Thursday, September 08, 2005

Apa?

Been to langkawi last week buat assignment tentang seorang budak autisme yang sangat meminati compere aku wan k.

nama budak ni nurul nadiah. sedapkan nama dia?

cantik budaknya. cukup sifat ... kalau dah besar mesti ramai peminat, tapi sayang, dia mengalami kecacatan otak yang kekal.

aku tak puas tatap wajah nadiah. makin aku pandang, makin sayang aku pada dia.

kita tak tahu apa ada dalam fikiran dia.

tak nak explain panjang panjang, tapi ... ini skrip aku untuk story minggu lalu.

minggu ni aku buat story tumpang pasal bomoh. best gak ... tapi tumpang bukan story full. tak pe lah.

minggu depan aku akan buat story kemanusiaan lagi.

ok ... aku akan paste skrip aku sekarang. Yang ori ... sebelum di edit oleh abang joy ... tak banyak beza sangat ... cuma aku nak tunjukkan skrip yang aku buat dari hati sebelum di alter oleh editor kesayangan aku ni.

Happy reading ... isk isk isk .... sruttttt .... (sedut hingus) yUKKKK!

[V-NADIA]
[BM V/O]
[30/08/2005]
[WRITER=zra]
[SOURCE= ]


[27 Ogos 2005- Alor Setar, Rumah Nadiah]

Sepucuk surat kiriman ayahnya membuatkan kami terbuka hati ... untuk menghadiahkan sesuatu yang boleh menjadi ingatannya ... dan sebagai tanda terima kasih kami ... kepada gadis ini.

Sekali pandang .... wajah ayu ini kelihatan sama seperti gadis berusia 13 tahun yang lain.

Nadiah memiliki bentuk fizikal yang normal ... dan senyuman yang sangat manis.

Tetapi ... disebalik keayuannya ... dan senyum manisnya .... hanya ada renung mata yang kosong.

Kerana Nadiah disahkan autisme semenjak usianya 3 tahun.
Misi kami kali ini adalah untuk memenuhi impian seorang gadis ... maka kami jejaki keluarga ini di Alor Setar, Kedah.

Inilah dia ... insan yang mendapat perhatian kami. Nurul Nadiah Mohd Sutan.

[T/C IN=42:25]
(Bwk jumpa dr - tak boleh keluar dari dunia kanak kanak - cabaran buat saya dan saya cuba hadapi)
[T/C OUT=42:43]
[SUPER=MOHD. SUTAN/Bapa]
[RUNS=00:18]

Apa impian Nadia? Apa yang istimewanya impian gadis ayu ini sehinggakan kami beriya iya ingin memenuhi impian itu?

Gadis kecil ini sangat meminati personaliti ntv7, Wan Kamarudin Wan Ibrahim.

[T/C IN=38:34]
(bila ada wan din mula baca dia sentiasa melihat dengan teliti, walaupun saya tahu dia tak paham apa)
[T/C OUT=38:51]
[SUPER=MOHD. SUTAN/Bapa]
[RUNS=00:18]

Terlalu meminati Wan Kamarudin sehinggakan jika sehari tidak melihat Wan Kamarudin di kaca tv, nadia akan menangis tanpa henti.
(ayu lay gambar)

[T/C IN=38:51]
(bila hari hari tengok tv saya tengok satu hari wan din tak baca .. dia mula teriak dan nangis saya pun tak tahu. dia duduk tunggu wan din bila orang lain baca dia tak beri perhatian. kaklau wandin cuti saya selalu pujuk nanti ayah bawak jumpa wandin ... nama saya pun dia tak pernah panggil)
[T/C OUT=39:52]
[SUPER=MOHD. SUTAN/Bapa]
[RUNS=00:61]

Inilah kegemaran nadiah. TV menjadi peneman setia gadis istimewa ini.
Dan paling istimewa, gadis ayu ini juga merupakan peminat setia saluran ceria anda, ntv7.

Rancangan kegemarannya bukan sin chan atau doraemon, tetapi rangkaian berita My News Network - tak kiralah bahasa apa pun.
Nadiah cukup kenal dengan semua personaliti MNN ntv7.

[T/C IN=18:05]
(rusyilda ismail ... azlina awang had .... wan kamaruddin .... syarifah salwa ... izlan basar .... charles mohan ...rosmanizam dali)
[T/C OUT=18:36]
[SUPER=NURUL NADIAH MOHD. SUTAN]
[RUNS=00:21]

Kami hadiahkan sekeping cakera padat ... khas dari Wan Kamarudin.
Dan inilah reaksi nadia.

[KLIPPING GAMBAR NADIA EXCITED DAN TUTUP MUKA PAKAI BENDERA SEBAB MALU]

Tiada siapa dapat menterjemah apa yang berada difikiran gadis ini.
Entah suka atau tidak .... entah faham entah tidak ...kami tidak dapat menebak.

[klip sket]
Namun yang pasti ...impian gadis ini akan menjadi realiti.

[T/C IN=27:00]
(saya kini berada di langkawi)
[T/C OUT=27:24]
[RUNS=00:24]

[GAMBAR RUMAH KE FERI KE DALAM FERI KE DALAM KERETA BERJAYA KE BERJAYA KE BILIK]

Kami membawa Nadiah berserta keluarga ke langkawi.

Destinasi utama ... Berjaya Langkawi Beach and Spa Resort.

