Macam tak percaya, tapi itu lah hakikatnya. Akhirnya Team Trek G dan Anggerik M memulakan trip antarabangsa yang pertama. Timur Tengah dan Eropah Timur (
Dengan status untuk masuk ke
Mendarat di Dubai, cuaca sejuk menggamit kami sebaik saja melangkah keluar dari pesawat Emirates Boeing 777.
Sejuknya mencengkam sampai ke tulang sendi. Dengan kaki yang sedikit kebas … kami menjejak terminal antarabangsa
Berada di terminal antarabangsa
Pelbagai
6.30 pagi waktu tempatan (
Berada di pesawat, hati gundah terasa sedikit tenang bila diberikan layanan mesra dari pramugari-pramugari jelita emirates airways. Tambah menyegarkan bila dapat menikmati himpunan filem lama dan baru. Ketika penerbangan dari
Sampai di Damsyik, debar makin ketara. Langkah kaki sedikit gundah bila tiba giliran untuk pemeriksaan passport dan visa, kami ditahan dan disoal siasat. Semuanya gara gara kami mendedahkan identity sebagai wartawan dari
Mata kantuk semakin menjadi musuh. Tenaga sudah hampirr dipenghujung. Leman teman kami di
Setelah urusan sewa kereta selesai … kami segera menuju rumah Leman. Dek kerana terlalu banyak barang, kami terpaksa menitip beberapa beg dirumahnya agar tidak menjadi beban untuk kami ketika memasuki
Pagi yang dingin di Syria. Informasi di TV mengatakan suhu di Damsyik pagi ini adalah 7 darjah celcius. Tidak mahu kalah dengan kesejukan, masing masing mengenakan Long John dan sweater setebal mungkin.
Agak kelakar berbaju tebal sedangkan penduduk tempatan bagaikan kebal dengan cuaca sejuk yang menggigit.
Dah namanya anak melayu, cuaca sejuk memang menjadi musuh utama.
Hari pertama di Damsyik dihabiskan dengan urusan mencari kediaman. Terasa sedikit bebannya, berjalan dalam cuaca sejuk mencari teksi dengan beban beg di bahu. Manalagi yang dijinjing tangan.
Selesai urusan rumah, perut mula berlagu minta di isi. Menu pertama di bumi Damsyik, nasi mandi. Makan satu talam berempat. Tak tahu lah sedap atau apa … tapi tak sampai 5 minit, talam yang tadinya penuh dengan nasi beriani dan ayam panggang licin mulus.
Hari berlalu. Belum sempat malam datang, kami masing masing terlena. Jam 6 petang di Damsyik bersamaan jam 12 tengah malam di
Selesai urusan permit penggambaran di Kementerian Penerangan
Naik teksi sebesar gergasi bumi
Gunung ganangnya yang indah, dengan sebahagian besar dari puncaknya masih dilitupi salji membawa perasaan gementar dan teruja yang bukan kepalang. Apatah lagi bagi kami kebanyakan dari kami, ini adalah pengalaman pertama melihat salji. Apabila diberi kesempatan oleh pemandu untuk singgah seketika bermain salji, terasa sangat menggembirakan.
Kami tiba di
Mengikut catatan kilometer, perjalanan hanya sejauh 72km. Namun kami perlu menempuh perjalanan selama 3 jam dek kerana keadaan bukit bukau untuk sampai ke kawasan berkenaan. Setelah melalui 2 post tentera
Ketibaan kami disambut oleh Kapten Zuhairy dan Mejar Gilis. Dan seterusnya diperkenalkan dengan Comandant Kem, Kolonel Dalib.
Adat orang melayu diperantauan, kami disambut dengan hati terbuka. Dek kerana malam sudah larut, kami Cuma dihidangkan dengan tea dan biskut kering yang lazat atau mungkin kerana kami lapar biskut menjadi tersangat lazat.
Kasihan mungkin melihat kami yang ghairah meratah biskut kering, Comandant Dalib mempelawa kami makan mee segera. Pucuk di cita ulam mendatang, kami tidak berani menggeleng. Senyum kami menandakan kami menerima pelawaan. Sambil menunggu mee segera datang, kami berbual kosong dengan Kolonel Dalib. Bercerita tentang perkembangan terkini di
Seumur hidup, ini pertama kali merasa sangat teruja untuk menjamah mee segera. Bila mee segera yang dinanti terhidang …. Kecuali abang Jimang, yang lain termasuk aku, terkedu seketika. Mee segera campur sup kambing. Alamak! Macamana nak makan. Pesan abang zainal terngiang di kepala ku. “
Daging kambing yang terkenal dengan hanyir dan ‘panas’ nya aku ratah. Terasa hanyirnya … tapi dek kerana cuaca sejuk …. Dan mengenangkan kepanasan daging kambing boleh memanaskan badan, aku habiskan mee segera yang terhidang. And by second thought, sedap juga daging kambing ni.
Aku pernah rasa daging kambing sebelum ini, tapi ….setakat rasa segigit. Ini adalah pengalaman pertama aku menghabiskan daging kambing yang dihidang.
Tak ada rasa sakit kepala … tapi aku tidur lena malam itu.
Pagi yang segar di Kaukabar. Namun dada terasa sedikit sempit menghirup cuaca sejuk. Lebih memeritkan apabila hujan turun mencurah curah. Terasa sedikit kecewa kerana penggambaran terpaksa di tunda. Langit muram mencacatkan visual yang diambil.
Namun tidak boleh berlengah, kami ambil visual sekadar yang ada.
.... to be continued .....