Saturday, July 29, 2006

Syukur, kami dah selamat kembali ke tanahair.

Afghanistan sangat cantik.

Pakistan tak kurang hebatnya.

Dan apa yang ditakutkan sebenarnya tidak berasas.

I'll be there again. Sebelum aku tua dan tak boleh travel, aku pasti akan sampai ke Afghanistan lagi kerana Afghanistan terlalu indah hanya untuk datang sekali.

Thursday, July 20, 2006


Cahaya menerobos masuk dari kubah yang lompong,
garit peluru dan mortar menghiasi tembok yang dulunya megah,
tangis dan duka tertulis diruang dan sudut monumen indah
hancur, namun tetap megah bagai bangsanya.

nun didepan sana masih terpahat ketidakpastian,
untung nasib sebuah bangsa yang kalut dengan ketidak adilan
masih ada duka disitu, entah bila akan padam.

Aku melihat .. dari puncak bukit nader - dari makam seorang pemimpin diraja.

*antara momen ketika berada di puncak Bukit Nader Khan, Kabul*