat membingitkan telinga. Kepala tengah mamai ... and the sound didnt register well in my head. But once it did ... aku terbangun dan terus duduk. Mata terbuka luas memandang ke arah tingkap. Its the sound of the dead bird. Suara burung gagak. I call my grandmother and asked about everyone and she said that everyone is ok. Maybe its only my imagination. Kalau di Sandakan, mungkin boleh percaya lah kalau gagak menangis .. ertinya ada yang meninggal tapi di KL ni, gagak is everywhere ... I thought that i was over-reacting. Tapi semalam di page seorang teman aku terbaca quoate ini:

"People once believed that when someone dies a crow carries that soul to the land of the dead"

Mungkin aku diberi petanda. Bahawa sesorang akan dibawa pergi .. jauh dari dunia ini. Seseorang yang rapat dan ada hubungan dengan aku.

Aku sampai di Sandakan pada pagi 17 August. Setelah hampir 4 tahun, aku balik pulang. Kali terakhir aku bertemu dengannya pada tahun 2001, setelah aku selesai kuliah. Dan ketika aku pulang 4 tahun lalu, aku tidak berkesempatan bertemu dengannya.

Walaupun begitu, dia bukan asing dalam hidup aku. I grew up with her around. Because she is my uncle's wife and they stayed with my grandparents for almost 12 years of their marriage before they moved out.

Her daughters and sons though my cousins are considered my siblings. Six of them stayed with us in my grandfather house and we grew up together. The youngest is like a son to me. Why they staying with us is a sad story that if your browse through the archieve of this blog, you will find the details.

Ketika sampai kerumah ibu bapa mendiang, jenazah sudah ada. Terbaring tenang dalam keranda berkaca. tapi aku tidak dapat gagahkan kaki ku untuk melihatnya terbaring disana. satu demi satu sepupu ku datang menghampiri aku. tangan ku disalam dan dicium. hati ku sebak. mereka baru kehilangan ibu. wajah mereka masing-masing sarat dengan bekas airmata. dan dibibir mata ada lagi yang menanti untuk jatuh. aku masih gagah tanpa rasa. bukan kerana aku tidak bersedih, kerana aku masih tidak percaya yang dia sudah tidak ada lagi di dunia ini.

Aku tanyakan kepada anaknya yang ke 4. Apa sakitnya .... jawabnya pada ku: "paru-paru berair". Osi Doni Pati meninggal dunia pada usia baru menjangkau 42 tahun kerana paru-paru berair.

Upacara sembahyang selesai, satu demi satu dipanggil untuk penghormatan terakhir. Ibu mendiang, oma Ado berhenti dihadapan keranda dan menatap wajah anaknya dari kaca. Wajah yang akan lekat dalam ingatan. Kerana itulah kali terakhir kami akan menatap wajahnya sebelum akhirnya dia benar-benar terpisah dari dunia nyata.

"Kenapa kau yang pergi dulu bah nak .... kenapa kau kasi tinggal mama bah nak ..... apa bah salah mama sampai begini nasib mama bah nak ....bangunlah lah nak ... biar mama yang ganti ..." raungan dari ibu yang kehilangan anaknya. Hati ku bagai dijentik. Sayu dan pilu.

Kemudian tiba giliran anak-anaknya. Yang ke 3, anak lelaki yang paling rapat dengannya duduk disisi keranda. Menatap wajah ibunya. berkata sesuatu buat kali terakhir. memohon ampun. dengan airmata terburai. kesal kerana belum sempat dia dewasa, ibunya sudah pergi. belum sempat dia membantu, ibunya sudah pergi. ketika esaknya tambah panjang, aku datang ke belakangnya. aku tarik dia perlahan-lahan .... dan dia rebah diatas bahu ku. tangisan yang akhirnya membuatkan aku tidak daya menahan sebak. ini tangisan seorang anak yang kehilangan ibunya. dan aku bukan manusia jika aku tidak merasakan kesedihannya. kesedihan seorang yang bagai adik kandung ku sendiri. "kami tiada siapa-siapa lagi bah ... kenapa bah nasib kami begini"

ku bisikkan ditelinganya : "jangan menangis. kesian mama mu. jangan kasi tambah deritanya. kami ada. aku ada. oma ada. jangan menangis. kami ndak akan tinggalkan kamu adik beradik" usianya 21 tahun. dia baru beranjak dewasa. namun kuliahnya belum selesai. tetapi dia terkilan kerana tidak dapat membantu ibunya.

