Friday, September 26, 2008

Sepi ofis.

Semua dah start bercuti.

Aku ... seperti tahun tahun kelmarin .... semenjak aku berkerja di KL, tak pernah apply cuti raya. Tapi apply cuti Krismas.

Tahun ni, secara rasmi aku bercuti Raya. Pun begitu, tak juga apply cuti Raya. Tak tahu nak hala kaki ke mana.

Ada dua tiga orang sahabat baik di office yang memang kampung mereka di KL ajak datang rumah mereka. Tak mahu aku dok sendiri. Raya perlu dinikmati bersama-sama. Insyallah. Aku datang.

Puasa tahun ni amat mencabar. Tahun tahun kelmarin puasa gak, tapi tahun ini puasa aku dikira haram halalnya. Dikira pahalanya. Moga moga aku mendapat berkah.

Tarawih - dari hari pertama nak pergi. tak terpergi pergi. masih mengharap untuk pergi beberapa hari kebelakangan ini sebelum raya, Insyallah dapatlah pergi kurang kurang sekali.

Puasa tahun ini, banyak jugaklah aku ponteng hari. Aku salahkan pada stress kerja, tapi bukan alasan. banyak tak banyak ... lebihlah sepuluh hari termasuk hari luka lama berdarah kembali.

Dua tiga hari lagi nak raya. Sayu? tak terasa lagi. Mungkin pada harinya aku akan terasa. Terutama bila orang sibuk sembahyang raya, aku pulak terbongkang kat rumah. Insyallah, kalau tak ada siapa pun nak ajak aku pergi, aku jejak sendiri lah Masjid Shah Alam tu. tak kan lah semua nak berteman kan? Yang penting niat.

Esok aku nak cari langsir baru. untuk tingkap kat ruang tamu dan dapur. dua set je pun. esok aku nak cari sikit kuih muih, tak ada sapa pun nak datang, tapi biarlah terasa juga mood raya tu walaupun aku raya sorang sorang. esok nak mop lantai dan kemas rumah. nak gantung kad raya, semua nya through email sekarang. kalau ada pun kad raya, satu je yang aku dapat eh ... dua. dari adik angkat aku Riez dan dari Seri SKMM. tak berbaloi nak gantung kat dinding rumah. esok, aku nak letak lampu ketupat yang aku amik kat tepi jalan kat Cheras 4 tahun dulu, - nak gantung kat ruang tengah. entah macam mana nantilah aku fikirkan. esok ... aku nak settlekan skrip Mahsuri aku yang re-write kali ke 5. harap harap itu re-write yang terakhir. esok ... banyak juga yang perlu aku lakukan esok. kalau tak dapat pun aku lakukan hari Ahad.

Kepada semua, aku nak ucapkan,

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Salah & Silap Harap Di Maafkan ye?
Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan dan keberkatan yang berpanjangan untuk semua.


Salam dari Saya,
Ainur Mahdiyah Zahra bte Abdullah

No comments:

Post a Comment