Friday, June 29, 2007


Tribute untuk Seorang Jaidi Sahar

Pagi ini terasa sangat sayu. Pagi ini bagai semua turut berduka cita. Kelam dalam kesyahduan dan rasa kaget, pemergiannya sama sekali tidak disangka.

Baru semalam kami bertepuk tampar bergurau senda, baru semalam dia mengenyit mata kepada seorang teman, baru semalam dia memberi lambaian .. namun semalam juga dia berkata, dia akan pergi meninggalkan kami semua.

Apa yang dikata terkota pagi ini.

Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir, dengan pen ditangan, sedang mengerjakan storyline untuk assignmentnya ke Balkan pada hujung July nanti.

Aku mengenalinya melalui kaca televisyen. Ketika itu dia seorang pembaca berita sukan dan adakalanya menjadi pembaca ramalan cuaca.

Tahun demi tahun berlalu, bila aku mula terlibat dengan Edisi Siasat sebagai stringer, dia merupakan antara wartawan yang amat aku kagumi kerana keberaniannya membongkar isu yang jarang dapat dibongkar oleh wartwan lain di stesen terbabit.

Komited terhadap kerja ... walaupun dalam deadline yang sangat ketat.

Tidak sampai sebulan setelah aku menjadi staff ntv7 - dia mengambil keputusan untuk berhenti. Aku tidak pernah sempat bertembung muka dengannya. Tapi nama Jaidi Sahar dan Edisi Siasat sangat sinonim hinggakan sering dihambur pujian oleh Penerbit Edisi Siasat ketika itu, Zainal Rashid Ahmad.

Tahun ini .... setelah 4 tahun tidak pernah terdengar cerita tentangnya .... dia datang bertemu Zainal. Datang sebagai Jaidi Sahar yang berbeza. Yang positif tentunya.

Dan buat pertama kalinya, aku dapat betemu dengan lagenda Edisi Siasat. Orang yang sudah terlalu lama ingin aku temui. Dia akhirnya berkerja di FM sebagai Head of Regional Content Development. Juga merangkap sebagai Penerbit dan Presenter Atlas Nusantara. Dan presenter untuk Suatu Masa dan Expose.

Aku tidak terlalu rapat dengannya - tetapi bila setiap kai bertemu dan berbual dengannya - hati terasa ceria. Apatah lagi mendengar suaranya yang begitu 'lelaki'.

Kini ... tiada lagi kenyit matanya, tiada lagi sapaan mesranya, tiada lagi usikan dan gurauannya, yang kami ada - hanya memori bersama dengannya.

Dia disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung. Begitu fatal, sehingga tidak ada siapa yang tahu akan kehilangannya. Dengan satu batang pen terdakap rangkulan jemari .... dia pergi untuk selama-lamanya.

Ketika entry ini ditulis, jenazah Jaidi Sahar sedang dikebumikan di kawasan perkuburan Batu 5, Jalan Ipoh.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Semoga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya. Semoga dia beroleh kesejahteraan di alam sana.

Selamat jalan abang Jaidi. Senyum mu akan selalu terpatri dalam ingatan ku.

15 comments:

  1. takziah. bestnya kerja d stesen tv

    ReplyDelete
  2. hanya kesedihan dapat dirasakan bila mana kehilangan seorang sahabat tetapi bila terjatuh, di caci di cerca di fitnah tiada seorang pun dapat menolong, membantu mengapai tangan supaya ia boleh berdiri sebagai seorang sahabat.

    ReplyDelete
  3. Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

    Kita terlupa...
    kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa' dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa...tetapi kita sering terlupa.

    Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

    Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

    Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

    Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

    Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

    Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

    Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

    Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia: dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.

    Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu..tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia:

    MUNGKIN KITA AKAN TAHU...

    ikhlas dari

    irbas

    ReplyDelete
  4. Jika aku boleh mengulang waktu
    Aku akan menghitung hari-hariku dengan bijaksana bersamanya
    Jika aku boleh mengulang waktu
    Aku akan selalu berada di sampingnya dan berdoa untuknya
    Jika aku boleh mengulang waktu
    Aku akan menghiburnya pada saat ia menjalani hari-hari yang berat
    Jika aku boleh mengulang waktu
    Aku akan menguatkannya dalam menjalani hidupnya yang pahit

    Jika Tuhan hanya mengabulkan satu permintaan..
    Aku ingin berdoa,
    Bangunkan dia
    Jangan panggil dia sekarang
    Kerana dia belum siap..

    Jika saja aku tidak terlalu sibuk dengan duniaku sendiri
    Jika saja aku ada saat dia memerlukan aku..

    Aku tahu hatinya menjerit
    “Di mana dia saat aku kesusahan?
    Di mana dia saat aku memerlukannya?
    Di mana dia, yang selalu menyebut dirinya sahabat sejati
    Yang akan menguatkan dan mendoakan sahabatnya?”

    Tapi dia hanya dapat tersenyum tanpa erti
    Aku tahu hatinya walang
    Hatinya geram
    Hatinya marah
    Mukanya panas
    Dan ingin memakiku

    Maafkan aku, sahabat..
    Aku tidak sempat membantumu
    Mendoakanmu
    Menguatkanmu
    Menghiburmu
    Selama kau masih ada

    Maafkan aku, sahabat
    Kalau aku menyakiti hatimu
    Kalau aku membuat hatimu kecewa
    Maafkan aku karena aku tidak mengerti benar
    Apa erti sebuah persahabatan

    Aku hanya hadir
    Saat kau bahagia
    Saat kau mengembangkan senyummu
    Saat kau senang

    Pada saat kau jatuh, aku tidak membantumu berdiri
    Pada saat kau lemah, aku tidak menguatkanmu
    Pada saat kau susah, aku tidak ada untuk menolongmu
    Pada saat kau menangis, aku tidak menyerahkan pundakku
    Pada saat kau difitnah, aku tidak membelamu

    Sesempit itukah erti persahabatan?

    Semua tinggal masa lalu..
    Waktu tidak akan mungkin berputar mundur
    Dan kembali ke masa lalu

    Semua hanya tinggal penyesalan
    Dan pertanggungjawabanku kepadaNya

    Yang ku tahu, kau sedang melihatku dari atas
    Dengan raut muka yang sedih dan kecewa

    Sahabat, terima kasih..
    Darimu aku belajar
    Apa ertinya sebuah penghargaan, cinta kasih dan persahabatan
    Darimu pula aku mengetahui
    Bagaimana rasanya ditolak dan tidak dihargai

    Terima kasih kerana telah menganggapku sebagai sahabat sejatimu
    Dan maafkan aku..
    Kerana telah menyakiti hatimu dan membohongimu
    Kalau aku sahabat sejatimu..

    Selamat jalan, sahabat
    Maaf, aku hanya dapat menemanimu sampai di sini..

    irbas

    ReplyDelete
  5. When tomorrow starts without me, and I'm not there to see,
    If the sun should rise and find your eyes, all filled with tears for me,
    I wish so much you wouldn't cry, the way you did today,
    While thinking of the many things we didn't get to say.

    I know how much you love me, as much as I love you,
    And each time that you think of me, I know you'll miss me too.

    But when tomorrow starts without me, please try to understand,
    That an angel came and called my name and took me by the hand.
    And said my place was ready in Heaven far above,
    And that I'd have to leave behind, all those things I dearly love.

    But as I turned to walk away, a tear fell from my eye,
    For all my life, I'd always thought, I didn't want to die.

    I had so much to live for, so much yet to do,
    It seemed almost impossible, that I was leaving you.

    I thought of all the yesterdays, the good ones and the bad,

    I thought of all the love we shared, and all the fun we had.
    If I could relive yesterday, just even for a while,
    I'd say goodbye and kiss you, and maybe see you smile.

    But then I fully realized, that could never be,
    For emptiness and memories, would take the place of me.

    And when I thought of worldly things, I might miss come tomorrow,
    I thought of you, and when I did, my heart was filled with sorrow.