Tiba giliran anak ke 4. Anak perempuannya yang sabar menjaganya ketika dia sakit. Ku anjak yang ke 3 ke sisi, seorang lagi rebah dalam pelukan. Sekali lagi airmata ku tidak mahu berhenti. Ketika anak ke 5 bertafakur dihadapan ibunya, esaknya pecah perlahan. Bahunya bergoncang tak mahu berhenti. Tangisan seorang anak yang terkilan. Dia satu-satunya anak mendiang yang tidak pergi melawat ibunya ketika ibunya sakit. Setiap kali diajak kakaknya - ada saja yang menjadi halangan. Sentiasa bertangguh. Dan hari ini, dia berlutut dihadapan ibunya. Memeluk hanya keranda. Menatap wajah ibu. Ingin diciumnya tapi kaca menjadi pemisah. "Ampunkan aku mami ....ampunkan aku" dalam sebak dan tangis yang makin menggoncang dia memohon maaf.

Aku tarik dia. Dia anak lelalik yang paling disayang dalam keluarga. Paling manja. Paling diutamakan. Tetapi dia tidak sempat melihat wajah akhir ibunya. Malah dia paling terkilan, bila kakaknya bercerita, sebelum ibunya meninggal, dia sering ditanya dan dicari.

Ketika anak ke 6, si bongsu lelaki bertekuk lutut. Aku bagai terlupa untuk bernafas. Wajahnya tanpa reaksi. Tapi kemudian aku lihat airmata jatuh disudut bibir. Keranda ibunya diusap berkali-kali. Ini anak yang aku jaga dari kecil. 16 tahun umurnya ketika ini. Bagaikan anak ku sendiri. Dia membesar tanpa mengenal kasih sayang ibunya. Tetapi dia tidak pernah berhenti mencari kasih sayang ibunya.

Ketika dibenamkan wajahnya di dadaku ... aku berbisik lembut kepadanya: "Nong, jangan simpan dendam dalam hati yah ... maafkan sahaja semua kesalahan mami sama kau. Jangan kau bawa dendam dalam hati walau dia ndak jaga kau dari kecil yah?" Dia hanya mengangguk dalam esak yang tertahan.

Ketika anak sulungnya berdiri menatap wajah ibunya buat kali terakhir .... aku termangu sendiri. Sekarang, dialah yang akan menjadi ibu kepada adik-adiknya. Mendiang ibunya sempat membantunya beberapa bulan lalu, sebelum sakitnya bertambah teruk, ibunya lah yang membantu menguruskan anaknya yang baru lahir kerana ketika itu si sulung ini tidak berdaya kerana dibedah ketika melahirkan anak bungsunya. Tangisan seorang anak pertama, anak yang mengerti penderitaan ibunya. Anak yang menjadi dewasa sebelum waktunya. Anak yang sangat tahu apa yang terjadi didalam hidup ibunya. "Mi .... ampunkan aku mi. Aku selalu susahkan mami ... ampunkan aku mi ..." aku tarik dia dalam pelukan. Aku bisikkan pada nya. "Kuatkan semangat mu nong ... adik-adik mu ada kau seja. Kuat semangat."

Ketika anak sulung lelakinya, anak kedua yang sangat dibanggakan mendiang melangkah masuk. Suasana hening seketika. Diwajah dukanya ada garis senyum ketika melihat wajah ibunya. Bagaikan berkata : Hi Mi, aku sudah pulang.... kenapa mami ndak tunggu aku? Anak lelaki sulungnya ini bergegas pulang dari Miri tatkala mendapat khabar duka mengatakan ibunya sudah pergi. Lama dia duduk disisi keranda. Perlahan dia tunduk mencium cermin yang memisahkan dia dan ibunya. Bagaikan ingin mencium dahi ibunya. Airmatanya jatuh membasahi cermin itu.

Ku usap belakangnya ... dan dia melangkah pergi. Aku pun bertekut lutut di sisi keranda .... wajah mendiang ku tatap penuh. Airmataku mengalir mencurah. Dia tampak tenang tak terusik.

