Friday, November 21, 2008

Menjejak Afghanistan

Dua hari di Pakistan, akhirnya kami dapat permit untuk merentas Kyber Pass untuk ke Torkham - daerah sempadan antara Pakistan-Afghanistan.

Nak lepas Kyber Pass tak boleh suka suka main reda. Kena ada permit. Tak ada permit, jangan mimpi lah nak reda. Memang kena tembak. Kyber Pass ni digelar 'No Man's Land'. Undang-undang sivil tak laku kat kawasan ni. Tempat ni tak ada undang-undang. Jadi kalau sesiapa yang agak agak telah membunuh seseorang atau telah melakukan jenayah berat dan tak nak kena tangkap - pegilah tinggal kat Kyber Pass, tak sapa pun yang akan berani masuk dan tangkap korang kat sana. Serious. Kat Kyber Pass, senjata yang jadi undang-undang. Pasal tu lah about 2 dekad lalu, tempat ni menjadi pengeluar senjata buatan sendiri yang paling besar sekali kat Pakistan. AK47, Kalashnikoff - dorang cetak rompak je bulat bulat. Murah pulak tu ... haaa ... tak payah import dari Russia.

So dipendekkan cerita, kalau dah dapat permit untuk merentas Kyber Pass ni .... seorang anggota polis lengkap dengan senjata akan jadi polis pengiring supaya tak ada lah orang akan berentikan kita kat tengah jalan. Itu pun tak lepas gak ... tengah tengah perjalanan, ada riot lah pulak ... tak pasal pasal kitaorang sangkut ... nasib baik lah kitaorang ni berasal dari Malaysia. Muslim pulak tu ... kalau tak ... terpaksalah patah balik.

Dari Kyber Pass ke Torkham ambik waktu dalam 1 jam 30 minit waktu perjalanan. Melalui Kyber Pass ni aku memang kagum gila lah ... sepanjang perjalanan ... tengok tembok tinggi tinggi je ... aku ingatkan apa lah .. rupanya disebalik tembok tu adalah kawasan perumahan puak. Tembok tu jadi kubu pertahanan lah kiranya .... adalah lebih dari 20 puak tinggal kat area Kyber Pass ni ... semua tak ngam. Ada aja yang dorang nak gaduhkan. Yang dalam puak tu pun selalu bergaduh ... apa lagi yang bukan sama puak. Imagine sendiri lah.

Kyber Pass ni ... satu ketika dulu menjadi rebutan. Kerana ianya merupakan laluan penting. Kebanyakan pemimpin perang, tak kisahlah ... zaman Alexander ka .. zaman Monghul kah .. zaman British kah ... semua berebut nak kuasai laluan ni kerana ianya merupakan laluan yang menghubungkan Asia Selatan dan Asia Tengah. Kira Kyber Pass ni antara laluan sutera jugalah ... menghubungkan Asia Tengah seperti Uzbekistan dan China ke negara negara Asia Selatan seperti Afghanistan, Pakistan dan India.

Ermm .. by the way .. ni bukan entry pasal Kyber Pass .. so sudah sudahlah cerita Kyber Pass tu. Tapi ... bangga siut .. dapat melalui Kyber Pass yang terkenal ini. Rasa-rasanya kalau aku bunuh orang kat Kyber Pass ni kan ... memang aku tak kena tangkap. No Man's Land lah katakan. hehehehe ....

Sampai di Torkham ... aku ingatkan bandarlah ... rupanya pekan kecik je. Rumah kedai diperbuat dari kayu ... boleh bilang dengan jari ada beberapa blok je. Jabatan imigresen dia? Macam kedai kopi Ah Keong kat Taiping. Kedai kopi Ah Keong tu lagi cantik lah! Meja sebiji ... komputer sebiji ... pastu kerusi tetamu sebiji. Dah ... jadilah jabatan imigresen. Signboard pun tak dak!

Lama jugak lah nak menunggu imigresen clearance. Entah apa tah dorang nak - kitaorang menunggu sampai sejam. Nak kata duit tak jugak ... dalam hati aku dah berkocak dah .. beberapa langkah dari pejabat imigresen Paksitan aku dah boleh nampak dah kem tentera Afghanistan. Perghh ..... siap dengan meriam bagai! Afghanistan depan mata ... tapi kitaorang masih sangkut kat Pakistan. Arghhh !!!! Apalah susah sangat nak ke Afghanistan ni!

Tunggu punya tunggu ... akhirnya selesai urusan passport. Kami pun menyeberang lah. Ingatkan naik kete .. rupanya kena jalan kaki .... hambik ... berjalan kaki lah kami sejauh 1km menyeberang sempadan ke Torkham sebelah Afghanistan pulak. Menapak nak pergi imigresen sana.
Dalam hati aku berdebar tak menentu. Waktu berjalan nak ke imigresen Afghanistan, dua tiga kali kena berenti sebab askar dok cek barang dan kamera. Siap cek passport segala .... aku dok berdoa, janganlah suruh patah balik. Memang aku meraung kat situ. Apapun ... aku dah menjejak bumi Afghanistan. Nak suruh patah balik - memang tak dapat.

