Tuesday, February 13, 2007

Tarikh yang dipilih untuk akhirnya terbang ke Damsyik sudah ada. Penggambaran untuk Trek G ditetapkan pada 22 February ini. Alhamdullilah ... akhirnya aku bersama team Trek G dan Anggerik Millenium akan berlepas pada Khamis, minggu depan.

Setelah entah berapa kali tertangguh - semenjak December lalu, akhirnya aku dan team akan ke sana juga. Lega. Iya kah lega??? Tak juga. Ada sedikit rasa reluctant nak pergi. Mungkin sebab jiwa dan hati aku dah lama kat sana .... dek kerana berapa kali bertangguh, aku dah tak excited nak pergi.

Ikut jadual asal, 18 February adalah tarikh yang ditetapkan. Tapi dek kerana aku masih mengharap agar dapat Visa untuk masuk ke Iraq, aku tangguhkan lagi 4 hari. Kali ini keputusan sudah diambil, sama ada dapat Visa atau tidak untuk ke Iraq, Trek G akan tetap berlepas pada 22hb February ini. Barulah aku kelam kabut nak cari glove, selendang dan snowcap. Kecoh betul.

2 jam 52 minit lalu, aku terbaca di Yahoo News, sebuah bas diletupkan di Lebanon. Cuak, tapi aku masih positif. Mungkin kerana pengalaman di Afghanistan membuatkan aku tidak rasa terlalu gementar untuk menjejakkan kaki ke Lebanon dan Iraq. 1 jam 30 minit yang lalu, aku terbaca Iraq menutup sempadan Syria & Iraq untuk tempoh 72 jam. Satu keputusan dari kerajaan Iraq yang aku kira agak mengejutkan. Kenapa sekarang? Dan aku tahu, perjalanan aku dan izin yang diminta untuk masuk ke Iraq akan jadi lebih sukar.

18 hari untuk trip kali ini akan dimulakan di Lebanon. Sebaik mendarat di Damsyik, kami akan bergerak ke Beirut. Dan akan turut membawakan perkembangan terkini tentera bantuan kita di selatan Lebanon. Dengar cerita, turut disediakan escort untuk sampai kesana. Protokol. Ala bisa tegal biasa .... bukan sesuatu yang baru.

4 hari di Lebanon kami akan ke Damsyik ...dan Allepo .... sebelum bergerak masuk ke Iraq. Jika tak dapat visa, kami akan menukar destinasi ke Jordan. Menjejak pelarian Palestin dan Iraq.

Turkey menjadi destinasi terakhir. Negara yang paling aku idamkan untuk dikunjungi. Kalau ada pun yang menguatkan semangat untuk aku ingin meneruskan misi Trek G adalah kerana ingin menjejak kaki ke Turkey selain ke Iraq.

8 episod aku janjikan kepada ZRA dan FMZ untuk dibawa pulang. Insyallah, dengan izinNya, aku akan tunaikan.

Kejap tadi dapat message dari seorang teman di Damsyik ...katanya "jangan tunda lagi ... karang tak sejuk dah .... kalau salji ada pun sempat cair tau!" aku senyum sendiri. Kali ini aku akan datang. Don't worry.

4 bulan berlalu, the company are getting stronger. Adalah komplikasinya. Problem dengan sistem, problem dengan staff ... tak merungut, aku faham, masing masing sedang mencari momentum diri. Mudahan cepat ketemu ... dan kami dapat beroperasi dengan lancar.

Kalau boleh aku kongsi cerita gembira ... ada 2 perkara, akhirnya impian untuk menerbitkan dokumentari kelas tinggi tercapai. Walaupun bukan aku Penerbitnya, tapi tumpang bangga, kerana impian yang sudah lama disimpan akhirnya boleh bertukar menjadi kenyataan. Syukur, Alhamdullilah.

Kepada kawan kawan yang rajin datang blog, Terra, Kak Fid, Syah & Ontahsapo ... i will not be around for quite a time, tapi we'll see each other kat comment box k? Cause lepas ni memang susah nak masuk entry ... hidup akan jadi seperti zombie ... kena settle kan script dan editing. So ... take care everyone.

Oh ya .... memperkenalkan presenter Trek G ... Tuty ....(*sigh - jangan kecewa sangat)

9 comments:

  1. Assalamualaikum wbt n salam sejahtera...
    sislin : la dah nak pergi ke???apapun tek ker...we'll always pray for ur success n safety...apapun kami tunggu sis sampai balik ke sini nnt...may Allah bless all the crew along the journey...Insyaallah semuanya akan selamat...
    k...

    ReplyDelete
  2. bravo! bravo! bon voyage...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbr,

    Lin Trek G tu apa ke benda?? anyhow, selamat berlayar & selamat kembali ke tanah air yg tercinta nth.

    Kalau ada PC boleh update lah perjalanan kat sana eh? jgn senyap aje mcm WK terus berkubur he3...

    Selamat berjaya Lin..

    Happy Belated Birthday to Shah & Terra moga segala yg di hajati tercapai, murah rezeki, panjang umur, sihat sentiasa & berada di dalam iman

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...
    -erk...happy belated birthday too to kakfid...syah doakan agar akak akan cepat2 bertemu Mr. Darcy hati akak....(sori2...jgn marah...syah buat pemberitahuan khas 'LIVE" ke seluruh Malaysia)heheh...
    -en.wan berkubur???
    -sislin:'I'm leaving on a jetplane lalalala...'

    ReplyDelete
  5. Shah,

    Tak pe... nanti mesti Mr Darcy datang sebab dah Publish 1 Malaysia cari Kak Fid...

    Kak Fid bz lepas naik kerja ni banyak assignment baru yg boss beri, boss asal benda baru beri kita, beri lah pada org lain.. ni nak mogok ni tak lama lagi

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...hehehe
    -syah ingat masuk2 je tadi nak cakap gini "Hello anybody home???"tapi nasib baik ada post akak...kalu tak balik2 le link comments tu bernombor '5' aje...hehe...
    -tunggu aje...nanti CNN siap buat liputan lagi Rombongan pencarian Cinderella Mr. Darcy ke Johor..hikhik...
    -mst kaklin dah ke oversea ni kan...papun...pray 4 their success...anyway..mana yg lain2 nih...xkan nak biar blog senyap sunyi aje....
    -kakterra:where r u...hah...mst cbuk prepare tuuuut ni kan..hehe???
    k tata..Assalamualaikum
    p/s:takut nih...nak nunggu tarikh keramat dlm hidup nex week...dub dab dub dab...

    ReplyDelete
  7. tak der kerja kosong ker..? pegang lampu ker, mic ker..?

    ReplyDelete
  8. hi everyone. hehehehe

    ontahsapo: awak ni ... tak putus asa lagi ke? hehehehehe ...

    syah: ha ah. akak kat istanbul sekarang. baru tadi rasa hujan batu. kelakar betul. macam orang jakun. sejuk ya rabi. negative 1 kot udara tadi. rasa nak pengsan.

    hari jumaat ni kami balik. yeahhh ... akhirnya ... setelah lebih 20 hari diperantau .. bole balik makan nasi kandar and cari sambal belacan.

    ReplyDelete
  9. buat apa nak putus asa.... selagi ada ruang.. kita mencuba... siapa tahu...?

    ReplyDelete