"Hi Sister .... lama kita ndak jumpa. Ndak sangka kita jumpa dalam keadaan begini. Aku minta maaf kalau selama ni aku ada buat salah. Maafkan opa ku juga yah .. aku tau dia banyak salah sama kau. Juga abang ku .... "

Secara bloodline nya aku memang anak buah ... tetapi secara hubungan kekeluargaan aku sudah dianggap adik oleh mereka.

Osi .... tenang lah disana. Tragis perjalanan hidup mu. Penuh derita dan airmata. Kadang kau sembunyikan dalam hilai tawa dan senyum manis mu. Jangan kau sedihkan tentang dunia ini. Tenanglah disana. Jangan risaukan anak-anak mu. Kami ada. Dan kami akan selalu menjaga mereka. Lihat si kecil mu .. sudah besar dia menjadi anak bujang yang boleh diharapkan. Tenanglah disana.

Berakhir Cerita mu ...

Hari ini berakhir derita mu …
Penutup episode kisah cinta mu dan dia.

Damailah kau disana.

Usia mu masih terlalu muda ketika kau jatuh cinta dan menjadi isterinya …
Masih belum matang ketika kau sudah bergelar ibu kepada anak-anaknya …
Dan masih terlalu awal untuk kau mempunyai cucu.
Dan ternyata pergi mu juga … terlalu cepat.

Walaupun jauh hubungan mu dengan anak-anak,
Tapi banggalah …. Kerana mereka anak anak yang baik.
Amanlah disana … kami akan menjaga mereka.

Monday, August 06, 2007


Buat aku Tersenyum

Aku ada sebab untuk tersenyum hari ini. Entahlah. Semenjak pertelingkahan yang tercetus beberapa bulan lalu, akhirnya aku menarik nafas lega ... langkah pertama sudah diambil untuk mereka kembali berdamai,

Untuk mereka kembali bersatu dalam satu produksi memang sukar untuk aku impikan. Apatah lagi sekarang masing masing dah ada baby masing masing. Tapi .... untuk mereka kembali menjadi kawan semula, itu amat aku harapkan berlaku.

Mereka sama sama mencipta nama .. sama-sama terkenal ... sama-sama membesar dalam industri ... sama-sama mendapat kegemilangan ... sama-sama mendapat hasil dan pulangan lumayan ... dan aku dapat berharap mereka akan kembali bersama sebagai teman dan gembira bersama sebagai teman.

Walaupun harapan aku ni tinggi melangit ... tapi ... aku sangat berharap ia akan jadi realiti.

Langkah pertama sudah diambil ... dan hari ini ... aku tersenyum gembira.

Bukan itu saja sebab aku tersenyum, akhirnya .. seorang teman memberitahu ... Expose have hits the 100 target. That makes me the happiest person alive today. And I am glad.

Terima kasih Tuhan ... kerana senyuman ini. Terima kasih.

Just for a tease ... here's some of my pics dari Afrika Selatan. Just got back 2 weeks ago. And getting bigger by the day.

Happy teusday all. My favourite day of all! hehehehe ....


Which way to go? Cape Point

District 6 - Cape Town

Madiba Statue di Water Front, Cape Town - Baru lepas shopping ria

Friday, June 29, 2007


Tribute untuk Seorang Jaidi Sahar

Pagi ini terasa sangat sayu. Pagi ini bagai semua turut berduka cita. Kelam dalam kesyahduan dan rasa kaget, pemergiannya sama sekali tidak disangka.

Baru semalam kami bertepuk tampar bergurau senda, baru semalam dia mengenyit mata kepada seorang teman, baru semalam dia memberi lambaian .. namun semalam juga dia berkata, dia akan pergi meninggalkan kami semua.

Apa yang dikata terkota pagi ini.

Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir, dengan pen ditangan, sedang mengerjakan storyline untuk assignmentnya ke Balkan pada hujung July nanti.

Aku mengenalinya melalui kaca televisyen. Ketika itu dia seorang pembaca berita sukan dan adakalanya menjadi pembaca ramalan cuaca.

Tahun demi tahun berlalu, bila aku mula terlibat dengan Edisi Siasat sebagai stringer, dia merupakan antara wartawan yang amat aku kagumi kerana keberaniannya membongkar isu yang jarang dapat dibongkar oleh wartwan lain di stesen terbabit.

