Wednesday, November 19, 2008

Pada Julai 2006, aku ditugaskan menjadi penerbit bagi program Ziarah yang menumpu kepada Laporan Kemanusiaan Antarabangsa. Itu adalah tugasan antarabangsa aku yang pertama. Mendapat tugasan 'antarabangsa' tu memang dah teruja sangat dah. Almaklum, antarabangsa, tapi bila memikir tentang lokasi tugasan antarabangsa pertama tu - SERIAU jugalah aku.

Afghanistan. Perghh .... dengar je kata nak pergi Afghanistan, aku dok pandang ZRA tak berkelip. Hilang akal ke abang aku ni. Dua tiga kali lah aku tanya dia - betulkah nak pergi Afghanistan??? Bila dia dah pandang aku sambil mengeluh, aku tahu betul lah memang kitaorang akan pergi Afghanistan. Takutnya ya rabi. Belum sampai Afghanistan lagi, aku dah seriau dah uruskan Visa untuk masuk ke sana. Naik lah pergi Konsular Afghanistan di Jalan Ampang. Kena urus pulak Visa Double Entry kat Pakistan sebab itu akan jadi entry and exit point. Satu kerja pulak sebab Pesuruhjaya nya tak nak approve visa sebab nak masuk ke Afghanistan. Sempat jugak aku dan Muhaimi kena talbiah ngan Pesuruhjaya tu, yang mati mati tak bagi kitaorang masuk Afghanistan melalui Pakistan. Pujuk punya pujuk - rengek punya rengek dapatlah aku Double Entry Visa. Itupun dengan syarat, kitaorang kena tunjukkan tiket ke Pakistan yang dah kitaorang beli. Hari itu juga aku dan abang Firdaus pergi beli tiket kat Thai Airways. Bila tengok tiket kat tangan, aku menggigil. Lagi jelas dan nyata, aku, ZRA, Wandin, Dangsu, Daud dan Abang Zul akan terbang ke Afghanistan, 2 minggu dari tarikh tiket aku dibeli.
Aduiiii ... menggigil rasanya!!!!
Akhirnya ... hari yang ditunggu pun tiba .... aku sampai tak tido malam pada hari kitaorang nak berlepas ke Islamabad. Sekadar mengimbas memori lama ... dan bila terjumpa gambar gambar lama ni ... terasa pulak nak buat journal bergambar. Sebenarnya nak praktis pun untuk Journalist Diaries for myeyes.com. .... so ... here's my journey, my first international assignment.


Kat KLIA .... the making lah kononnyer ...

Dari KL ke Paksitan direct flight tak lama - cuma ambil masa 4 jam saja. Tapi oleh kerana tiket direct flight tu mahal sangat - kami pun re-route lah ke Bangkok ... transit kejap. Kejap tak kejap ... adalah 3 jam. Adui ... dada makin berdebar .... dalam hati nak cepat sampai ... transit 3 jam tu rasa macam 3 hari. Sepanjang kat Thailand tu ... dok cek lah berita mutakhir kat Afghanistan.


Surf internet kat cafe .... nak tau lah banyak tak letupan kat Kabul

Akhirnya ... 3 jam pun berlalu. Kami pun terbanglah ke Islamabad. Sampai Islamabad, aku dah cuak. Ishhh ..... nak pergi kaunter pegawai lelaki ke perempuan ... dua tiga kali juga aku pikir ... last-last sekali aku berbaris dilaluan pegawai imigresen wanita. Dalam kepala dah rehearse dua tiga kali. Kalau ditanya - kata datang untuk melancong. Nasib baik lah dia tak belek passport lama lama. Kalau dia nampak visa Afghanistan tu ... ishh ... satu keje pulak nak menjawab! Alhamdullilah ... kami melepasi imigresen tanpa sebarang soal jawab.

Fuhh .. lega. Keluar je airport Islamabad, kepala serabut pulak tengok orang semua pakai baju kurta putih, kelabu, biru muda, coklat. Empat colour ni je lah .... mana lagi pemandu teksi berebut penumpang. Aduiii ..... dah lah tak ada guide ... pandai pandai engkau lah nak .... mujur ketika dalam penerbangan, Kak Dangsu berkenalan dengan Asan, seorang lelaki Pakistan yang baru balik dari Jepun. Destinasinya adalah Peshawar. Dan oleh kerana kami pun hendak ke Peshawar, Asan ini lah yang membantu kami sampai tolong belikan tiket untuk sampai ke Peshawar. Siap bookingkan hotel untuk kami tinggal! Seronoknya jadi saudara sesama Islam ini, jangan malu bertanya, mesti ada yang akan tolong. Insyallah! Tiga jam perjalanan dalam bas, akhirnya kami sampai ke Peshawar. Alhamdullilah.

Malam itu, dibilik yang sebesar bilik seorang raja ... dengan langsir yang meleret leret panjangnya .... doorway ke bilik air yang bagai istana .... kami tertidur dengan perasaan berdebar debar. Esok penggambaran akan bermula ... permit perjalanan merentas Khyber Pass juga perlu disediakan secepatnya ... lagi 2 hari ... bumi Afghanistan akan dipijak. Adui .... menunggu dalam debar memang tak best. Sangat sangat sangat tak best!!!!

Wan Din memulakan hari pertama di Peshawar dengan posing bersama lobby boy!


Sambil sambil tunggu permit perjalanan merentas Khyber Pass disediakan, kami pun memulakanlah penggambaran disekitar Peshawar. Peshawar di dalam bahasa Sanskrit maksudnya bandar yang penuh bunga. Pada musim bunga, dengar ceritanya, Peshawar ni akan dipenuhi bunga disetiap sudut kotanya. Oleh kerana kami datang pada musim panas, so ... tak dapatlah aku nak tunjuk gambar bunga bunga disetiap sudut kota! Seronok berada kat Peshawar ni ... aku ingat lagi ... sebelum sampai ke Peshawar, aku jumpa abang Azam (masa tu dia keje kat Utusan, dia pernah duduk Peshawar berbulan lamanya masa US serang Iraq) dia banyak bagi aku info tentang Peshawar.

Berjalan jalan disekitar bandar Peshawar yang sibuk ni .... aku jadi terpaku. Semua benda aku rasakan menarik. Semua benda even kereta kuda yang bawak daging lembu buat aku kagum. Kagum bukan kerana melihat mereka masih menggunakan kereta kuda ditengah bandar, kagum kerana kemodenan tidak mengusik sedikit pun tradisi kota bersejarah ini.

Dalam karung tu ... daging lembu .... Wan Din pun kagum ... siap kejar ...



Ada dua perkara yang aku notice ketika berjalan disekitar bandar Peshawar. Tarik nafas je ... terbaulah kita bau manisan dan jajan tepi jalan ... dan juga bau buah buahan segar. Serius! Apalagi .... perut pun berkocak lah .... nak merasa! Pekena amrasa (biskut goreng tradisi - sedap gila!! dan air mangga)




Perghh ... nampak macam tak sedap kan? Rasa sekali pasti nak lagi ....



Punyalah sedap amrasa ni ... Dangsu sampai nak tukar kerjaya lah!




Hah ... dia dah bau dah .... mango juice one please!



Lepas minum ... sambung lagi jalan jalan .... when I tell you guys about the people still traditional at heart ... I kid you not ... betul .... tak percaya? Ishh ... Betul!




Nak beli tali kena timbang beb!!! Kedai ni umurnya dah 120 tahun!!! Macam ni lah dorang jual tali 120 tahun sudah!



Kata orang, kalau sudah sampai ke Peshawar, jangan lupa menjejak Qisa Qawani Bazaar. Tempat ni kira tempat wajib untuk dikunjungilah. Bagi kaum wanita, tempat ni memang syurgalah. Kain baju, tudung .... rempah ratus ... barang perhiasan .... ha ... sinilah tempatnya. Tapi yang paling menarik tentang Qisa Qawani Bazaar ni adalah .... kawasan minum tehnya. Sejarah dulunya ... Qisa Qawani ni adalah tempat pertemuan para pedagang ketika dilaluan sutera. So ... tempat ni ... tempat dorang lepak sambil minum teh .. dan bertukar tukar cerita. Pasal tu lah tempat ni dipanggil Qisa Qawani Bazaar atau Bazaar Penglipurlara dalam bahasa melayunya. ;) Masuk dalam bazaar ni ... ya Allah ... panasnya ... tak caya tengok muka Wan Din!




Baju guide sampai basah! Wan Din rasa macam nak terbakar ... aku dah lari dah ... tak sanggup!




