Wednesday, June 21, 2006

Fuhh ...

Two down ... two more to go before we end and close up this year's project. Apa yang berlaku tahun ni, terjadi dengan pantas. Rasa macam hidup dalam mode 'fast forward'. Lepas satu .. satu and I am glad ... it happened for a good cause.

After Kem K, now we are preparing for the new baby .... Ziarah. This is going to be my ultimate challenge being a Producer. And I dont know why ... I am scared to death menanti kedatangan Ziarah. What if I can't deliver apa yang ZRA expect dari aku? Kalau aku gagal macam mana? Dalam takut aku try gak nak optimiskan diri aku ni ... tapi ...

We are talking about going abroad to Pakistan merentas sempadan Genting Kyber untuk masuk ke Afghanistan. Untuk melaksanakan assignment tu dengan menganggap ZRA ada dalam team dah cukup scary ... dan bila realitinya dia tidak akan ada dalam team PakistanAfghan ... aku hampir pengsan. Dan bila aku diberikan tanggungjawab untuk mengetuai team ... aku rasa macam nak freak out dan menjerit jadi histeria. Me? Abroad? Well ... kalau buat story jalan jalan cari makan atau time out ke london atau disneyland tu dengan sepenuh hati aku boleh grip dan carry out sambil tutup mata. But Pakistan dan Afghan? Didnt he think that is out of my league? Kalau setakat hantar aku sampai ke Kelantan atau Perlis sorang sorang untuk buat assignment .. not a problem for me. God know's I've been doing much of it masa di ntv7. But merentas sempadan untuk ke Jalalabad, Afghan .. mampukah aku melakukannya?

To tell the truth ... I dont know if I can do it. And rite now ... I reconside to tell ZRA that I want out. I dont want to go. But then ... deep inside my heart ... kalau bukan sekarang ... bila lagi? Peluang tak akan datang dua kali. Amat jarang. Another part of me rasa thrill sangat.

And then ... bila fikir balik ... kenapa nak takut? ZRA sudah melengkapkan aku dengan banyak ilmu. Untuk dia membenarkan aku keluar ke kawasan krisis, bererti dia tahu aku sudah bersedia untuk menghadapi cabaran diluar. ZRA sudah memperlihatkan banyak contoh untuk aku teladani. Tinggal aku berani atau tidak untuk melakukan execution. Now .. think again ... am I brave enough to do this?

Yes. I will do it. Wan Din will be there ... and I know .. he will never let me work alone. Aku confess kat Wan Din. Of how scared I am and I asked him to help me out. Dia hanya senyum dan diam. Senyum dan diam bermakna dia akan tolong. I know that gesture too well. Dan keyakinan datang lagi. I will do it. I WILL DO IT. And if that happen ... mungkin aku akan jadi reporter wanita Malaysia yang pertama merentas sempadan dari Pakistan ke Afghanistan. Bukanitu yang aku cari. Norzie Pak Wan Chik dah masuk ke Palestin bersama ZRA. Itu lebih hebat. Tapi untuk seseorang yang bukan terkenal seperti aku ... itu sudah cukup hebat untuk aku.

I will proof myself to ZRA and Wan Din, that ... I can do this. Inilah masanya aku keluarkan segala ilmu yang mereka berikan pada aku. I will not back out now. I promise .. with all my heart, I am going to give and bring back 5 episod of Ziarah.

Pakistan and Afghanistan ... here I come.

Tuesday, June 06, 2006







I am grateful. For what i have .. for what i have become today.

I am very grateful. Adakalanya tak henti melafaz syukur kepada Allah. Atas segala berkat yang diberikan. Dan bila alpa kembali lagi aku lafazkan syukur ... dan memohon berkat untuk perjalanan hidup ku dimasa depan.

Ketika aku memutuskan untuk masuk ke Tv station, aku sebenarnya membawa beban yang berat. Kepenatan berkerja di production membuatkan aku mengambil keputusan untuk berehat panjang. Dan as expected, kerja di station sangat senang. Dan aku ada saturday & sunday as my off day. Memang rasa seronok. At first lah. Then masuk tahun ke 2 dan ke 3 aku dah mula rasa restless. Banyak benda yang aku lakukan dah rasa tak mencabar. Especially bila ZRA dah tak ada kat Siasat. Aku dah mula malas. Fikiran aku dah mula tepu. Banyak benda yang simple aku dah tak tahu nak handle dan aku dah jadi muak dengan environment tempat kerja.

So bila ZRA offer aku untuk join production bersama dengan Firda & ABE, aku tak ambil masa yang panjang untuk terima. Padahal sebelum tu bukan main lagi risau bila ntv7 ada VSS. Walaupun aku terselamat dari VSS dan masih dikekalkan di ntv7, hati aku dah tak tenang. Aku dah jadi insecure di ntv7. So bila ZRA jumpa aku dengan seribu peluang baru didepan mata, dalam masa 1 minggu, aku decide untuk leave ntv7 dan kembali kepada kehidupan asal aku .. budak production yang tak tahu siang dan malam tak tahun sabtu dan ahad. But then, i am very happy.