Komited terhadap kerja ... walaupun dalam deadline yang sangat ketat.

Tidak sampai sebulan setelah aku menjadi staff ntv7 - dia mengambil keputusan untuk berhenti. Aku tidak pernah sempat bertembung muka dengannya. Tapi nama Jaidi Sahar dan Edisi Siasat sangat sinonim hinggakan sering dihambur pujian oleh Penerbit Edisi Siasat ketika itu, Zainal Rashid Ahmad.

Tahun ini .... setelah 4 tahun tidak pernah terdengar cerita tentangnya .... dia datang bertemu Zainal. Datang sebagai Jaidi Sahar yang berbeza. Yang positif tentunya.

Dan buat pertama kalinya, aku dapat betemu dengan lagenda Edisi Siasat. Orang yang sudah terlalu lama ingin aku temui. Dia akhirnya berkerja di FM sebagai Head of Regional Content Development. Juga merangkap sebagai Penerbit dan Presenter Atlas Nusantara. Dan presenter untuk Suatu Masa dan Expose.

Aku tidak terlalu rapat dengannya - tetapi bila setiap kai bertemu dan berbual dengannya - hati terasa ceria. Apatah lagi mendengar suaranya yang begitu 'lelaki'.

Kini ... tiada lagi kenyit matanya, tiada lagi sapaan mesranya, tiada lagi usikan dan gurauannya, yang kami ada - hanya memori bersama dengannya.

Dia disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung. Begitu fatal, sehingga tidak ada siapa yang tahu akan kehilangannya. Dengan satu batang pen terdakap rangkulan jemari .... dia pergi untuk selama-lamanya.

Ketika entry ini ditulis, jenazah Jaidi Sahar sedang dikebumikan di kawasan perkuburan Batu 5, Jalan Ipoh.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Semoga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya. Semoga dia beroleh kesejahteraan di alam sana.

Selamat jalan abang Jaidi. Senyum mu akan selalu terpatri dalam ingatan ku.

Saturday, May 12, 2007

Salji cair di kawasan pergunungan dalam perjalanan Damascus-Beirut

Merasa naik kerete kebal UN di Kem
Kontinjen Malaysia di Kaukabar, Marjayoun

Kesan tinggalan perang di Marjayoun

Pinggiran Mediteranean di Beirut

Kubu Lama di Sidon

Di Saida or Sidon dengan abang askar Lebanon

Dengan anggota tentera Malaysia
di Spain UN Camp, Kaukabar, Marjayoun Lebanon

Batu ni betul2 kat tengah bandar Beirut,
katanya tempat orang selalu bunuh diri ... tah lah ..


Hard Rock Beirut

Nak posting gambar. Harap2 keluar. Tak tau nak post apa. Masih stuck dengan ayat dan perkataan untuk describe journey selama sebulan. anyway ... this is pics around Lebanon.

Monday, April 30, 2007

2 hari berada di Kaukabar, dua hari itu juga lah hujan turun sepanjang hari. Bengang bukan kepalang, apatah lagi bila Komandan Dalib kata sebelum ni tak pernah pulak nak hujan. Tapi nak buat macam mana, Tuhan nak bagi hujan, tak kan nak mengamuk ngan Tuhan.

2 hari berada dalam kem di Kaukabar terasa bagai berada di Malaysia. Dikelilingi abang askar yang gagah perkasa. Sempat juga berkenalan dengan anak A.R Badul yang menjadi Kapten dan ketua Unit Sniper di Kem Malaysia.

Kami turut dibawa ke Kem Sepanyol. Terasa ngeri bila menghadiri briefing yang diberikan Left Col PR Departmentnya (aku lupa nama). Setengah juta cluster bomb masih berterabur di merata tempat di Selatan Lebanon. Terutamanya di kawasan ladang zaitun. Yang menjadi mangsa adalah kanak-kanak dan wanita. Waktu ni terasa sangat marah dengan rejim Zionis. Nak je angkut abang2 askar malaysia tu dan pegi berperang ngan Israel. Bukannya jauh pun ..belah bukit kat Kaukabar tu je. Tapi ... 350 orang anggota, mana cukup nak lawan 10 ribu tentera dia yang standby kat sempadan. Simpan sahaja lah geram dalam hati. Dunia masih tak mahu bersatu menentang Israel jahanam.

... to be continued ...

Monday, March 19, 2007

Macam tak percaya, tapi itu lah hakikatnya. Akhirnya Team Trek G dan Anggerik M memulakan trip antarabangsa yang pertama. Timur Tengah dan Eropah Timur (Turkey) akhirnya dijejaki.

Bila berada atas pesawat menuju Dubai, hati terasa kecut. Bagaimana kalau trip yang buat pertama kalinya tidak diketuai Zainal Rashid Ahmad ini tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Ngilu bila memikirkan kemungkinan yang terjadi.

Dengan status untuk masuk ke Iraq masih samar, kami meneruskan juga perjalanan.

Mendarat di Dubai, cuaca sejuk menggamit kami sebaik saja melangkah keluar dari pesawat Emirates Boeing 777.

Sejuknya mencengkam sampai ke tulang sendi. Dengan kaki yang sedikit kebas … kami menjejak terminal antarabangsa dubai dengan bas perantara yang disediakan.

Berada di terminal antarabangsa dubai dalam tempoh transit selama dua jam bagaikan berada dalam gedung membeli belah yang luas. Dek kerana kehabisan tenaga, tidak ada acara membeli belah. Masing masing melayan kantuk dengan kepulan asap rokok dan berborak kosong.

Pelbagai gaya manusia kelihatan diterminal yang sibuk ini. Semuanya penuh dengan penumpang yang sedang transit untuk menanti pesawat ke destinasi yang ingin dituju. Dibeberapa sudut kelihatan para penumpang yang terpaksa menanti lama membentang kain dan tidur dipojok yang dipilih.

6.30 pagi waktu tempatan (Dubai) kami memasuki pintu 1 untuk meneruskan penerbangan ke destinasi tujuan, Damsyik. Penerbangan mengambil masa selama 3 jam. Setelah 6 jam berada diruang udara dari Kuala Lumpur ke Dubai, urat sendi bagaikan putus, tulang punggung mula terasa lenguh. Namun semangat untuk meneruskan perjalanan masih kuat.

Berada di pesawat, hati gundah terasa sedikit tenang bila diberikan layanan mesra dari pramugari-pramugari jelita emirates airways. Tambah menyegarkan bila dapat menikmati himpunan filem lama dan baru. Ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Dubai, mata masih gagah melayan aneka filem yang disediakan. Namun, akhirnya ketahanan mata sampai pada batas terakhir, 2 jam pertama penerbangan, masing masing lena diulit keletihan.

Sampai di Damsyik, debar makin ketara. Langkah kaki sedikit gundah bila tiba giliran untuk pemeriksaan passport dan visa, kami ditahan dan disoal siasat. Semuanya gara gara kami mendedahkan identity sebagai wartawan dari Malaysia. 45 minit tersadai dipintu imigresen, akhirnya entah atas ehsan apa … mungkin juga kerana Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah dijangka melawat Syria 28 February ini, kami dibenarkan memasuki Syria tanpa banyak soal.

Mata kantuk semakin menjadi musuh. Tenaga sudah hampirr dipenghujung. Leman teman kami di Syria masih belum kelihatan. Gara gara salah informasi, kami terpaksa menunggu Leman selama 2 jam sebelum teman itu muncul dengan wajah masam kerana memberi informasi salah kepadanya.

Setelah urusan sewa kereta selesai … kami segera menuju rumah Leman. Dek kerana terlalu banyak barang, kami terpaksa menitip beberapa beg dirumahnya agar tidak menjadi beban untuk kami ketika memasuki Lebanon esok harinya.

Pagi yang dingin di Syria. Informasi di TV mengatakan suhu di Damsyik pagi ini adalah 7 darjah celcius. Tidak mahu kalah dengan kesejukan, masing masing mengenakan Long John dan sweater setebal mungkin.

Agak kelakar berbaju tebal sedangkan penduduk tempatan bagaikan kebal dengan cuaca sejuk yang menggigit.

Dah namanya anak melayu, cuaca sejuk memang menjadi musuh utama.

Hari pertama di Damsyik dihabiskan dengan urusan mencari kediaman. Terasa sedikit bebannya, berjalan dalam cuaca sejuk mencari teksi dengan beban beg di bahu. Manalagi yang dijinjing tangan.

