Thursday, August 18, 2005

Apa?

Satu ketika dulu .. dinegeri di bawah bayu ... tinggal satu keluarga yang bahagia.

ada bapa, mami, kak long, abang long, abang ngah, kak chik, uda dan ucu.

mereka cukup bahagia ... walaupun serba kekurangan.

satu hari, bapa pulang .. dan membawa khabar gembira. Bapa dinaikkan pangkat. Dan gajinya juga turut bertambah. Mami gembira, kerana kehidupan mereka akan sedikit berubah.

Anak anak masih kecil, masih tidak mengerti apa apa. Masih muda dan mentah.

Suatu hari bapa dan mami bertengkar hebat. Mami dapat tahu, bapa dah ada perempuan lain. Dah ada isteri lain. Dah ada anak dengan isteri ke dua. Mami sungguh menderita, lalu mami pergi meninggalkan keluarga, ketika usia ucu baru 3 bulan.

Bermula detik itu, bermulalah cabaran hidup bagi ke enam beradik ini.

Tiba tiba, isteri kedua bapa menjadi ibu baru.

Bapa bertambah mewah, rezeki melimpah ruah. Bersama isteri baru ... bapa ada dua anak lelaki, dan kemudian ... setelah beberapa tahun ... ditambah dengan dua anak perempuan.

Satu hari .... musibah datang menimpa ... bapa hampir kehilangan pekerjaan. Dan bapa tidak lagi semewah dulu, kerana bapa sangat suka berpoya poya ... dan membiarkan anak anak nya tanpa kasih sayang.

Kasihan enam beradik ... mereka tidak ada tempat untuk mengadu. Cuma kepada atuk dan nenek ... dan kepada makcik dan kakak sepupu tempat mereka mengadu nasib. Dan mereka menjadi kesayangan nenek, makcik dan kakak sepupu. Mereka ini lah yang selalu memperjuangkan nasib enam beradik ini.

Tahun demi tahun berlalu ... adik beradik ini tumbuh dewasa. Dan semakin dewasa, semakin besar tekanan yang mereka hadapi. Kak long tak sabar untuk dewasa, kerana dia ingin bebas dan pergi dari rumah. Dan memang itu yang dilakukan kak long. Dia lari bersama teman lelakinya. Abang long terpaksa memikul tanggungajawab sebagai abang paling tua setelah kak long pergi. Mana lagi abang long harus menyelesaikan persekolahannya. Abang long hanya mendapat pangkat 3 dalam spm. Kasihan abang long .... dia perlu berkerja sambil belajar. Dan hanya itu hasil yang dia dapat. Pangkat 3.

Selesai persekolahannya, abang long terus cari kerja. Kerana adik adiknya juga perlu wang untuk meneruskan persekolahan. Bapa sudah tidak ambil peduli. Dan abang long perlu bertanggungjawab demi adik adiknya.

Kak chik makin terbeban, kerana dia tidak punya tempat mengadu lagi. Kak long sudah pergi, kakak sepupu juga sudah tidak bersama mereka. Kak chik tak tahan dimarah bapa setiap hari, kak chik dah tak larat dengar bapa menuduh dia sama seperti kak long. Lalu kak chik tekad, kak chik lari dari rumah, dan pergi mencari mami. Di tempat mami, kak chik bertemu dengan kak long. Rupanya kak long tinggal dengan mami.

Tinggal dengan mami bukan penyelesaian. Kerana mami juga tidak punya mata pencarian yang tetap. Mami juga hidup sekadar ada. Dan kehidupan dengan mami ternyata jauh lebih sukar. Tetapi hati kak chik tenang. Dan demi meneruskan kelangsungan hidupnya, kak chik berhenti belajar ... kak chik kerja sambilan ... untuk cari wang ... menyara hidupnya dan mami.

