Thursday, June 05, 2008

Banyak yang berlaku.
Kadang tak tertanggung bahu.
Tak terbawa fikiran.
Terlalu berat sehingga beberapa kali diturunkan beban itu,
masih terasa juga beban yang sama.

Kadang hati meliar memikir yang salah.
ada ketikanya menangis di pojok kamar,
tersedu memikir nasib diri.
bukannya malang pun, tapi hati terasa berat melewati hari.
bukannya menderita pun, tapi entah ada yang terbuku enggan terungkai.

kata mereka itu dugaan untuk mu.
lapik kan diri dengan air sembahyang.
sujud lah menghadapNya ketika sampai waktu.
bagaimana harus ku lakukan itu?
jika itu juga aku tidak tahu?

terumbang ambing aku dibiarkan.
dan itu sangat menyakitkan.
setiap kali aku menghulur tangan minta bantuan,
setiap kali itu juga lah tangan ku di tepis.
beginilah aku - teraba raba dalam terang.

aku diam memerhati kehidupan ini.
misterinya terlalu dalam.
dan aku semakin tenggelam.

2 comments:

  1. Ainur Mahdiyah Zahra,

    JANGAN PATAH SEMAGAT, TERUSKAN KEHIDUPAN, MMG KKDG2 KEHIDUPAN NI TERLALU PERIT UTK KITA LALUI, tetapi nilah nikmat nya utk kita YG DI JANJI KAN OLEH ALLAH SWT..

    JIKA HENDAK TEMPAT MEGADU SILA HUBUNGI KF,, TAU KAN BAGAIMANA

    ReplyDelete
  2. Berhijrah untuk kebaikan itu bukanlah mudah. Kuatkan semangat. Tetapkan azam. saya doakan awak sentiasa diberi petunjuk dari Ilahi. Amin.

    Jangan mudah putus asa.

    ReplyDelete