Selesai urusan rumah, perut mula berlagu minta di isi. Menu pertama di bumi Damsyik, nasi mandi. Makan satu talam berempat. Tak tahu lah sedap atau apa … tapi tak sampai 5 minit, talam yang tadinya penuh dengan nasi beriani dan ayam panggang licin mulus.

Hari berlalu. Belum sempat malam datang, kami masing masing terlena. Jam 6 petang di Damsyik bersamaan jam 12 tengah malam di Malaysia. Agak melucukan, ada yang sudah terjaga jam 4 pagi kerana masih belum dapat menyesuaikan diri dengan waktu tempatan.

Selesai urusan permit penggambaran di Kementerian Penerangan Syria, kami bergerak ke Lebanon.

Naik teksi sebesar gergasi bumi Lebanon di jejaki dengan iringan permandangan indah yang bukan kepalang.

Gunung ganangnya yang indah, dengan sebahagian besar dari puncaknya masih dilitupi salji membawa perasaan gementar dan teruja yang bukan kepalang. Apatah lagi bagi kami kebanyakan dari kami, ini adalah pengalaman pertama melihat salji. Apabila diberi kesempatan oleh pemandu untuk singgah seketika bermain salji, terasa sangat menggembirakan.

Kami tiba di Beirut ketika malam mula melabuhkan tirai. Destinasi tujuan adalah Kedutaan Malaysia di Lebanon. Sebaik mendapatkan surat kebenaran masuk ke Markas Kontinjen Malaysia di Marjayoun, kami meneruskan perjalanan.

Mengikut catatan kilometer, perjalanan hanya sejauh 72km. Namun kami perlu menempuh perjalanan selama 3 jam dek kerana keadaan bukit bukau untuk sampai ke kawasan berkenaan. Setelah melalui 2 post tentera Lebanon, kami sampai ke Markas kontijen Malaysia ketika kebanyakan penghuninya sudah lena diulit suasana dingin yang mencengkam.

Ketibaan kami disambut oleh Kapten Zuhairy dan Mejar Gilis. Dan seterusnya diperkenalkan dengan Comandant Kem, Kolonel Dalib.

Adat orang melayu diperantauan, kami disambut dengan hati terbuka. Dek kerana malam sudah larut, kami Cuma dihidangkan dengan tea dan biskut kering yang lazat atau mungkin kerana kami lapar biskut menjadi tersangat lazat.

Kasihan mungkin melihat kami yang ghairah meratah biskut kering, Comandant Dalib mempelawa kami makan mee segera. Pucuk di cita ulam mendatang, kami tidak berani menggeleng. Senyum kami menandakan kami menerima pelawaan. Sambil menunggu mee segera datang, kami berbual kosong dengan Kolonel Dalib. Bercerita tentang perkembangan terkini di Malaysia.

Seumur hidup, ini pertama kali merasa sangat teruja untuk menjamah mee segera. Bila mee segera yang dinanti terhidang …. Kecuali abang Jimang, yang lain termasuk aku, terkedu seketika. Mee segera campur sup kambing. Alamak! Macamana nak makan. Pesan abang zainal terngiang di kepala ku. “Ada sebab kenapa hidangan itu dihidangkan. Kalau kat tempat orang, makan apa orang tempatan makan”

Daging kambing yang terkenal dengan hanyir dan ‘panas’ nya aku ratah. Terasa hanyirnya … tapi dek kerana cuaca sejuk …. Dan mengenangkan kepanasan daging kambing boleh memanaskan badan, aku habiskan mee segera yang terhidang. And by second thought, sedap juga daging kambing ni.

Aku pernah rasa daging kambing sebelum ini, tapi ….setakat rasa segigit. Ini adalah pengalaman pertama aku menghabiskan daging kambing yang dihidang.

Tak ada rasa sakit kepala … tapi aku tidur lena malam itu.

Pagi yang segar di Kaukabar. Namun dada terasa sedikit sempit menghirup cuaca sejuk. Lebih memeritkan apabila hujan turun mencurah curah. Terasa sedikit kecewa kerana penggambaran terpaksa di tunda. Langit muram mencacatkan visual yang diambil.

Namun tidak boleh berlengah, kami ambil visual sekadar yang ada.