Ini memang wartawan sejati dan memang seorang yang peramah. Tak sampai 10 minit duduk kat Qisa Qawani ... dia dah ada gang dah ....



Ada berani? hehehehe ....



Tak sanggup duduk lama lama kat Qisa Qawani Bazaar ... kitaorang pun geraklah. Panas beb! Selain bazaar yang bersejarah ni ... banyak lagi tempat bersejarah kat Peshawar. Tapi kami memilih untuk pergi ke sebuah masjid yang katanya ... Taj Mahal Peshawar lah ... masa on the way nak pergi masjid tu ... Wan Din tetiba je terpegun ngan Pakcik sorang ni .... entah apa tah Wan Din cakap kat dia ....




Wan Din: Mere nam ... Wan Din he ... tum? Guide: Lantak ko lah Wan Din!



Masjid Mahabatt Khan - sayang .... keindahan senibinanya dilitupi bangunan kedai yang bagai mengepung masjid bersejarah ini


Sempat gak lah sembahyang Zohor ....


Masjid Mahabatt Khan ni dibina semasa pemerintahan Syah Jehan. Senibinanya memang sangat cantik dan unik. Tapi sayang ... hakisan waktu membuatkan masjid ini semakin usang. Tiada penjagaan sepenuhnya. Tapi rasa bertuah dapat duduk berehat dekat masjid ni ... walaupun hanya dalam tempoh sekali sembahyang Zohor. Tak dapat Taj Mahal, Mahabatt pun jadilah. Mahabatt dalam bahasa melayu bermaksud, cinta. Jadinya, masjid ini dalam bahasa melayunya adalah Masjid Cinta.


Lepas Zohor, kitaorang pun merayau lagi disekitar masjid ni .... satu perkara menarik di Peshawar ini .... disetiap kaki kedai berjarah 30 meter, akan disediakan bekas air untuk minuman. Kalau rasa rasa haus masa tengah berjalan ... minum je. Dan yang bertanggungjawab untuk mengisi semula air dalam bekas ini adalah kedai-kedai disekitar tempat air ini diletakkan. Dan bekas air ini hanya akan ada pada musim panas sahaja.




Wan Din: Cepatlah Dang, haus ni .... Dangsu: Sabarlah Wan Din ... ni baru nak isi ....


Penerbit: Ala buat buat belakon je minum tu ... karang sakit perut pulak!


Penat berjalan ... mana lagi cuaca panas yang amat ... kitaorang pun lepak lah kejap. Tak tau lah apa yang pakcik ni tengok kat Wan Din, senyum dia manis kot, pakcik ni ajak kitaorang makan malam dirumah dia malam tu.



Wan Din : Pakcik ni mesti suka senyuman aku ... pasal tu dia ajak makan umah dia ...

Adat tetamu bertandang, pasti akan diraikan. Tetapi mengenangkan keluarga yang kami kunjungi itu pun pendapatannya hanya RM200 sebulan, kami membawakan sedikit makanan untuk dinikmati bersama. Kak Dang Suria ... the best female presenter in Malaysia, membantu kat dapur. She is very natural with people. Very informative. Tak banyak karenah. Dan sangat natural dalam penyampaiannya. I like her very much. Wan Din? I ADORE him. hehehehe ...


Dangsu membantu kat dapur ... kenalah beb ... nak dapat visual menarik ... ;)

ZRA: Bila nak makan ni?

Lin: Sabaq bang ... minum ayaq dulu ....

Dua hari di Peshawar, Pakistan, banyak yang tak semua dapat kitaorang pergi. Tapi ... dalam dua hari tu, banyak yang kami perolehi. Sahabat dan talian persaudaraan sejagat. Jauh mengembara, tidak ada apa yang kami andalkan. Selain memperkenalkan diri sebagai seorang Islam. Dan layanan yang kami dapati - bagaikan Raja yang datang melawat. Tak tau lah kalau ada saudara Islam yang datang ke negara kita , bolehkah kita melayan mereka sebegini? Insyallah. Moga semangat silaturahim kita masih tebal.

Erm ... ini baru picture journal untuk Pakistan. Untuk Afghanistan .... kalau ada masa saya upload k? ;)

Ni cuma terkenang memori lama ... pasal tu rajin sikit ... rasanya inilah entry saya paling panjang siap dengan gambar yang sangat banyak ... hahahaha ... harap harap esok saya rajin lagi untuk entry Afghanistan!

No comments:

Post a Comment