Sampai imigresen Afghanistan, baik je pegawai dia usha ... mesti dia pikir, dah tak de keje ke budak budak ni nak datang kat Afghanistan 'melancong'. Abang Daud kena tanya macam macam. Mungkin sebab nama dia serupa nama dorang .... jadinya abang Daud je lah yang banyak kena soal siasat. Adakah patut dorang kata kami datang dari Jepun, padahal sah sah passport tulis Malaysia. Ishhh .... kalau Wan Din tu dorang kata dari Jepun tak pe lah... memang ada rupa pun ... ni dengan aku, abang Daud ngan abang Nal sekali dorang kata macam muka Jepun. Mental ke apa! Tak pe lah ... janji lepas. Tak sampai 30 minit, imigresen pun clear.

Fuhhh ... lega. Kini bermulalah episod pengembaraan kami di Afghanistan. Bandar pertama yang dituju adalah Jalalabad.

Entah kenapa .... hati aku dah tak berdebar. Rasa takut pun dah hilang. Aku tak tau apa yang buat semua tu hilang ... yang aku tau ... sepanjang perjalanan ke Jalalabad dari Torkham ... aku asyik tengok banjaran Hindu Kush .... cantik ... dan sangat mendamaikan. Sampai aku terlupa ... bahawa disebalik banjaran Hindu Kush tu ... bersepah saki baki penjuang Taliban. Bersembunyi tunggu peluang untuk menyerang. Aku terlupa bahawa seminggu sebelum kami sampai, 3 orang pekerja kontraktor China mati kena bunuh dengan Taliban. Kecantikan Afghanistan dan bajaran Hindu Kush tu buat aku terlupa ... bahawa dilereng lereng bukit itu tertanam ratusan ribu periuk api ketika zaman perang dingin Moskow dan Mujahiddin. Afghanistan sangat cantik. Bagai perawan yang tak terusik. Sangat cantik.

Sampai saja Jalalabad, aku kalau boleh tak nak keluar dari kereta yang berhawa dingin. Panasnya cuaca Jalalabad ... mencecah 50 darjah Celcius. Ya Allah .... itulah dugaan yang paling mencabar sekali ketika penggambaran berlangsung. Tapi nak buat macam mana .... kena jugalah kan ... oleh kerana kami sampai dah petang, sempat jugalah shooting .... kami pergi kesebuah taman kat Jalalabad. Satu benda aku notice, tak ada perempuan langsung. Semua lelaki je. Budak perempuan pun tak dapatlah nak tengok. Sempatlah shooting 2 jam sebelum malam menjelma.

Dang Su: Boleh ke Wan Din? Wan Din : Kejap ... tengah nak ingat ni macam mana nak bawak basikal ... one minute please! Daud : Jatuh jugak lah budak berdua ni ... Budak-budak: Negara dorang tak ada basikal ke?


Masa syok bawak basikal tu ... askar dua orang ni pulak nak bergambar ngan Dangsu. Askar: Ketepi ko, gadis ini aku yang punya .. Wan Din: Jangan takut Dang, abe ada kat tepi ni ... Dangsu: Smile everyone!

Malam menjelma, lepas makan ... kami pun tidur lah kat hotel paling 'mewah' kat Jalalabad. Hotel yang kami tinggal tu saling tak tumpah bagai hostel terbiar. Bilik ada aircond .... tapi ... bahang musim panas di Jalalabad membuatkan bilik yang beraircond itu terasa macam kita tengah jalan tengah panas kat Malaysia. Ya Allah ... tak tau macam mana nak tido. Aku siap mandi sampai 2 kali. Baru je nak baring, abang Nal pulak ketuk bilik ... katanya bilik dia panas. Dah sudah ... dengan abang Daud terbaring kat lantai ... abang nal lentok baik kat katil aku ... aku pun terlena dengan sekadar bersandar kat dinding. Kak Dang ajak aku share katil dia ... aku dok risau esok pagi bangun badan kak dang pulak retak aku tindih ... almaklum ... aku overweight .. hehehehe ... nak tak nak ... tidur bersandar ... tengah malam .. dek kerana aku kepanasan sangat, aku mandi sekali lagi .... serius ... panassss!!!!!!! dalam hati aku berdoa, cepatlah pagi. aku tak larat dahhhh ....