.... to be continued .....

Tuesday, February 13, 2007

Tarikh yang dipilih untuk akhirnya terbang ke Damsyik sudah ada. Penggambaran untuk Trek G ditetapkan pada 22 February ini. Alhamdullilah ... akhirnya aku bersama team Trek G dan Anggerik Millenium akan berlepas pada Khamis, minggu depan.

Setelah entah berapa kali tertangguh - semenjak December lalu, akhirnya aku dan team akan ke sana juga. Lega. Iya kah lega??? Tak juga. Ada sedikit rasa reluctant nak pergi. Mungkin sebab jiwa dan hati aku dah lama kat sana .... dek kerana berapa kali bertangguh, aku dah tak excited nak pergi.

Ikut jadual asal, 18 February adalah tarikh yang ditetapkan. Tapi dek kerana aku masih mengharap agar dapat Visa untuk masuk ke Iraq, aku tangguhkan lagi 4 hari. Kali ini keputusan sudah diambil, sama ada dapat Visa atau tidak untuk ke Iraq, Trek G akan tetap berlepas pada 22hb February ini. Barulah aku kelam kabut nak cari glove, selendang dan snowcap. Kecoh betul.

2 jam 52 minit lalu, aku terbaca di Yahoo News, sebuah bas diletupkan di Lebanon. Cuak, tapi aku masih positif. Mungkin kerana pengalaman di Afghanistan membuatkan aku tidak rasa terlalu gementar untuk menjejakkan kaki ke Lebanon dan Iraq. 1 jam 30 minit yang lalu, aku terbaca Iraq menutup sempadan Syria & Iraq untuk tempoh 72 jam. Satu keputusan dari kerajaan Iraq yang aku kira agak mengejutkan. Kenapa sekarang? Dan aku tahu, perjalanan aku dan izin yang diminta untuk masuk ke Iraq akan jadi lebih sukar.

18 hari untuk trip kali ini akan dimulakan di Lebanon. Sebaik mendarat di Damsyik, kami akan bergerak ke Beirut. Dan akan turut membawakan perkembangan terkini tentera bantuan kita di selatan Lebanon. Dengar cerita, turut disediakan escort untuk sampai kesana. Protokol. Ala bisa tegal biasa .... bukan sesuatu yang baru.

4 hari di Lebanon kami akan ke Damsyik ...dan Allepo .... sebelum bergerak masuk ke Iraq. Jika tak dapat visa, kami akan menukar destinasi ke Jordan. Menjejak pelarian Palestin dan Iraq.

Turkey menjadi destinasi terakhir. Negara yang paling aku idamkan untuk dikunjungi. Kalau ada pun yang menguatkan semangat untuk aku ingin meneruskan misi Trek G adalah kerana ingin menjejak kaki ke Turkey selain ke Iraq.

8 episod aku janjikan kepada ZRA dan FMZ untuk dibawa pulang. Insyallah, dengan izinNya, aku akan tunaikan.

Kejap tadi dapat message dari seorang teman di Damsyik ...katanya "jangan tunda lagi ... karang tak sejuk dah .... kalau salji ada pun sempat cair tau!" aku senyum sendiri. Kali ini aku akan datang. Don't worry.

4 bulan berlalu, the company are getting stronger. Adalah komplikasinya. Problem dengan sistem, problem dengan staff ... tak merungut, aku faham, masing masing sedang mencari momentum diri. Mudahan cepat ketemu ... dan kami dapat beroperasi dengan lancar.

Kalau boleh aku kongsi cerita gembira ... ada 2 perkara, akhirnya impian untuk menerbitkan dokumentari kelas tinggi tercapai. Walaupun bukan aku Penerbitnya, tapi tumpang bangga, kerana impian yang sudah lama disimpan akhirnya boleh bertukar menjadi kenyataan. Syukur, Alhamdullilah.

Kepada kawan kawan yang rajin datang blog, Terra, Kak Fid, Syah & Ontahsapo ... i will not be around for quite a time, tapi we'll see each other kat comment box k? Cause lepas ni memang susah nak masuk entry ... hidup akan jadi seperti zombie ... kena settle kan script dan editing. So ... take care everyone.

Oh ya .... memperkenalkan presenter Trek G ... Tuty ....(*sigh - jangan kecewa sangat)