Monday, January 09, 2006

Apa?

Aku dah tak tahu nak buat apa. Pernah tak rasa tiba tiba hilang minat terhadap apa yang selama ini sangat sangat kita suka nak buat.

Tahun baru seharusnya bawak semangat baru dalam hidup, tapi entah kenapa tahun baru kali ini begitu menekan aku dan membuatkan aku rasa terbeban dan rasa malas untuk melakukan sesuatu yang berkaitan dengan kerja yang sangat aku cintai ini.

Menulis pun aku sudah tak mampu. Kebanyakan blog kali. Mungkin harus ku kurangi blog ku.

That's not the point. Lately aku selalu berfikir tentang hidup aku. Tentang banyak perkara yang ingin aku lakukan tapi aku selalu terbatas dengan persoalan, umur aku dah meningkat. Contohnya: Aku teringin nak ke Jepun. Nak kerja kat sana, nak cari pengalaman. Tak kisah lah kerja apa. Salesgirl ke. Kilang ke. Tukang bersih ikan kat pelabuhan ke. Tak kisah. Aku nak rasa hidup kat Jepun. Setahun dua tahun pun jadi lah. Kenapa aku suka sangat kat Jepun ni? Aku tak tahu. Tapi Jepun mempunyai tarikan yang tersendiri. Budayanya, resamnya. Aku tertarik dengan daya usaha dan kerja keras serta kerajinan orang orang jepun. Aku tertarik dengan budaya rendah diri tapi sikap tegas kebanyakan penduduknya. Aku tertarik dengan gesture tunduk kepala sebagai tanda hormat kepada orang yang disapa. Aku terpegun dengan bahasanya. Dan sebagai perempuan aku cemburu dengan kulit wanitanya yang halus mulus (mungkin sebab negara dorang sejuk kot).

Aku ingin pergi ke Osaka (ini semua pengaruh miss comet, osyin dan the ninja (sazuka yang tanpan dan yin yang cantik) kebanyakkan soap opera jepun). Tokyo terlalu besar untuk aku harungi. Aku ingin berdiap di Osaka. Atau menjejaki kesan atom di Nagasaki dan Hiroshima. Betapa beraninya pejuang jepun yang mengupas ego amerika di pearl habour. kejam, tapi betapa beraninya mereka mati demi negara. betapa majunya mereka sekarang. perang telah mengajar mereka untuk lebih bijak di bidang yang lain, malah mungkin lebih hebat dari amerika sendiri. betapa hebatnya jepun, negara asia yang sangat aku kagumi. (mungkin juga aku terpengaruh dengan propaganda dasar pandang ke timur masa study dulu).

Dulu aku ingin belajar di Jepun. Aku dapat peluang sekali, tapi aku lepaskan. Aku tak dapat membaca peluang ketika itu. Maklum saja, umurku baru 19. Dan aku baru berkerja di sebuah syarikat perladangan sementara nak menunggu tawaran masuk ke univ. Satu hari seorang teman datang mengajak aku kerja di sebuah pelabuhan di Osaka. Katanya kerja di kilang ikan. Kerja kilang ikan? tak nak lah. tapi hati ku tertarik sebenarnya. malangnya ketika itu aku terlalu manja dalam dakapan dan kasih sayang keluarga. dan meninggalkan mereka bukanlah sesuatu yang ingin aku lakukan. apatah lagi sampai ke jepun perginya. lalu aku tolak tawaran teman itu. dan pergilah dia. entah kenapa setelah dia pergi ada semacam penyesalan di hati ku. setiap surat yang dihantarnya pada ku membawa kepada penyesalan kenapa aku tidak menuruti dia. disuakannya gambar fujiyama yang tersergam indah. disneyland kebanggaan warga timur dunia. tokyo yang sibuk dengan mall yang sesak. aku terlepas semua itu hanya kerana aku takut dan tak mahu meninggalkan keluarga. dan setelah beberapa tahun berlalu, aku sedar, aku telah terlepas peluang besar untuk menjadi manusia. aku boleh saja study kat sana. kerja kat kilang ikan sambil belajar kat one of the universiti di osaka. sayang aku terlepas peluang itu.

dan setelah sekian lama aku tidak mengimpikan jepun, igauan itu datang lagi. kali ini datang sekali bersama igaun untuk pergi ke italy dan sambung study di uk. dan penyesalan paling hebat adalah bila aku menolak tawaran yang aku dapat untuk further study di new zealand dan di german. semuanya atas alasan aku ingin kerja dan aku bosan belajar.

akhirnya? nak jadi apa? tah lah .... sekarang ni kerja kerja kerja .... semoga aku tidak akan berpaling ke belakang satu hari nanti dan menyesal kenapa aku tidak mengejar impian ku dulu.