Abang Ngah setelah mendapat keputusan yang agak baik dalam smvk, telah mendapat tawaran untuk belajar di sebuah kolej. abang ngah ingin berkerja, kerana dia kesiankan abang long yang perlu menanggung uda dan ucu. Tapi abang long berkeras menyuruh abang ngah masuk kolej. meneruskan cita citanya yang putus ditengah jalan, cita cita yang terkubur kerana kesempitan hidup.

kak long tak hidup bahagia, rupa rupanya kak long isteri kedua. tapi apa kan daya, kak long terlalu ikutkan hati. kak chik sangat berbeza dengan kak long. kak chik tidak liar. kak chik rajin ... dan baik. dan kebaikan kak chik itu memikat hati seorang pelayar kerajaan. pelayar yang ditugaskan di pelabuhan tempat kak chik tinggal. pelayar itu jatuh cinta ... tapi kak chik sedar, dia masih muda untuk cinta. tapi pelayar tampan itu tidak pernah putus asa. dia benar benar menunjukkan keikhlasannya buat kak chik .... dan kak chik akhirnya menerima pelayar itu, kerana pelayar itu ikhlas ingin mengambilnya sebagai isteri.

pada satu hari yang indah, pelayar itu membawa kak chik balik ke kampungnya. diperkenalkan kepada ayah dan ibu pelayar itu.

kisah kak chik itu belum berakhir ... kerana ... perjalanan hidup kak chik masih panjang lagi.

abang long akhirnya mengambil keputusan untuk berhijrah ke negeri lain, kerana ...abang long perlu mencari rezeki yang lebih tinggi untuk menampung kuliah abang ngah, uda dan ucu. dan abang long, dia sudah tidak peduli dengan kak long dan kak chik, kerana baginya. abang long terluka dengan sikap kak long dan kak chik yang meninggalkannya bersendirian menjaga ucu dan uda. dan abang long bertekad, untuk menjaga tiga orang adik yang masih ada bersamanya.

abang ngah, dengan berat hati, meneruskan kuliahnya. beberapa kali niatnya untuk berhenti kuliah dibantah oleh abang long. dan dia bertekad untuk membuat abang long bangga dengannya.

uda dan ucu masih terlalu muda untuk mengerti pengorbanan abang long, tapi mereka sudah cukup tahu untuk tidak terlalu membebankan abang long.

kak long sudah mempunyai dua anak. anaknya yang pertama diserahkan kepada pakcik ngah, kerana kak long dan suami tidak mampu menjaga dua anak sekali gus. lalu satu anak diserahkan pada pak ngah untuk dijadikan anak angkat.

kak chik? kak chik beruntung dapat pelayar itu. mereka akan kahwin tak lama lagi.

bapa sudah lama tidak peduli. mami tinggal bersama kak chik ... dan dijaga oleh pelayar ....

apa nasib 6 beradik ... hanya Tuhan yang tahu ... dan semoga Tuhan akan memberkati mereka ... sentiasa.

*untuk Cia,Imo,Ipol,Mel,Chris,Polot*
salam sayang dari *kakak sepupu*

Wednesday, August 17, 2005

Apa?

Banyak kekeliruan berlaku di office pasal isu Socso. Salah faham bertindih tindih ... sampai bertekak dan tegang jugalah suasana kat office ni semalam.

Tapi atas dasar adik beradik ...kami berdamai ... all are forgotten ... dan kami baik balik.

Syukur kepada Allah ... puji pujian atas segala limpah dan berkatnya ... Alhamdulilah ... keluarga Santhra Sekaran mula mendapat bantuan.

Aku tidak perlu bercerita panjang ... tapi ini skrip aku untuk minggu ini.

[V-THXSANTHRA]
[BM V/O]
[17/08/2005]
[WRITER=zra]
[SOURCE= ]

(CLIP)
[RUNS=:10]

Tak kan .. ada airmata duka lagi mengalir .. dari mata buta Santhra.

Tak kan kedengaran lagi .. keluhan isteri di telinga pekak Santhra.

Kerana naluri kemanusiaan di sini menang ... dan Santhra akhirnya mendapat pembelaan!

Dan .. bagi Santhra .. secarik sinar yang datang menyinari hidup keluarganya bukan semata-mata untuk dia .. tapi demi anak-anak dan isteri.