Nadiah tidak tahu apa yang kami rancangkan .... dan kalau dia tahu pun mungkin dia tidak mengerti.

Sampai saja di biliknya .... Nadiah menghadap tv, menyaksikan Wan Kamarudin yang ketika itu sedang bersiaran untuk program siasat.

Lihatlah wajah gadis kecil ini .... reaksinya menceritakan segala galanya.

[gambar dia dalam bilik tengah tengok siasat]
Dan pada 28 ogos lalu ... di Cafe Dayang Berjaya Langkawi Beach and Spa Resort ... kami pertemukan Nadia dengan idolanya.

Pertemuan yang berlandaskan niat yang jujur. Dan keikhlasan dari hati yang luhur.

Hujan lebat mengiringi pertemuan ini ... dan laut luas menjadi saksi .... betapa hanya ada kegembiraan dihati setiap yang hadir pada pertemuan ini.

Wajah wan kamarudin ditatap penuh asyik. Mungkin tidak percaya, idolanya berada didepan mata.

Tiada siapa yang tahu apa yang tersirat dibundar mata gadis jelita ini.


Kalaulah nadiah dapat berkata kata .... tentu petah bicara diatur ... menanyakan itu dan ini.

Tapi nurul nadiah hanya mampu tersenyum dan memandang.

(klip kan dia tengok wan din dan pegang tangan wan din)
Hanya inilah yang mampu kami lakukan.

[T/C IN=43:04]
(hari ini dia sangat gembira, 2-3 hari bersama skuad siasat dapat jumpa wan kamarudin walaupun dia tak dapat berkata apa apa ucapa apa - kami ucapkan wan kamarudin sihat dan selamat)
[T/C OUT=43:25]
[SUPER=MOHD. SUTAN/Bapa]
[RUNS=00:21]

Dan bagi Sutan .... keceriaan yang terpancar diwajah anaknya adalah hadiah yang tak dapat ditukar ganti.

Hanya Tuhan yang tahu apa yang terbuku dihatinya ... apa yang terbeban dibahunya ... tetapi lelaki tabah ini tidak pernah mengeluh.
Namun adakalanya Sutan terkilan dengan reaksi masyarakat ... yang memandang serong ... menganggap anaknya kurang siuman.

[T/C IN=41:00]
(sata selalu bersyukur saya ada anak sihat dan comel dan saya harap satu hari nanti dia akan berjaya, cuma saya harap masyarakat lebih prihatin pada anak anak istimewa ini boleh jadi pada sesiapa)
[T/C OUT=41:42]
[SUPER=MOHD. SUTAN/Bapa]
[RUNS=00:42]

(sambung please - tampal gambar masa sambung tapi jangan tutup masa dia nangis ek ayu)
[T/C IN=44:33]

(saya tak pernah menyesal - cuma masyarkat cuba beri sedikit perhatian)
[T/C OUT=44:53]
[SUPER=MOHD. SUTAN/Bapa]
[RUNS=00:20]

Itulah hakikat ... masyarakat kita. Amat jarang yang boleh bersikap terbuka dan banyak yang cetek pengetahuan.

Masih ramai dikalangan kita ... yang kurang mengerti ... apa itu autisme.
Autisme adalah penyakit kekal. Tidak boleh dirawat dengan ubat ubatan. Namun ... itu bukanlah pengakhiran buat insan insan lain yang senasib dengan Nadiah.

Kerana jika betul caranya ... mereka boleh berdikari .. dan hidup sendiri.

[T/C IN=35:53]
(sebagai seorang ibu jangan malu anak kita tak normal kita perlu lihat apa kemampuan anak kita dan perlu lihat apa yang boleh kita lakukan untuk tingkatkan kemampuan itu jika diberi latian kemarihran boleh ditingkatkan - susah paya kiskit - tapi perlu latihan berulang kali - expectation itu mestilah realistik)
[T/C OUT=36:44]
[SUPER=DR. ZASWANI/Pakar Psikatri]
[RUNS=00:51]

Perjalanan Nadiah masih jauh. Dan semoga perjalanan hidupnya ... tidak kita bebankan dengan halangan halangan yang tidak sepatutnya.

Berikanlah Nadiah dan insan insan senasibnya sedikit ruang untuk terus hidup dalam lingkungan kita, kerana mereka juga manusia biasa, walaupun dilahirkan dengan sifat istimewa.

Kepada syarikat penerbangan Air Asia dan Berjaya Langkawi Beach & Spa Resort, terima kasih kerana merealisasikan impian Nadiah menjadi realiti.

[T/C IN=36:26]
(we see this as social obligation where we can return back to the society. we happy to facilitate this for ntv7 to make nasdia dream a reality and i hope maybe other organisation will also play a part in making some of the wishes of the underprivilage a reality)
[T/C OUT=36:55]
[SUPER=NOEL V/Pengurus Besar Berjaya Langkawi Beach & Spa Resort]
[RUNS=00:29]

Sebelum ini kami mengenal Nurul Nadiah hanya dari sekeping gambar yang dikirim ayahnya.

Tetapi kini .... Nadiah akan terpahat dihati. Nadiah, adalah lambang sebuah kejujuran.

Wajah luhur ini tidak akan kami lupakan kerana inilah wajah seorang insan suci ... tanpa noda ... yang tak akan tergugah walau seberat mana dunia ini mencabarnya.

POP dan Fahizal Abdullah, Skuad Siasat.

[ENDS]