Sunday, October 22, 2006

Puasa dah nak habis .. raya is around the corner. Seperti tahun tahun sebelumnya, tahun ini aku akan raya sorang sorang kat KL. kalau dulu kat ntv7, at least aku kerja .. cari story ... so tak terasa sangat lah kesunyiannya beraya tu. sebab ada kawan kawan lain kat office. sama sama pegi rumah terbuka menteri. tapi tahun ni ... nampaknya i will be truly alone. cuma raya kedua mungkin baru aku ke melaka visit my friends kat sana. well ... starting esok .. dah cuti .. 28 dah kena report duty again. another baby to come ... mungkin december ini akan dibibitkan. beranak mungkin march tahun depan. so .. sesiapa yang minat tengok ziarah, jangan lupa saksikan trek global. kesinambungan pengembaraan dua jiwa, dang suria dan wan kamarudin. kali ini, kami menjejak sejarah tamadun islam di laluan sutera. it will be one hell of a work .. tapi i am looking forward to get in action again.

kepada semua .. selamat hari raya adilfitri. kalau ada saya terkasar bahasa dan ada yang terasa dengan tulisan saya, minta maaf banyak banyak k.

take care everyone. enjoy the celebration!

Monday, October 09, 2006

Syukur. Ziarah sudah tamat penggambaran 20 episode. 5 oktober lalu, Ziarah sudah melengkapkan perjalanannya.

Penggambaran di Jogjakarta adalah penutup.

Jogja, especially di Bantul masih lagi menangis. Menangis dalam tawa. Dalam senyum mereka menyembunyikan penderitaan mereka.

Ramai dah pulang kerumah masing masing. Namun pulang kerumah bukan bererti rumah yang musnah sudah siap dibina, mereka masih tinggal dikhemah. Ditapak rumah lama, mereka mendirikan rumah sementara untuk mereka berteduh. Syawal tahun ini, tiada keramaian yang akan dilakukan, tiada juadah istimewa yang dihidangkan. Tiada kunjungan ke rumah terbuka atau saudara mara. Apa yang dapat dihidangkan. Jangankan ruang tamu, bilik pun tak ada.

Jogjakarta tak adalah panas sangat. Tapi aku heran kenapa kulit aku sampai menggelupas. Takhabis pikir. Ikutkan panas KL lagi. Tah lah ... bukan negara sendiri kot. Cuaca pun tak serasi agaknya.

Trip kali ni baru lah aku dapat jalan jalan kat Jogja. Sebelum ni aku dah pegi 3 kali. Tapi ... tak pernah nak merayau sangat. Masa keje pulak baru dapat merayau. Sampai ke merapi aku merayau ngan team Ziarah. Dapat juga singgah di Prambanan. Cantik betul tapak warisan dunia tu. Nasib baiklah sekarang ni tengah tutup kalau tak memang aku bergambar sakan dalam kuil tu. Khabarnya banyak patung hindu kat dalam tu. Sayang tak dapat masuk. Tapi abang zul sempat juga curi masuk. Nasib baik tak kena jerit dengan pak guard jowo kat tepi tu. hehehe ..

Kali ni aku tak banyak shopping. beli barang pun setakat untuk kawan kawan office. tak ada sangat untuk diri sendiri. well ada lah beli sehelai. sehelai je. tak larat aku nak bawa terbang. dah lah take off kat solo.

cakap pasal solo ni .. boleh lah kami sampai 15 minit sebelum kapal terbang take off. nasib baik lah airport kecik. tak banyak karenah. kalau kat klia memang sah sah dah tak boleh masuk dah. anyway, trip kali ni lebih santai. tapi .. tak tau lah hasilnya macam mana. ini antara masalah aku. tak yakin kalau zra tak ada.

payah juga nak handle hosts masa trip ni. bukan payah apa. kesian sebab dorang puasa. so terpaksa minimumkan penglibatan dorang. takut dorang tak larat je lah. terbukti, hari terakhir kat jogja, abe demam. kak dang juga yang maintain.

anyhow ... terima kasih kepada semua yang sudi menonton ziarah. kami bersiaran pada waktu baru, jam 7 malam. pindaan dilakukan oleh astro. tak tahu sebab apa. mungkin strategik planning dorang kot.

ok lah. tak lama lagi nak raya. so ... selamat bershopping ria!

Friday, October 06, 2006

Hari ini pergi majlis berbuka puasa sambil tengok concert Seroja. Dapat jemputan dari Astro. Pergilah kami berempat. Aku, abang nal, abang firda and muhaimi.

Selain nak jaga repo, actually tujuan utama pergi sebab nak tengok Ramli Sarip perform. Memang kelas giler. Suara power. Performance memang haibat yang amat! Teruja sangat masa tengok.

Alkisahnya sebelum konsert bermula dijalankanlah majlis buka puasa. lepas tu ... dah makan punya makan sampailah acara berasap. oleh kerana aku malas nak duduk sorang sorang kat dalam aku pun ikutlah lepak kat luar.

Sedar tak sedar, banyak rupanya kawan aku dalam industri hiburan ni. pusing pusing jumpa muka yang sama. and then dapat pulak kenal dengan orang baru.

tadi ... aku excited sangat sebab dapat jumpa abang rock yang sempoi. dah lama tak jumpa dia. dulu selalu lepak ngan dia kat tangga sebab dia suka main gitar dan aku selalu jadi pendengar setia dia lah kiranya.

and then dapat jumpa beberapa orang kawan lama masa kat ntv7 dulu. banyak juga yang dah berhijrah ke astro. hemmm ... tak sangka. tapi ok lah tu kan.

then tadi masa lepak dengan sultan muzaffar - diperkenalkan pula dengan manager ning baizura. baik orangnya. and then, tiba tiba bertembung mata dengan abang aznil. the famous aznil haji nawawi.

rasa tak percaya je bila dia tiba tiba tegur aku "amboi paullina sombong sekarang" aku rasa nak jatuh je menyembah bumi. memang tak sangka sangat sangat dia masih kenal aku. (dulu aku jadi assitant producer untuk program pop tv di kru - abang aznil adalah pengarah dan pengacaranya pada masa tu). aku pun mendekat dan menghampirinya. "abang aznil - ingatkan abang dah tak kenal lin dah" - dia keluarkan jelingan mautnya - "apa pulak aku tak kenal engkau - dulu kerja kat kru kan? bukan main lagi sekarang - jauh berjalan! - aku senyum senget. "abang tengok ziarah jugak ke?" - "tengok - tapi tengok tengah malam je lah - baguslah program tu" lega hati. terubat segala luka. aku happy sesangat. abang aznil tengok ziarah. siapa yang tak happy. lepas tu .... dia kenalkan pulak aku dengan orang orang sekeliling dia. tiba2 semua pulak orang nak bersalam dengan aku. best ker??? hehehehehe ... itu lah penangan aznil haji nawawi. tadinya aku ni tak ada sape pun pandang. senyum pun tak nak. bila aznil panggil aku - wah tiba2 semua pulak senyum dan memperkenalkan diri.

takpelah ... itu memang kisah best lah. banyak orang tanya pasal apa abe tak datang. nak buat macam mana - dia demam. kalau tak - memang aku dah seret dia datang sekali tadi.

oklah. aku nak tido. ngantuk. sebenarnya rindu kat seseorang kat afghanistan. dan seseorang kat holland. lama tak dengar khabar berita dari dorang berdua ni.

am out of here. nite nite.