Walaupun Skuad Siasat .. tidak melancarkan sebarang tabung bantuan untuk Santhra .. namun kami tidak berhak menghalang simpati dan bantuan yang datang kepada keluarga ini.

Bantuan yang paling bermakna datang dari MIC Klang.

Ahli Parlimen Kota Raja .. S A Vigneswaran .. menjenguk dan nyata ... keadaan mangsa memberi kesan kepadanya.

Tanpa lengah .. bantuan diberi bagi memastikan semua keperluan runcit untuk keluarga ini disediakan.

Dan .. paling penting .. MIC berikrar untuk menuntut keadilan bagi pihak Santhra.
Keadilan sebagai seorang mangsa kekejaman majikan yang langsung tidak bertimbang rasa.

[T/C IN=20:42]
(tadi saya dan bincang satu surang yang dikemukan oleh isteri beliau dan telah bincang dengan peguam syarikat tersebut dan mereka telah bagitahu ada 1 bayaran tapi bayaran tak setimpal ktia akan tolong untuk ambil tindakan mahkamah)
[T/C OUT=21:20]
[SUPER=S A VIGNESWARAN/Ahli Parlimen Kota Raja]
[RUNS=00:38]

Keceriaan mula terpancar diwajah isteri dan anak-anak Santhra.

(CLIPS)
[RUNS=:5]

Dan .. lelaki ini cukup bersyukur kerana kerelaan MIC .. memperjuangkan nasib keluarganya.

Santhra juga sedikit lega .. kerana buat masa sekarang .. masa depan anak-anaknya masih ada .. masa depan pendidikan buat kedua cahaya matanya ini masih terang.

[T/C IN=14:25]
(saya minta terima kasih keapda ntv7 siasat kerana pertolongan ntv7 siasat pada saya baru saya dapat pertolongan dari orang ramai)
[T/C OUT=14:37]
[SUPER=SANTHRA SEKARAN]
[RUNS=00:12]

Kami tidak melakukan apa-apa .. cuma memaparkan kebenaran bagi mereka yang ditindas .. dan dinafikan keadilan.

Semoga keceriaan keluarga ini tidak akan malap disini .. dan kepada pihak terbabit yang masih berhutang keadilan kepada keluarga ini .. cepat-cepatlah hulurkan bantuan.

Jangan tunggu diketuk dan dicabar .. baru kelam kabut mengambil tindakan.

Dan .. kami di Siasat .. pasti membongkar .. mana-mana mangsa yang senasib Santhra..

[ENDS]

Sunday, August 14, 2005

Apa?

Fuhhhh ... bestnya .... dah beberapa hari tengok asap je ...sejak semalam dah dapat tengok awan.

Cantiknya awan tu ..... macam 1000 tahun tak tengok awan .... rindu rasanya.

Berkepul dalam kelompoknya sendiri ... ada yang kecik setompok kat atas hamparan biru yang luas.

Harap harap tak lah jerebu macam ni teruk lagi. Teruk betul nak kuar assignment dengan keadaan jerebu yang tak menentu ni.

Apa pun ... rasa best ... sebab udara dah clear .... boleh jogging setempat dah ... hehehehehe .... dan seronok waktu malam dah dapat tengok cahaya yang tak suam suam kuku lagi dah.

Tambah best semalam hujan lebat yang amat!

Mengikis pergi sisa debu yang mungkin masih tertinggal diapungan udara.

Ceh ...ternyata jerebu punya hal banyak jadi topik kat blog member2 lain.

Apa pun ... aku happy .. sebab nampak awan.

Thursday, August 11, 2005

Apa?

SALAH. Apa yang aku lakukan hari ini adalah salah sama sekali. Bertentangan sekali dengan apa yang aku percayai .. apa yang perlu aku amalkan dalam dunia kewartawanan penyiaran ini.

Ini sangat salah!

Aku salah kerana aku membiarkan situasi dikuasai oleh orang lain yang bukan diberi tanggungjawab untuk mengeluarkan story ini.

Aku salah ... kerana aku tidak bersuara .... dan mengeluarkan pendapat ku mengenai story yang aku buat minggu ini.

Aku salah .... kerana aku diam.

