Monday, August 08, 2005

Apa?

Aku dah jadi pengikut setia blog sejak tahun 2002. Dah hampir 3 tahun dah. Pada awalnya aku rajin isi blog ni ... tapi lama kelamaan ... bila aku sudah menempuh keselesaan dalam hidup dan kedamaian dalam hati ... aku dah jarang bermesra dengan blog aku sendiri.

Keselesaan bukan bermaksud aku dah kaya .... kedamaian bukan bermaksud aku lebih rohaniah.

Tetapi selesa kerana aku telah merasa erti kasih sayang seorang lelaki .... dan damai kerana hati ku penuh dengan rasa cinta.

Kerana sebelum ini entry dalam blog ku pun banyak berkisar tentang masa silam ku di zaman kanak kanak dan remaja. Dan betapa sunyinya aku tanpa cinta ... dan betapa patahnya hati ku bila aku sering kali gagal dalam pencarian cinta sejati.

Bila hati ku sudah selesa dan damai ... aku banyak berpuas hati ... tanpa aku sedari ... rupanya jalan dihadapan ku masih panjang dan berliku.

Aku tersentak ... dan bila aku tidak ada teman .... baru aku sedari ... selesa dan damai punya seorang kekasih itu telah meregut pergi teman teman yang dulu setia menemani hari hari sepiku.

Dan kepada blog lah aku mengadu ... segala tangis dan kesengsaraan jiwa.

Dan kerana kesengsaraan itu aku bertemu dengan seseorang ... yang aku anggap senasib dengan ku.

Aku tidak mengenali dia ... dia cuma aku kenali sebagai KarmaRevenge atau LoveLetter. Dia sering ada .... mendengar setiap keluhan yang aku tulis di blog ku. Bukan yang ini .... ada satu blog lagi ... :)

Dan dari hari ke hari ... aku rajin browsing. Satu demi satu blog yang menarik aku temui. Antara yang bisa aku catatkan adalah Gongkapas. Setiap hari setelah selesai kerja di office, blog ini yang akan ku buka dulu. Catatan di blog ini memberikan banyak insipirasi dan motivasi kepada wanita. Kerana wanita yang menulis blog ini, kak dina namanya ... memberikan satu ungkapan yang terurai dengan kata kata. satu rasa yang dirasakan oleh ramai wanita, tapi tidak dapat diketahui bagaimana cara untuk diluahkan. kerana itu blog ini sangat popular. Tapi ... kak dina dah ambik keputusan untuk menutup blognya. entah kenapa ... tapi satu yang aku tahu, i miss gongkapas dan hanturaya milik kak dina.

Blog lain yang menarik adalah blog dari seorang wartawan di negeri seberang. Dari indonesia. namanya atta. negeri-senja.com sangat refreshing untuk seseorang yang berjiwa seperti atta. atta membawa persekitaran dan ruang lingkup hidupnya sebagai reporter ke alam yang nyata. sangat sensitif dalam entry nya dan sangat puitis juga. cukup rasa .... dan cukup jiwa.

baru baru ini aku terbaca sebuah blog dari seorang ibu tunggal yang menggelar blognya makandeh and the broods. pada mulanya aku menyangka ini adalah blog seorang suri rumah yang dah tak ada kerja .... dan menceritakan pengalamannya membesarkan anak dalam blog. Aku salah besar. kerana dari blog ini, ku temui lagi seorang dina zaman. seorang wanita berhati waja. membesarkan anaknya tanpa suami. menerobos segala cabaran dunia yang dia punya, untuk tetap berdiri sekarang ... membesarkan anak anaknya sendiri ... tanpa takut apa yang ada didepannya. aku cukup kagum dengan wanita berani seperti ini. kalau aku ditempatnya, mungkin aku sudah tumpas sebelum sempat aku mengisytiharkan perjuangan melawan getir takdir.

dari blog mak andeh aku terbaca pula sebuah blog wanita yang sengsara dengan kecurangan seorang suami. aku yang merasa kecurangan seorang teman lelaki pun dah rasa nak mati, ini kan suami? lelaki yang diangkat menjadi pelindung rupanya berlapik topeng dimuka .... pembunuh jiwa yang paling kejam, pembunuh rasa ... pengkhianat cinta! sleepless in pyjamas ... empty heart ... tiada yang aku harapkan selain agar kau dapat tersenyum dan merasa kebahagiaan cinta semula. semoga bayi yang bakal kau lahirkan itu akan merasa bahagia dimanja dan dibelai dengan limpahan kasih sayang. kalau bukan dari bapanya ... tetapi dari ibu yang memperjuangkan nyawanya ... all the best to you.

Apa yang cuba aku sampaikan?

Ramai yang berkata, blog ini bagai kita membuka pekung didada ... menceritakan tentang diri kita. masalah. kekurangan. kepincangan dalam hidup ... dan segala macam hal lagi lah.

Membaca blog orang lain juga membuatkan kita merasakan .... apa guna ada blog ... jika tidak ada privacy?

Tetapi bagi aku ..... melalui blog ini .... ada jalinan persahabatan yang terbit. Tidak perlu berpura pura ... kerana azali manusia sudah membuktikan .... berhadapan wajah dengan wajah ... ditengah tengah ada pura pura ... tapi disini .... inilah wajah yang sebenar. tidak ada yang perlu ditipu ... tidak ada siapa yang perlu berlakon disini. kerana realitinya ... apa yang lahir disini adalah dari hati yang ikhlas. dari niat yang baik. ini lah cermin sebenar apa yang ada dalam hati.

biarlah kita tidak bertentang wajah ... mungkin persahabatan kita ditakdirkan untuk kekal setakat di dunia maya ... membaca blog demi blog.

dan mudah mudahan ... ada rasa insaf ... untuk tidak mengalami nasib yang sama ... untuk lebih berhati hati ... untuk lebih sensitif ... untuk lebih prihatin ... untuk lebih punya rasa ... dan kasih ... sayang dan cinta ..

kepada semuanya ..... mengenali anda adalah satu penghormatan ... terima kasih kerana memberikan aku secebis kesedaran .. agar aku tidak terlalu tersentak ... bila takdir menguji aku kelak.

No comments:

Post a Comment