Thursday, August 18, 2005

Apa?

Satu ketika dulu .. dinegeri di bawah bayu ... tinggal satu keluarga yang bahagia.

ada bapa, mami, kak long, abang long, abang ngah, kak chik, uda dan ucu.

mereka cukup bahagia ... walaupun serba kekurangan.

satu hari, bapa pulang .. dan membawa khabar gembira. Bapa dinaikkan pangkat. Dan gajinya juga turut bertambah. Mami gembira, kerana kehidupan mereka akan sedikit berubah.

Anak anak masih kecil, masih tidak mengerti apa apa. Masih muda dan mentah.

Suatu hari bapa dan mami bertengkar hebat. Mami dapat tahu, bapa dah ada perempuan lain. Dah ada isteri lain. Dah ada anak dengan isteri ke dua. Mami sungguh menderita, lalu mami pergi meninggalkan keluarga, ketika usia ucu baru 3 bulan.

Bermula detik itu, bermulalah cabaran hidup bagi ke enam beradik ini.

Tiba tiba, isteri kedua bapa menjadi ibu baru.

Bapa bertambah mewah, rezeki melimpah ruah. Bersama isteri baru ... bapa ada dua anak lelaki, dan kemudian ... setelah beberapa tahun ... ditambah dengan dua anak perempuan.

Satu hari .... musibah datang menimpa ... bapa hampir kehilangan pekerjaan. Dan bapa tidak lagi semewah dulu, kerana bapa sangat suka berpoya poya ... dan membiarkan anak anak nya tanpa kasih sayang.

Kasihan enam beradik ... mereka tidak ada tempat untuk mengadu. Cuma kepada atuk dan nenek ... dan kepada makcik dan kakak sepupu tempat mereka mengadu nasib. Dan mereka menjadi kesayangan nenek, makcik dan kakak sepupu. Mereka ini lah yang selalu memperjuangkan nasib enam beradik ini.

Tahun demi tahun berlalu ... adik beradik ini tumbuh dewasa. Dan semakin dewasa, semakin besar tekanan yang mereka hadapi. Kak long tak sabar untuk dewasa, kerana dia ingin bebas dan pergi dari rumah. Dan memang itu yang dilakukan kak long. Dia lari bersama teman lelakinya. Abang long terpaksa memikul tanggungajawab sebagai abang paling tua setelah kak long pergi. Mana lagi abang long harus menyelesaikan persekolahannya. Abang long hanya mendapat pangkat 3 dalam spm. Kasihan abang long .... dia perlu berkerja sambil belajar. Dan hanya itu hasil yang dia dapat. Pangkat 3.

Selesai persekolahannya, abang long terus cari kerja. Kerana adik adiknya juga perlu wang untuk meneruskan persekolahan. Bapa sudah tidak ambil peduli. Dan abang long perlu bertanggungjawab demi adik adiknya.

Kak chik makin terbeban, kerana dia tidak punya tempat mengadu lagi. Kak long sudah pergi, kakak sepupu juga sudah tidak bersama mereka. Kak chik tak tahan dimarah bapa setiap hari, kak chik dah tak larat dengar bapa menuduh dia sama seperti kak long. Lalu kak chik tekad, kak chik lari dari rumah, dan pergi mencari mami. Di tempat mami, kak chik bertemu dengan kak long. Rupanya kak long tinggal dengan mami.

Tinggal dengan mami bukan penyelesaian. Kerana mami juga tidak punya mata pencarian yang tetap. Mami juga hidup sekadar ada. Dan kehidupan dengan mami ternyata jauh lebih sukar. Tetapi hati kak chik tenang. Dan demi meneruskan kelangsungan hidupnya, kak chik berhenti belajar ... kak chik kerja sambilan ... untuk cari wang ... menyara hidupnya dan mami.

Abang Ngah setelah mendapat keputusan yang agak baik dalam smvk, telah mendapat tawaran untuk belajar di sebuah kolej. abang ngah ingin berkerja, kerana dia kesiankan abang long yang perlu menanggung uda dan ucu. Tapi abang long berkeras menyuruh abang ngah masuk kolej. meneruskan cita citanya yang putus ditengah jalan, cita cita yang terkubur kerana kesempitan hidup.

kak long tak hidup bahagia, rupa rupanya kak long isteri kedua. tapi apa kan daya, kak long terlalu ikutkan hati. kak chik sangat berbeza dengan kak long. kak chik tidak liar. kak chik rajin ... dan baik. dan kebaikan kak chik itu memikat hati seorang pelayar kerajaan. pelayar yang ditugaskan di pelabuhan tempat kak chik tinggal. pelayar itu jatuh cinta ... tapi kak chik sedar, dia masih muda untuk cinta. tapi pelayar tampan itu tidak pernah putus asa. dia benar benar menunjukkan keikhlasannya buat kak chik .... dan kak chik akhirnya menerima pelayar itu, kerana pelayar itu ikhlas ingin mengambilnya sebagai isteri.

pada satu hari yang indah, pelayar itu membawa kak chik balik ke kampungnya. diperkenalkan kepada ayah dan ibu pelayar itu.

kisah kak chik itu belum berakhir ... kerana ... perjalanan hidup kak chik masih panjang lagi.

abang long akhirnya mengambil keputusan untuk berhijrah ke negeri lain, kerana ...abang long perlu mencari rezeki yang lebih tinggi untuk menampung kuliah abang ngah, uda dan ucu. dan abang long, dia sudah tidak peduli dengan kak long dan kak chik, kerana baginya. abang long terluka dengan sikap kak long dan kak chik yang meninggalkannya bersendirian menjaga ucu dan uda. dan abang long bertekad, untuk menjaga tiga orang adik yang masih ada bersamanya.

abang ngah, dengan berat hati, meneruskan kuliahnya. beberapa kali niatnya untuk berhenti kuliah dibantah oleh abang long. dan dia bertekad untuk membuat abang long bangga dengannya.

uda dan ucu masih terlalu muda untuk mengerti pengorbanan abang long, tapi mereka sudah cukup tahu untuk tidak terlalu membebankan abang long.

kak long sudah mempunyai dua anak. anaknya yang pertama diserahkan kepada pakcik ngah, kerana kak long dan suami tidak mampu menjaga dua anak sekali gus. lalu satu anak diserahkan pada pak ngah untuk dijadikan anak angkat.

kak chik? kak chik beruntung dapat pelayar itu. mereka akan kahwin tak lama lagi.

bapa sudah lama tidak peduli. mami tinggal bersama kak chik ... dan dijaga oleh pelayar ....

apa nasib 6 beradik ... hanya Tuhan yang tahu ... dan semoga Tuhan akan memberkati mereka ... sentiasa.

*untuk Cia,Imo,Ipol,Mel,Chris,Polot*
salam sayang dari *kakak sepupu*

No comments:

Post a Comment