Dan aku tidak bangga dengan story yang aku buat minggu ini.

Aku tak bangga masuk Perkeso interview pengarahnya tanpa pengarah tu sedar yang perbualan itu dirakamkan.

Sedangkan yang ingin kami tanyakan adalah soalan straight forward!

apa kejadahnya yang aku buat ni ...

i'm out of here ...

Wednesday, August 10, 2005

Apa?

Hari ini sepatutnya aku follow up assignment yang aku nak buat semalam. Tapi ... editor aku dah bagi tugasan baru. Tugasan kemanusiaan ... yang memang strength aku ... selain tugasan yang memerlukan research ... ini adalah satu lagi expertise aku dalam bidang yang aku ceburi. Dengan research aku bermain dengan fakta ... dengan story kemanusiaan aku bermain dengan emosi.

So ... dah kena brief semua .. aku fahamlah. Story pun boleh tahan gak ah ... jadi aku tak buat preparation sangat dari segi soalan semua.

Sebenarnya habit ni tak elok sangat untuk wartawan. You thought you are prepared to do the assignment .... you thought that every assignment is the same ... but bila dah sampai ... you realize what you thought sama sekali salah. The opposite infact! Ha berterabur!

Aku patut jadi kan hari ini sebagai satu hari kesedaran buat aku agar aku jangan lupa buat homework dan preparation of questions sebab setiap case yang kita encounter tidak sama. Unik dan tersendiri.

Apa kes nya? Kalau aku explain kat sini senang je jalan cerita dia .. seorang lelaki yang accident nak minta tuntutan socso kerana kecacatan kekal. So socso lambat sangat nak proses lelaki ni dah tak ada mata pencarian, bini tak kerja anak nak sekolah ...

Bila aku sampai kat rumah mangsa ni .... aku terkejut.

Pertama kemalangan yang dialaminya sungguh dasyat. Kilang kimia tempat dia berkerja cari nafkah MELETUP!

Kulit dia satu badan melecur. SATU BADAN.

Mata buta ....

telinga pekak ....

kaki kiri hancur

dan masa aku datang aku dapat tengok kaki tu penuh dengan cucukan besi penyokong.

Meremang bulu roma aku ... tak sanggup mata aku menatap kaki tu lama.

Aku terpaku kat situ. Masa briefing soalan aku terkedu. Aku tak tau nak cakap apa. Pertama ... sebelum ini untuk story kemanusiaan aku cakap dengan nada sedih ... kerana nak pancing emosi ... dan untuk kes ini ... aku terpaksa MENJERIT. dan aku tidak dapat bermain dengan emosi lelaki itu kerana aku tanya soalan singkat dan terpaksa menjerit kerana dia tidak dapat mendengar dengan jelas.

Bila mendengar ceritanya ... aku sedih. Dulu keluarga ini hidup agak senang. Tapi semenjak kemalangan yang menimpanya 4 bulan lalu ... habis .... hancur hidup bahagia dorang. Anak lelaki ni ada 2 orang. Bini pulak buta huruf dan tak berkerja. Sapa nak sara hidup?

Berharaplah pada wang bantuan socso ... tapi socso pulak decide bagi rm10 sehari untuk tampung perbelanjaan keluarga ni. Kalau bagi 10 ringgit sehari kat lelaki tu jer takpelah ... 10 ringgit nak tampung satu family? Apa cerita?

aku tak tahu lah apa proses yang dibuat kat socso tu ... dah 4 bulan tak kan tak boleh dapat pampasan untuk kecacatan kekal? lelaki ni memang sah sah dah tak boleh nak sara hidup keluarga dorang!

kesian sangat! so esok aku akan pergi socso dan tanya ... what took them so long with the processing and all untuk mendapatkan wang yang sepatutnya jadi hak lelaki ini dan keluarganya.

dorang bukan minta sedekah kat socso ... cuma minta apa yang menjadi hak.

10 tahun kerja gaji kena potong tak kan nak tuntut apa yang mejadi hak pun makan masa?

apa cerita ni?

aku tak peduli kalau orang kata aku bias dalam laporan ... memang selama ni itu pun complaint yang kami terima ... bias dan laporan berat sebelah.

kalau tak macam tu ... tak ada tindakan.

dah banyak kali ditegur ... tapi dok buat juga ... so buat apa nak dapatkan penjelasan dorang? dapat story siar saja ... kalau rasa salah .. betulkanlah ... kalau betul caranya ... pasti akan terlihat juga usaha dorang, tak perlu tv menyiarkan apa yang dorang buat tapi kalau memang jenis tak makan port .. well ... hang on there ... we will keep on giving you story yang memaparkan kemalasan dan ketidak adilan pekerja pekerja yang dibayar gaji untuk berkhidmat untuk masyarakat.

mungkin kali ni tak kena dekat kita ... tapi lain kali ...sapa tahu kaum keluarga kita yang terkena apa perasaan?

kalau orang kaya tak pelah ... orang miskin beb ... kesian ...

dahlah .. tension aku dengan entry ni ... nanti semua kelemahan pengurusan kat malaysia ni aku dedahkan kat sini ....

after all ... we are not perfect (what a lame words to end this posting!)

Tuesday, August 09, 2005

Apa?

MATAHARI SAKIT HARI INI. Kesian aku tengok. Merah semacam ... gara gara jerebu kot.

Lepas tu member sepejabat kata .. kalau nak kiamat ... asap akan keluar dari bumi. Dah nak kiamat dah kot .. dak?

Tapi aku tak nak cakap pasal tu lah.

Tadi aku keluar assignment ... mula mula nak buat pasal anak anak terbiar (kebanyakannya anak anak pelacur dan penagih di lorong haji taib) tetapi bila pi recce ada perayaan orang cina plak kat sana ... so kami ke klcc nak tinjau pengemis kanak kanak myanmar ... bohinga ke apa benda tah ... itu assignment ina.

so masa dok jalan jalan dari parking lot dekat masjid tu ... kita orang lalu lah kat taman klcc tu.

sakit mata ... bukan kerana jerebu sebab tengok couple yang bersidai kat situ.

eh i held no grudge pada orang yang bercouple. sebab aku pun ada boyfriend juga. stock kalau jalan mesti pegang tangan.

tapi ... rasa macam sakit mata bila kita pegi mana mana taman rekreasi je kat kl atau shah alam ni, couple berpeluk pelukan ... ada yang siap bercumbuan dan berciuman.

sakit jiwa beb.

kalau orang cina ke india ke .. tak apa lah. walaupun kurang manis ... tapi .... mungkin boleh terima lagi lah. tapi ...kebanyakannya melayu beb.

kalau yang dah pakai baju sendat dan seluar ketat ... tu aku boleh terima lagi lah. sebab pemikiran mungkin dah kebarat .... tak ada hal lah.

penampilan menggambarkan peribadi. sedikit sebanyak kenyataan itu berpengaruh.

yang banyak aku tengok bersidai semua awek pakai tudung. dengan balak mereka sekali lah.

berpelukkan ... lentok kat bahu ... tangan balak meraba kat peha.

Aku mengucap panjang.

aku bukan baik sangat ... tapi aku pun masih tahu lah batas batas susila timur tu macam mana.

so ... aku pun atas hasutan kameraman aku memutuskan untuk melakukan assignment itu.

so kami pun tinjau lah ... habis satu taman kat klcc tu kami round. cari ... mangsa yang nak kena maki dalam tv lah.

dalam pada abang kameraman tu sibuk ambik gambar ... aku dan member sorang lagi pegi main kat taman permainan kat situ. nak jadi kanak kanak riang balik lah. alah ... biasalah ... masa kecik dulu mana ada permainan macam tu.

so seronok nak main gelongsor kat situ ... tiba tiba ternampak satu couple dalam tunnel tempat permainan budak budak tu.

balak tengah baring kat tunnel ... yang perempuan tah buat apa tapi bila sedar kitaorang ada kat situ kelam kabut bangun. si balak masih baring je ....

aku perhati je .... sampai lah lelaki tu bangun dan lawan balik pandangan sinis aku.