    But when I walked through Heaven's gates, I felt so much at home.
    When God looked down and smiled at me, from his great golden throne.
    He said, "This is eternity, and all I've promised you.

    Today your life on Earth is past, and here it starts anew".
    "I promise no tomorrow, but today will always last,
    And since each day's the same day, there's no longing for the past".

    "But you have been so faithful, so trusting and so true,
    Though there were times you did some things, you know you shouldn't do".

    "But you have been forgiven, and now at last you're free,
    So won't you take my hand now and share My life with Me".

    So when tomorrow starts without me, don't think we're far apart,
    For every time you think of me, I'm right here in your heart!!!


    * i cant imagine if tomorrow starts without u.. :-(((
    jaidi sahar.......



    irbas2

    ReplyDelete
  6. Lin, sorry hilang alamat 1 to 1 view lagi leee. almaklum dah tua nyanyuk lee sila beri lagi 1x

    ReplyDelete
  7. Setiap insan pasti merasa
    Saat perpisahan terakhir
    Dunia yang fana akan ditinggalkan
    Hanya amalan yang dibawa

    Terdengar sayup surah dibaca
    Sayunya alunan suara
    Cemas di dada...lemah tak bermaya
    Terbuka hijab di depan mata

    Selamat tinggal pada semua
    Berpisahlah kita selamanya
    Kita tak sama nasib di sana
    Baikkah atau sebaliknya

    Amalan dan takwa jadi bekalan
    Sejahtera bahagia pulang...ke sana

    Sekujur badan berselimut putih
    Rebah bersemadi sendiri
    Mengharap kasih anak dan isteri
    Apa mungkin pahala dikirim

    Terbaring sempit seluas pusara
    Soal-bicara terus bermula
    Sesal dan insaf tak berguna lagi
    Hancurlah jasad dimamah bumi

    Berpisah sudah segalanya
    Yang tinggal hanyalah kenangan
    Diiring doa dan air mata
    Yang pergi takkan kembali lagi

    ReplyDelete
  8. Setiap insan pasti merasa
    Saat perpisahan terakhir
    Dunia yang fana akan ditinggalkan
    Hanya amalan yang dibawa

    Terdengar sayup surah dibaca
    Sayunya alunan suara
    Cemas di dada...lemah tak bermaya
    Terbuka hijab di depan mata

    Selamat tinggal pada semua
    Berpisahlah kita selamanya
    Kita tak sama nasib di sana
    Baikkah atau sebaliknya

    Amalan dan takwa jadi bekalan
    Sejahtera bahagia pulang...ke sana

    Sekujur badan berselimut putih
    Rebah bersemadi sendiri
    Mengharap kasih anak dan isteri
    Apa mungkin pahala dikirim

    Terbaring sempit seluas pusara
    Soal-bicara terus bermula
    Sesal dan insaf tak berguna lagi
    Hancurlah jasad dimamah bumi

    Berpisah sudah segalanya
    Yang tinggal hanyalah kenangan
    Diiring doa dan air mata
    Yang pergi takkan kembali lagi

    ReplyDelete
  9. Lin,

    Hanya Al-Fatiha shaja yg dpt di beri...

    ReplyDelete
  10. Anonymous6:36 AM

    i love u

    ReplyDelete
  11. Jaidi teman yang paling baik waktu saya di Kuala Lumpur 1995/1996. Saya belum tahu dia sudah meninggal, jadih sekarang sedih sekali. Saya orang perempuan dari Indonesia/Belanda, nama saya Carla. Saya harap keluarganya sudah ada hidup yang senang lagi. Terima kasih atas berita.

    ReplyDelete
  12. Jaidi teman yang paling baik waktu saya di Kuala Lumpur 1995/1996. Saya belum tahu dia sudah meninggal, jadih sekarang sedih sekali. Saya orang perempuan dari Indonesia/Belanda, nama saya Carla. Saya harap keluarganya sudah ada hidup yang senang lagi. Terima kasih atas berita.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete