Wednesday, August 17, 2005

Apa?

Banyak kekeliruan berlaku di office pasal isu Socso. Salah faham bertindih tindih ... sampai bertekak dan tegang jugalah suasana kat office ni semalam.

Tapi atas dasar adik beradik ...kami berdamai ... all are forgotten ... dan kami baik balik.

Syukur kepada Allah ... puji pujian atas segala limpah dan berkatnya ... Alhamdulilah ... keluarga Santhra Sekaran mula mendapat bantuan.

Aku tidak perlu bercerita panjang ... tapi ini skrip aku untuk minggu ini.

[V-THXSANTHRA]
[BM V/O]
[17/08/2005]
[WRITER=zra]
[SOURCE= ]

(CLIP)
[RUNS=:10]

Tak kan .. ada airmata duka lagi mengalir .. dari mata buta Santhra.

Tak kan kedengaran lagi .. keluhan isteri di telinga pekak Santhra.

Kerana naluri kemanusiaan di sini menang ... dan Santhra akhirnya mendapat pembelaan!

Dan .. bagi Santhra .. secarik sinar yang datang menyinari hidup keluarganya bukan semata-mata untuk dia .. tapi demi anak-anak dan isteri.

Walaupun Skuad Siasat .. tidak melancarkan sebarang tabung bantuan untuk Santhra .. namun kami tidak berhak menghalang simpati dan bantuan yang datang kepada keluarga ini.

Bantuan yang paling bermakna datang dari MIC Klang.

Ahli Parlimen Kota Raja .. S A Vigneswaran .. menjenguk dan nyata ... keadaan mangsa memberi kesan kepadanya.

Tanpa lengah .. bantuan diberi bagi memastikan semua keperluan runcit untuk keluarga ini disediakan.

Dan .. paling penting .. MIC berikrar untuk menuntut keadilan bagi pihak Santhra.
Keadilan sebagai seorang mangsa kekejaman majikan yang langsung tidak bertimbang rasa.

[T/C IN=20:42]
(tadi saya dan bincang satu surang yang dikemukan oleh isteri beliau dan telah bincang dengan peguam syarikat tersebut dan mereka telah bagitahu ada 1 bayaran tapi bayaran tak setimpal ktia akan tolong untuk ambil tindakan mahkamah)
[T/C OUT=21:20]
[SUPER=S A VIGNESWARAN/Ahli Parlimen Kota Raja]
[RUNS=00:38]

Keceriaan mula terpancar diwajah isteri dan anak-anak Santhra.

(CLIPS)
[RUNS=:5]

Dan .. lelaki ini cukup bersyukur kerana kerelaan MIC .. memperjuangkan nasib keluarganya.

Santhra juga sedikit lega .. kerana buat masa sekarang .. masa depan anak-anaknya masih ada .. masa depan pendidikan buat kedua cahaya matanya ini masih terang.

[T/C IN=14:25]
(saya minta terima kasih keapda ntv7 siasat kerana pertolongan ntv7 siasat pada saya baru saya dapat pertolongan dari orang ramai)
[T/C OUT=14:37]
[SUPER=SANTHRA SEKARAN]
[RUNS=00:12]

Kami tidak melakukan apa-apa .. cuma memaparkan kebenaran bagi mereka yang ditindas .. dan dinafikan keadilan.

Semoga keceriaan keluarga ini tidak akan malap disini .. dan kepada pihak terbabit yang masih berhutang keadilan kepada keluarga ini .. cepat-cepatlah hulurkan bantuan.

Jangan tunggu diketuk dan dicabar .. baru kelam kabut mengambil tindakan.

Dan .. kami di Siasat .. pasti membongkar .. mana-mana mangsa yang senasib Santhra..

[ENDS]

No comments:

Post a Comment