wah ... dah buat maksiat kat tempat terbuka ... ada guts pulak nak pandang aku, nampak sangat tak tahu MALU.

nampak sangat budak budak hari ni dah tak ada perasaan malu.

kalau tak malu bertempat tak apa ... tapi dah sah sah buat perkara salah tapi masih tak tahu malu.

astaga .... aku cupa mengucap dalam hati.

nak je aku kata ... kalau nak sangat pegilah tempah hotel .... tak pun pegi tandas awam. tertutup sikit. tak lah orang muntah bila dah kantoi terbonjol batang tengah keras! aku memang panas sangat lah!

bermula dari budaya bercumbu dekat taman ni lah ... terjadinya benda benda serius lepas tu.

lepas ni dah pandai dah kat bawah tangga ... kat dalam semak ... semuanya demi stolen moment. nafsu sesaat. bila dah bunting esok ... nangis ...

kalau dapat balak nak kahwin ... alhamdullilah ... biarpun anak luar nikah tapi ada juga bapak kan? tapi ... kalau dah balak pun setakat nak sedap je .. Ha? apa cerita? tak pikir panjang .... buang je lah.

senang je kan? buang kat longkang ... dalam toilet bowl ... depan rumah orang .... loji .... parking lot ... macam sampah pulak baby tu.

so semua .... kepada adik adik yang baru merasa perasaan teruja untuk di peluk dan dimanja dan dibelai dan chemistry yang lainnya dalam dunia hubungan cinta ni .... belajar belajar lah apa itu erti malu. kerana MALU ini akan menyelamatkan maruah dan harga diri ... dan juga boleh menghalang anda dari melakukan DOSA BESAR. berzina tu memang dah dosa besarlah... TAPI MENGGUGURKAN KANDUNGAN itu adalah dosa yang lebih besar .....

SESAL DULU PENDAPATAN DEK ... MALU DULU PENDAPATAN .... SESAL KEMUDIAN TIADA BERGUNA ... MALU KEMUDIAN BAIK BUNUH DIRI JE.

Monday, August 08, 2005

Apa?

Aku dah jadi pengikut setia blog sejak tahun 2002. Dah hampir 3 tahun dah. Pada awalnya aku rajin isi blog ni ... tapi lama kelamaan ... bila aku sudah menempuh keselesaan dalam hidup dan kedamaian dalam hati ... aku dah jarang bermesra dengan blog aku sendiri.

Keselesaan bukan bermaksud aku dah kaya .... kedamaian bukan bermaksud aku lebih rohaniah.

Tetapi selesa kerana aku telah merasa erti kasih sayang seorang lelaki .... dan damai kerana hati ku penuh dengan rasa cinta.

Kerana sebelum ini entry dalam blog ku pun banyak berkisar tentang masa silam ku di zaman kanak kanak dan remaja. Dan betapa sunyinya aku tanpa cinta ... dan betapa patahnya hati ku bila aku sering kali gagal dalam pencarian cinta sejati.

Bila hati ku sudah selesa dan damai ... aku banyak berpuas hati ... tanpa aku sedari ... rupanya jalan dihadapan ku masih panjang dan berliku.

Aku tersentak ... dan bila aku tidak ada teman .... baru aku sedari ... selesa dan damai punya seorang kekasih itu telah meregut pergi teman teman yang dulu setia menemani hari hari sepiku.

Dan kepada blog lah aku mengadu ... segala tangis dan kesengsaraan jiwa.

Dan kerana kesengsaraan itu aku bertemu dengan seseorang ... yang aku anggap senasib dengan ku.

Aku tidak mengenali dia ... dia cuma aku kenali sebagai KarmaRevenge atau LoveLetter. Dia sering ada .... mendengar setiap keluhan yang aku tulis di blog ku. Bukan yang ini .... ada satu blog lagi ... :)

Dan dari hari ke hari ... aku rajin browsing. Satu demi satu blog yang menarik aku temui. Antara yang bisa aku catatkan adalah Gongkapas. Setiap hari setelah selesai kerja di office, blog ini yang akan ku buka dulu. Catatan di blog ini memberikan banyak insipirasi dan motivasi kepada wanita. Kerana wanita yang menulis blog ini, kak dina namanya ... memberikan satu ungkapan yang terurai dengan kata kata. satu rasa yang dirasakan oleh ramai wanita, tapi tidak dapat diketahui bagaimana cara untuk diluahkan. kerana itu blog ini sangat popular. Tapi ... kak dina dah ambik keputusan untuk menutup blognya. entah kenapa ... tapi satu yang aku tahu, i miss gongkapas dan hanturaya milik kak dina.

