Monday, October 09, 2006

Syukur. Ziarah sudah tamat penggambaran 20 episode. 5 oktober lalu, Ziarah sudah melengkapkan perjalanannya.

Penggambaran di Jogjakarta adalah penutup.

Jogja, especially di Bantul masih lagi menangis. Menangis dalam tawa. Dalam senyum mereka menyembunyikan penderitaan mereka.

Ramai dah pulang kerumah masing masing. Namun pulang kerumah bukan bererti rumah yang musnah sudah siap dibina, mereka masih tinggal dikhemah. Ditapak rumah lama, mereka mendirikan rumah sementara untuk mereka berteduh. Syawal tahun ini, tiada keramaian yang akan dilakukan, tiada juadah istimewa yang dihidangkan. Tiada kunjungan ke rumah terbuka atau saudara mara. Apa yang dapat dihidangkan. Jangankan ruang tamu, bilik pun tak ada.

Jogjakarta tak adalah panas sangat. Tapi aku heran kenapa kulit aku sampai menggelupas. Takhabis pikir. Ikutkan panas KL lagi. Tah lah ... bukan negara sendiri kot. Cuaca pun tak serasi agaknya.

Trip kali ni baru lah aku dapat jalan jalan kat Jogja. Sebelum ni aku dah pegi 3 kali. Tapi ... tak pernah nak merayau sangat. Masa keje pulak baru dapat merayau. Sampai ke merapi aku merayau ngan team Ziarah. Dapat juga singgah di Prambanan. Cantik betul tapak warisan dunia tu. Nasib baiklah sekarang ni tengah tutup kalau tak memang aku bergambar sakan dalam kuil tu. Khabarnya banyak patung hindu kat dalam tu. Sayang tak dapat masuk. Tapi abang zul sempat juga curi masuk. Nasib baik tak kena jerit dengan pak guard jowo kat tepi tu. hehehe ..

Kali ni aku tak banyak shopping. beli barang pun setakat untuk kawan kawan office. tak ada sangat untuk diri sendiri. well ada lah beli sehelai. sehelai je. tak larat aku nak bawa terbang. dah lah take off kat solo.

cakap pasal solo ni .. boleh lah kami sampai 15 minit sebelum kapal terbang take off. nasib baik lah airport kecik. tak banyak karenah. kalau kat klia memang sah sah dah tak boleh masuk dah. anyway, trip kali ni lebih santai. tapi .. tak tau lah hasilnya macam mana. ini antara masalah aku. tak yakin kalau zra tak ada.

payah juga nak handle hosts masa trip ni. bukan payah apa. kesian sebab dorang puasa. so terpaksa minimumkan penglibatan dorang. takut dorang tak larat je lah. terbukti, hari terakhir kat jogja, abe demam. kak dang juga yang maintain.

anyhow ... terima kasih kepada semua yang sudi menonton ziarah. kami bersiaran pada waktu baru, jam 7 malam. pindaan dilakukan oleh astro. tak tahu sebab apa. mungkin strategik planning dorang kot.

ok lah. tak lama lagi nak raya. so ... selamat bershopping ria!

10 comments:

  1. Tak g, Borobudur (betul ke ejaan ni)
    Tp shopping kat sana kan murah2 mana ole2 keropok atau kopi jaher?
    anyhow lin akak pun enjoy kalau g Yogjarkarta sebab brg boleh tahan lar tp satu aje yg takut bila ke Indonesia, makanan,,, akak kalau ke sana aje jadi vegetarian
    Salamat Eid ya pada semua

    ReplyDelete
  2. Sis Lin...moga ketemu apa yg dicari dalam hidup...addin yg diredhai...addin yg dirahmati...sampaikan ucapan terima kasih drpd teman saya buat en.wan 4 his appreciation...k...