Posing time!!! Ni bukan kat Perak tau ... ni kat Jalalabad, Afghanistan! hehehe


Pagi yang cukup mendamaikan. Panas memang tak boleh nak kata apa lah .... tapi penggambaran diteruskan. Di Afghanistan, musim panas adalah musim yang paling happy buat kanak kanak. Sebab time ni lah dorang boleh berendam ikut suka dorang. Oleh kerana Jalalabad banyak sungai .... beginilah kejadiannya pada waktu siang!


Jom bunuh diri ramai ramai ....


Wan Din: Bole ke Dangsu .. karang accident kang ... Dangsu: One minute please .... i know how to handle this .. Budak-budak: Negara dorang tak de kete keldai ke?



Sambil asyik tengok budak budak terjun sungai menghilangkan panas badan, Wan Din & Dangsu pulak nak try bawak kete keldai. Kasi can lah .. cantik sikit visual ...
Tengah-tengah Wan Din & Dangsu sibuk ngan kete keldai ... aku nampak lembu ni ... ishh ... sungguh aku tak buat sebarang perubahan pada warna dan bulu lembu itu .... sumpah macam tu lah bulu dia ... macam bulu kucing pun ada!


Tompok ... sapa yang bertanggungjawab atas bulu mu itu tompok ...


Ketika berada dikawasan yang sama ... kami singgah disebuah perkampungan Gypsy di Faram Hadhar. Masuk saja perkampungan ini, wajah kemisikinan terpampang jelas. Penempatan gypsy ni dibentuk oleh kerajaan untuk membantu penduduk disini menyara diri dengan pertanian. Oleh kerana kami orang asing, kami jadi bahan tontonan bagi kebanyakan penduduk disini. Bagai selebriti kejap dikelilingi peminat.

Wan Din: Ishh ... kalau aku minta dia bagi tak rokok tu ... Dangsu: Cuba lah tanya .. minta dua ... lin nak satu!


Beredar dari Faram Hadhar kami menuju ke pusat bandar. Walaupun hampir 98 peratus penduduk Afghanistan terdiri dari penduduk beragama Islam, namun toleransi beragama masih dikekalkan di negara ini. Kami sempat bertandang ke Gurdwara Sikh di Jalalabad.


Budak-budak kat balkoni: Shah Rukh Khan datang ke?

Sempatlah juga kami menemubual wakil masyarakat Sikh di Jalalabad ini. Kebanyakan dari mereka adalah peniaga barangan runcit dan rempah ratus. Menurutnya, masyarakat Sikh sudah berada di Afghanistan semenjak beratus tahun yang lalu. Afghanistan adalah tanahair mereka. Walau ada penduduk sejati Afghanistan yang dipelopori suku kaum Poshtu bertindak meninggalkan negara mereka ketika perang dan lari ke Pakistan, bagi masyarakat Sikh, Afghanistan adalah tanah tumpah darah yang perlu mereka pertahankan. Pergh ... inilah asimilasi yang harmoni namanya!


Dangsu: Dia kata apa Wan? Wan Din: One minute please .. nanti I translate ... Guide: Adui ... macam mana aku nak translate ni .. susah ayat dia ni!
Keluar saja dari Gurdwara Sikh kami terus dibawa pulak ke Masjid Amirul Shahid Khan. Didalam masjid ini ... terletak makam Sultan Afghanistan. Sebelum tahun 30-an, Jalalabad merupakan ibu kota Afghanistan, maka tidak hairanlah kalau di Jalalabad ini banyak makam-makan diRaja dan istana istana lama. Kini, masjid ini bukan sekadar digunakan untuk sembahyang, tapi turut menjadi pusat pengajian ilmu bagi kanak-kanak dikawasan sekitar. Kelas mengaji Al-Quran diadakan setiap hari dimasjid ini.

Wan Din: Ko paham ke apa dia cakap Nal? ZRA: One minute please ... biaq aku dengaq sejarah kuboq ni dulu!


Wan Din: Iqra tak betul tu .... ulang sekali lagi ... bagi sempurna ...


Wan Din: Ishh ... hebat budak ni ... aku pun tak hafiz lagi! Malu .. biar aku dok jauh sikit ...

Penat shooting dari pagi ... kami pun berhenti rehat. Guide kami, Mir, ajak kami ketempat yang special katanya .... kiranya orang kaya kalau nak makan tengahari ... pegi tempat ni lah! Cun! Bolehlah merasa jadi orang kaya kejap!


Angin sepoi-sepoi bahasa ... panas tetiba hilang .. rasa macam nak tido pun ada!


ZRA: Lin ... abang lapaq ikan ... Lin: Sat bang ... lin tengok ada ikan tak kat bawah tu ...

Rupanya, bagi penduduk Afghanistan, ikan adalah makanan untuk orang orang kaya sahaja. Bagi rakyat kebanyakan - daging kebab dan roti adalah makanan harian. Ikan adalah satu kemewahan. Silap haribulan, habis gaji sebulan kalau tetiba bini mengandung teringin nak makan ikan.


