Monday, August 18, 2008

Wow .... dah lama rasanya tak menulis kat sini.

Dah tak reti menulis pun agaknya.

Mati bahasa dah.

Pelik. Padahal aku dan tulisan memang suatu ketika dulu bagai isi dan kulit. Tak sah kalau aku tak menconteng buku catatan aku. Tak kisah lah puisi kah, luahan hati kah, detik gembira atau sekadar cakar ayam untuk menghilangkan resah.

Tapi sepanjang tahun ni, aku berat sangat nak menulis dah. Entah. Bak cinta yang pudar. atau mungkin aku sudah kehabisan kata kot ....

Sangat tragik lah jika aku tidak mampu menulis lagi. Padahal penulisanlah yang menjadi sahabat aku paling akrab semenjak di bangku sekolah. Penulisanlah tempat aku mengadu sunyi. Melalui penulisanlah aku menghidupkan cita cita. Penulisan jugalah yang membawa aku ke Kuala Lumpur dan menempatkan aku ditempat sekarang. Jika aku kehilangan kata, apa lagi yang aku ada?

Kembali menelusuri 4 buah blog yang aku ada yang masing masing aku pisahkan mengikut genre mood aku sendiri aku sebenarnya sudah menjadi ahli blogger ini semenjak tahun 2001. Dah lama dah. Kalau blog belum menggila seperti sekarang, aku dah gila blog dah. Aku siap ada satu blog yang aku dedikasikan khas untuk puisi puisi yang aku karang. Blog tentang kehidupan percintaan. Blog tentang kerja kerja yang aku lakukan (which is this one) dan blog tentang seorang lelaki yang sangat aku puja dan dambakan. Tak termasuk lagi blog aku di friendster dan myspace. Semuanya kerana aku suka menulis.

Sekarang nak buat entry sebulan sekali pun payahnya ya Rabbi.

Jangankan nak buat blog, nak tulis skrip pun liatnya nak mati.

Hai lah. Nasib nasib (bak kata papi aku) .... moga moga aku menemui kembali cinta ku ini. Cinta terhadap bahasa. Cinta terhadap kata. Cinta terhadap karya penulisan.

Doakan yah?