    ReplyDelete
  3. Terra baru terima email dr Best fren yg mengatakan Ziarah byk memberi kesedaran dan keinsafan kpd nya.. yerlah.. susah macamana pun kita di bumi Malaysia ni... susah dan daif lagi kehidupan yg dipaparkan oleh Ziarah...
    Tahniah di ucapkan , penat lelah kalian "meme" berbaloi...

    seingat Terra , lin ada cerita.. tahun ni sepatutnya ada 4 Baby kan ?
    sempat ker tu.. kalau kembar pun..setahun 2 ore jer..he..hee.hee.. apapun.. ambil masa tuk relax.. apatah lagi tuk meraikan Raya yg bakal tiba :)

    Yup... every weekend adalah masa tuk raikan shopping :)

    ReplyDelete
  4. kak fid : tak pegi. pada awalnya nak pegi tapi dek kerana berkejaran dengan waktu, so terpaksa cancel. masa kat sana kitoarang makan sakan kak .... lagipun adik lin ada kat sana ... so dia yang tunjukkan tempat makan yang halal untuk kitaorang.

    syah: thanks syah. 3 nov ni akak balik sabah. lamanya ndak balik. rindu betul mau jalan jalan di sandakan. punyalah lama sudah di kl ni sampai lupa sudah apa makanan sabah yang paling sedap. adehh!!!

    terrarosa : baby ke empat masih dalam kandungan lagi. mungkin tahun depan baru lahir. hehehehe ...

    haqita02 : hi there. good to have you here. :) Selamat hari raya gak.

    ReplyDelete
  5. erm...last time syah ke sdk..rasanya 5-6 years ago...dah lama tu...frankly i like ur place...makanan yg dulu popular di sdk...mestila telur penyu....skrg org2 kalu nak makan telur penyu pun t'paksa via "bLaCk mArKeT"hik hik hik...kalu kat tawau plak..mestila keropok amplang@pelang2...n keropok belinjo...kat arez b'fort...pastinya ambuyat jadik idaman..kekeke...(makanan tradisi my family ni...tapi syah tak reti makan...)...hmmhh..sis lin bleh dah memorize ckit2...(makanan yg lain2 spt...kuih cincin, sapit,penyaram,lato'(kinda rumpai laut)...dll...jangan dilupa...kekeke)hope u know that thing...rasanya yg dalam bracket tu banyak kat area Beaufort kot...
    -sisTerra:Happy Aidilfitri..amboi..awalnya cuti2 Malaysia..apapun mcmana plan nak ke TUUUUT...jadi ke???
    -SisFid:suri lama dah tak kirim berita..erm...thanks anyway sbb almost evryday sis kirim sumting thru e-mail...prob dah selesai???mine...hmmmh..wallahhua'lam bissawab...
    -buat semua...Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir Batin..

    ReplyDelete
  6. Lin,

    SELAMAT AIDUL FITRI............

    Apa perkembangan terbaru?

    ReplyDelete
  7. ish syahh .. 3 terasa lama pula baru balik sandakan ... ishhh .... terliur sudah merasa ambuyat di hujung lidah. aduiiii .... belinjo makan sama nasi panas dengan sambal belacan ala sabah dengan ikan goreng seja .. memang sedap. kuih penyaram memang favourtite sepanjang zaman. tak ada siapa yang boleh melawan kesedapan kuih itu. hiksss mau pulanggggggggggggggggggggggggggggggggg
    sedihhhhhnyaaaa hidup diperantauaannnnnnn ......

    ReplyDelete
  8. salam lin..

    seronok baca blog ni.. mesti best dapat buat benda yang kita suka.. i've alwiz dream to be a writer.. but now, stucked in this computer industry.. aduhhh.. x boleh lari dah..

    anyway, tahniah coz dapat bekerja dgn team yg wonderful, esp ZRA.. i could say his work brilliant.. a piece of his mind.. so, lepas habis menuntut ilmu ni, boleh la lin jadi pelapis ZRA ye..

    oklah.. dah nak balik kg ni.. enjoy ur holiday and selamat hari raya..

    - the other lin -

    :p

    ReplyDelete
  9. camarputih@lin, you still can be a writer. u just need a strong will to make it happen. u have your own blog ... so yes you can write. :)

    thank you sebab sudi masuk blog yang syok sendiri ni. nothing much to be shared here .. just bit and crunch about my experience in my work.

    ReplyDelete
  10. hi lin.. it's such a pleasure when a writer says i can write!! but, still there is so much things to learn. i do hope i could gain an opportunity to fulfill my dream.

    so, macam mana raya?? baru balik last tuesday, rasa malas gila nak bekerja. i bet, yang lain pun mesti rasa macam tu jugak. maklumlah, dah lama cuti.. :p

    anyway,
    SELAMAT HARI RAYA pada semua.

    ReplyDelete