ZRA: Ish ... lupa nak bawak joran ... mancing kejap syok ni! Wan Din: Sedap ke Dang? Dang Su: best! rangup! esok kita makan lagi nak? Lin: Esok kita dah ke Kabul dah kak!


Perut dah terisi. Lepas makan ... sambung kerja lagi. Kerja serupa jalan jalan. Nampak je benda menarik, berhenti seketika .. dan nikmati keunikan dan keindahannya.

ZRA: Ni kalau aku bawak balik kat Akmal ni sure dapat Ziarah season 2


Dangsu: Lin, pi selamatkan abang Nal tu ... dia nak tembak orang ... Lin: Kejap kak ... minum jap ... ishh sedapnya air gunung ni ... air mineral pun tak sedap macam ni!


Wan Din: Panas! Panas! Dang Su: Kenapa? aksi Panas sebab you nak buka baju ke? Wan Din: Panas sangat i nak terjun sungai lah!

Bayangkan ... punyalah panas Jalalabad .... lepas kitaorang mandi dalam sungai .. tak sampai 10 minit keluar dari sungai ... baju kitaorang kering kat badan. Sungguh! Tapi tak dapat nak bagi gambar sebab ... jurufoto ikut terjun sekali masa nak mandi ... jadi tak adalah gambar mandi ... tapi kalau nak tengok kitaorang mandi ... tengok Ziarah season 1. Nampaklah Wan Din dan Dangsu terapung kat dalam sungai. Lepas mandi .. kami merayau lagi .....

Wan Din: Ada rupa orang Afghanistan tak? Dangsu: This is going to be my best smile ever in Afghansitan. :)

Dalam syok Wan Din & Dangsu berborak dengan pakcik pakcik Afghanistan tu .... jurufoto ku yang handsome bernama Zul akhirnya berjaya menangkap gambar sekumpulan wanita Afghanistan. Perghhh .... dah dua hari duduk Afghanistan, akhirnya dapat juga tengok perempuan! Lega rasa dihati ... ingatkan aku dan Kak Dang aja perempuan yang wujud dimuka bumi Afghansitan ini.


Walaupun akhirnya kami bertemu dengan sekumpulan perempuan, tapi ... tetap saja macam tak nampak dorang pun ... serba tertutup rapi!


Bayangkan .... budak perempuan pun dok sebelah tembok! Dangsu: Oi orang sebelah ... turun lah kalau nak gula gula!


Akhirnya tiba kepenghujung hari .... macam di Pakistan juga ... bila tau kami saudara Islam dari Malaysia, kami dijamu minum teh ala Afghani. Duduk bawak pokok epal yang tak ada buah sambil minum teh kosong dan dalam mulut ada gula gula. Itu cara dorang minum teh.

Wan Din: Sedap sangat ke teh tu Dang? Dangsu: One minute please, let me taste it ... Daud: Lin, jangan peduli kan abe ni ... minum teh tu bagi habis ...

Malam pun tiba .... malam terakhir di Afghanistan kami dipelawa oleh guide kami Mir, untuk tidur dirumah mak dia .... apa lagi ... rasa lega sikit. Sebab tak payah tido kat hotel yang beraircond panas itu. Pergh ... malam tu aku dengan kak dang mandi bawah pam air .... ni antara kenangan yang tak akan aku lupa sampai bila bila lah! serius!

Bulan Penuh ... cantik ....

Rockmellon .. buah favourite kegemaran semua ... haus haus makan buah ni memang refreshing gila!

Lepas makan malam .... dessert time! Aku rasa nak amik je air ais tu jirus kat kepala aku.


Waktu untuk tido ... ala hindustan tido atas bumbung rumah .. bertemankan bintang dan bulan yang penuh ... tengoklah abang Daud tu ... bayangkan .. betapa 'panas'nya dia ...
Selamat Malam Jalalabad. Terasa sunggu menakjubkan menghabiskan waktu 2 hari di Jalalabad. Kalau tak kerana panasnya, memang sangat enjoy melakukan penggambaran disini. Tak terasa pun bahaya. Tak terasa pun bumi Afghanistan ni pernah mencatat sejarah duka. Tak terasa pun Taliban mungkin berada dimana mana. Tapi, bila malam itu kami tidur dan ditemani oleh beberapa saudara Afghani kami yang lengkap bersenjata ... realiti yang menyakitkan tiba tiba menghempap jiwa ... negara ini sebenarnya masih diambang bahaya.
Esok kalau rajin, saya masukkan entry pengembaraan di Kabul. ;)












1 comment:

  1. Seronoknya dapat melancong diafganistan pasti banyak perkara baik yg bole dipelajari .

    Lagi pun bila sesama muslim kita bersaudara. Kasih sayang yg tiada permisah.

    Inyaallah nak pi afganistan .

    ReplyDelete