Sunday, November 12, 2006

Fuh ... akhirnya setelah 2 minggu dok kalut dengan segala macam keserabutan, akhirnya, minggu ini semuanya selesai. Office baru dah nampak macam office. God's willing, minggu ini semuanya akan in order. Sekarang ni masih lagi bits here and there nak dikemas. Tuck here and there juga lah.

Beggining 7th December, I will be leaving the country again. Nampaknya tahun ini aku akan menyambut kedatangan angka 30 dalam hidupku di luar negara. Sedih juga lah. Dan for the first time in life juga aku akan meraikan Christmas diluar Indonesia & Malaysia. Quite sad, tapi nak buat macam mana. Kerja. And I am not complaning. Just a bit sad.

Trek Global akan memulakan productionnya. Kali ini dengan size yang lebih besar dan episode yang perlu di produce juga agak banyak. Kami akan menjejak tamadun Islam di laluan sutera, bermula di Turki. Negara seterusnya adalah Syria, Iraq, Iran, Turkmenistan, Uzbekistan, India, Pakistan, China, Loas, Vietnam, Cambodia & Malaysia. All in all, sampai February barulah dijangka selesai segala penggambaran.

Selain Wan Din dan Dang, team kali ini akan disertai secara permenant oleh aku dan bro Jimang. The rest yang on and off adalah my beloved Zaidy and Ayu as the accompanied visual editor.

Tahun depan dijangka akan membawa banyak perubahan dalam hidup ku. Perubahan positve tentunya. Segala apa yang aku impikan sudah tercapai, hinggakan adakalanya aku merasakan takut untuk melakar impian. Sekarang ini, basically aku hidup dalam impian. Kekadang rasa nak cubit diri sendiri, betulkah apa yang aku alami sekarang? Bila aku duduk sorang sorang dalam office aku, tengok sekeliling, yes. This is true. This is happening.

Rasa susah nak percaya, dalam tempoh 8 bulan, banyak betul benda yang terjadi dalam company. Aku ingat lagi, betapa mudahnya aku melepaskan kesenangan berkerja di ntv7, dan join abang Zainal dan abang Firdaus. Terjun semula dalam dunia yang super sibuk. Walau pada permulaannya agak payah aku nak catch up dan adjust my life agar selari dengan kesibukan sekarang, tapi in the end, boleh jugak. Dan berkat kesabaran dan kepayahan bersama sama membina company, kini jelas terlihat hasilnya. Joint venture dengan Astro Awani memang sesuatu yang tidak dapat diduga. Semuanya kerana Ziarah. Program yang merubah hidup kami semua di FMPSB. Dalam sekelip mata, company kecil berubah menjadi sebuah organisasi yang besar. Kehidupan kami berubah sama sekali. Dan sekarang, most of us is trying to grip on the realiti, dimana kami sekarang.

Masih jauh perjalanan kami. Tapi matlamat dan objektif memang sangat jelas. Dan aku positive kami mampu melaksanakannya. Sekarang ni, i want to work harder, aku ingin menjadi legasi ZRA. Anak didik yang mampu memimpin dan berfikir secara creative satu hari nanti. Itulah impian aku. Impian paling tinggi yang pernah aku letakkan. Dan aku yakin, impian ini tidak mudah untuk aku capai, tapi at least, ianya adalah satu cabaran untuk aku meningkatkan prestasi diri untuk sekurang kurangnya berada beberapa tingkat dibawah ZRA. Untuk mencapai level dia sampai bila bila pun tak dapat kot. Tapi .. jika aku dapat mencapai separuh daripada visi dan misi ZRA, aku dah kira bertuah.

Sekali lagi, seperti yang pernah aku ucapkan sebelum ini, dreams can come true. Jangan pernah berhenti untuk bermimpi and work hard for your dream. Kerana impian memang boleh bertukar menjadi kenyataan.

:)