Blog lain yang menarik adalah blog dari seorang wartawan di negeri seberang. Dari indonesia. namanya atta. negeri-senja.com sangat refreshing untuk seseorang yang berjiwa seperti atta. atta membawa persekitaran dan ruang lingkup hidupnya sebagai reporter ke alam yang nyata. sangat sensitif dalam entry nya dan sangat puitis juga. cukup rasa .... dan cukup jiwa.

baru baru ini aku terbaca sebuah blog dari seorang ibu tunggal yang menggelar blognya makandeh and the broods. pada mulanya aku menyangka ini adalah blog seorang suri rumah yang dah tak ada kerja .... dan menceritakan pengalamannya membesarkan anak dalam blog. Aku salah besar. kerana dari blog ini, ku temui lagi seorang dina zaman. seorang wanita berhati waja. membesarkan anaknya tanpa suami. menerobos segala cabaran dunia yang dia punya, untuk tetap berdiri sekarang ... membesarkan anak anaknya sendiri ... tanpa takut apa yang ada didepannya. aku cukup kagum dengan wanita berani seperti ini. kalau aku ditempatnya, mungkin aku sudah tumpas sebelum sempat aku mengisytiharkan perjuangan melawan getir takdir.

dari blog mak andeh aku terbaca pula sebuah blog wanita yang sengsara dengan kecurangan seorang suami. aku yang merasa kecurangan seorang teman lelaki pun dah rasa nak mati, ini kan suami? lelaki yang diangkat menjadi pelindung rupanya berlapik topeng dimuka .... pembunuh jiwa yang paling kejam, pembunuh rasa ... pengkhianat cinta! sleepless in pyjamas ... empty heart ... tiada yang aku harapkan selain agar kau dapat tersenyum dan merasa kebahagiaan cinta semula. semoga bayi yang bakal kau lahirkan itu akan merasa bahagia dimanja dan dibelai dengan limpahan kasih sayang. kalau bukan dari bapanya ... tetapi dari ibu yang memperjuangkan nyawanya ... all the best to you.

Apa yang cuba aku sampaikan?

Ramai yang berkata, blog ini bagai kita membuka pekung didada ... menceritakan tentang diri kita. masalah. kekurangan. kepincangan dalam hidup ... dan segala macam hal lagi lah.

Membaca blog orang lain juga membuatkan kita merasakan .... apa guna ada blog ... jika tidak ada privacy?

Tetapi bagi aku ..... melalui blog ini .... ada jalinan persahabatan yang terbit. Tidak perlu berpura pura ... kerana azali manusia sudah membuktikan .... berhadapan wajah dengan wajah ... ditengah tengah ada pura pura ... tapi disini .... inilah wajah yang sebenar. tidak ada yang perlu ditipu ... tidak ada siapa yang perlu berlakon disini. kerana realitinya ... apa yang lahir disini adalah dari hati yang ikhlas. dari niat yang baik. ini lah cermin sebenar apa yang ada dalam hati.

biarlah kita tidak bertentang wajah ... mungkin persahabatan kita ditakdirkan untuk kekal setakat di dunia maya ... membaca blog demi blog.

dan mudah mudahan ... ada rasa insaf ... untuk tidak mengalami nasib yang sama ... untuk lebih berhati hati ... untuk lebih sensitif ... untuk lebih prihatin ... untuk lebih punya rasa ... dan kasih ... sayang dan cinta ..

kepada semuanya ..... mengenali anda adalah satu penghormatan ... terima kasih kerana memberikan aku secebis kesedaran .. agar aku tidak terlalu tersentak ... bila takdir menguji aku kelak.