Friday, October 06, 2006

Hari ini pergi majlis berbuka puasa sambil tengok concert Seroja. Dapat jemputan dari Astro. Pergilah kami berempat. Aku, abang nal, abang firda and muhaimi.

Selain nak jaga repo, actually tujuan utama pergi sebab nak tengok Ramli Sarip perform. Memang kelas giler. Suara power. Performance memang haibat yang amat! Teruja sangat masa tengok.

Alkisahnya sebelum konsert bermula dijalankanlah majlis buka puasa. lepas tu ... dah makan punya makan sampailah acara berasap. oleh kerana aku malas nak duduk sorang sorang kat dalam aku pun ikutlah lepak kat luar.

Sedar tak sedar, banyak rupanya kawan aku dalam industri hiburan ni. pusing pusing jumpa muka yang sama. and then dapat pulak kenal dengan orang baru.

tadi ... aku excited sangat sebab dapat jumpa abang rock yang sempoi. dah lama tak jumpa dia. dulu selalu lepak ngan dia kat tangga sebab dia suka main gitar dan aku selalu jadi pendengar setia dia lah kiranya.

and then dapat jumpa beberapa orang kawan lama masa kat ntv7 dulu. banyak juga yang dah berhijrah ke astro. hemmm ... tak sangka. tapi ok lah tu kan.

then tadi masa lepak dengan sultan muzaffar - diperkenalkan pula dengan manager ning baizura. baik orangnya. and then, tiba tiba bertembung mata dengan abang aznil. the famous aznil haji nawawi.

rasa tak percaya je bila dia tiba tiba tegur aku "amboi paullina sombong sekarang" aku rasa nak jatuh je menyembah bumi. memang tak sangka sangat sangat dia masih kenal aku. (dulu aku jadi assitant producer untuk program pop tv di kru - abang aznil adalah pengarah dan pengacaranya pada masa tu). aku pun mendekat dan menghampirinya. "abang aznil - ingatkan abang dah tak kenal lin dah" - dia keluarkan jelingan mautnya - "apa pulak aku tak kenal engkau - dulu kerja kat kru kan? bukan main lagi sekarang - jauh berjalan! - aku senyum senget. "abang tengok ziarah jugak ke?" - "tengok - tapi tengok tengah malam je lah - baguslah program tu" lega hati. terubat segala luka. aku happy sesangat. abang aznil tengok ziarah. siapa yang tak happy. lepas tu .... dia kenalkan pulak aku dengan orang orang sekeliling dia. tiba2 semua pulak orang nak bersalam dengan aku. best ker??? hehehehehe ... itu lah penangan aznil haji nawawi. tadinya aku ni tak ada sape pun pandang. senyum pun tak nak. bila aznil panggil aku - wah tiba2 semua pulak senyum dan memperkenalkan diri.

takpelah ... itu memang kisah best lah. banyak orang tanya pasal apa abe tak datang. nak buat macam mana - dia demam. kalau tak - memang aku dah seret dia datang sekali tadi.

oklah. aku nak tido. ngantuk. sebenarnya rindu kat seseorang kat afghanistan. dan seseorang kat holland. lama tak dengar khabar berita dari dorang berdua ni.

am out of here. nite nite.

1 comment:

  1. :):):)))))
    heee...hee...heeeee.....
    tumpang senyum sengeh kat cni plak :))))

    DAY 5455 tu.. my first car !
    nak sampai ke tempat kijer pagi ni terasa macam kat puncak Kinabalu... w/pun gayat naik jugak !!
    berdebar tak habis lagi...
    tiba2... dpt wish plak dr Abe.
    malu laaa plak... minta macam2 dr Abe ! tapi skali skala best gak :)demam plak dia yer ?
    bulan puasa , tengah panas kalau tak cukup minum air.. "meme" mudah demam...
    hopefully dia dah ok hari ni !!

    wah3... feemeesss Lin skrang ni.. tapi dulupun famous jugak.. semua kenalan Terra kenal Lin dr Edisi Siasat lagi :)
    Apa ? 10 Dec ?
    alahai.. awat kuar lambat sangat ?
    tapi takper... tungguu... surprise dari Terra !!

    apa lagi ekk...errrr baik kita samb. senyum lagi :)
    lagipun ianya kan satu sedekah :)))

    ReplyDelete