Pertama kerana aku sudah dapat memenuhi satu lagi impian ku sebelum ini. Dan kedua kerana aku dapat berkerja semula dengan mentor aku ZRA. Dan ketiga, Abe is there with us.

Ada apa dengan ZRA? Entahlah. Tapi aku dah kerja dan jumpa banyak orang. Tapi tak ada yang sejenis dengan ZRA. He's one of a kind. Fikirannya sangat luas ... imaginasinya sangat tinggi. Adakalanya aku tak tergapai dengan apa yang diinginkannya. Tapi aku masih tetapi berusaha untuk mengejar dan berada dibelakangnya. Mendekap apa saja ilmu yang diberikannya. Mencerna setiap buah bicaranya agar semua itu dapat aku jadikan bekalan untuk aku menghadapi hari hari depan. Bukan senang untuk berada bersama ZRA. Bukan senang untuk seseorang bekerja dengan ZRA. Sukar. Tapi apa erti hidup tanpa cabaran? ZRA selalu kata, jangan takut ambil risiko. Even out of 10 hanya 2 sahaja obstacle yang berjaya diselesaikan, tapi itu adalah momen yang perlu diingat kerana 2 kejayaan itu akan memuaskan 8 kegagalan yang lain. Risiko amat perlu untuk menjadi orang yang berjaya dalam hidup. Aku bukanlah seorang risk taker. Tapi bila aku decide untuk meninggalkan keselesaan kerja di stesen tv, aku tahu itu adalah satu risiko untuk aku mendekatkan diri kearah kejayaan. Untuk aku menghampiri impian yang sudah lama aku pendam. FM & 121 adalah platform yang terbaik untuk aku menyediakan diri merealisasikan impian aku. ZRA adalah orang yang paling tepat untuk aku berguru.

ABE? What about him? Lelaki yang handsome & charming. Pemalu. Arrogant? Mungkin .. :) tapi itu untuk orang yang tak kenal siapa Wan K. The first time I saw him on TV ... I felt in love. Handsomenyaaaa .... the first time I met him in real ... I felt in love again .... and the first time I talk to him and he just ignore me .. I hate him! hahahahahaha .... Bukan ignore. Tapi dia tak senyum ... kedekut untuk senyum. Tapi .... along the years i've been working with him ... knowing him was an adventure. hahahaha ... membaca personaliti abe bagai baca buku cerita. Tak payah dia bercerita ... karektornya bercerita untuk kita. We just observed. The first time i seek for his advise .... is the moment aku mengenal sisi lain Wan K. Sangat caring. Sangat understanding. Dan suka motivate. Sangat suka memberi idea. Dan sangat gemar pada kelainan. Terbuka pada idea ... dan senang diajak berbincang. I am not his close friend... tapi aku agak rapat dengan dia. I don't know about him. But I am close to him. He is like a brother to me. Tempat aku mengadu masalah kerja ... kalau kepala dah buntu, dia adalah jalan penyelsaian. Paling aku tak boleh lupa .. waktu aku dalam stress maha dasyat di Baling ... dia tampak cool dan membantu aku dengan selamba. Masa produser di isolatekan pada hari terakhir ... dia jadi produser ... walaupun lepas tu habis telinga aku kena bebel dari dia (which is dia jarang buat). Well ... jangan lihat dia sebagai seorang yang duduk dan baca skrip berita di studio ... because this news reader is very much different dengan pembaca berita lain. Senang cakap, minta maaf kalau ada yang terasa ... ada pembaca berita cum AP yang kerja kat stesen cuma print skrip untuk dibaca oleh reader. Wan K ... he give his opinion. Kekadang line up kat news tu pun dia bagi cadangan. That is Wan K. Line up siasat pun dia bagi cadangan. Itu Wan K. Ada waktu aku geram dengan dia. Tapi come to think of it ... geram aku tu sebenarnya atas ground yang salah. So ... aku tak boleh stay marah dengan dia forever. Eh .. jangan ingat dia ni baik sangat tau. Kalau kerek dia datang, ya Rabbi ... tak nak dekat dengan dia .. tak nak bercakap pun ada. Kalau dia moody lagi lah tak siapa yang nak dekat dengan dia. Memang hantar messenger je lah. Kompromasi teman baik dia.

Kenapa aku ceritakan semua ni .. sebab aku nak jadi brilliant macam ZRA dan jadi good businessman macam Wan K. Seriously. ZRA adalah mentor. Wan K adalah idola. Satu hari nanti, aku nak berdiri buat standupper se fluent ZRA dan berkarisma seperti Wan K. What a combination it would be coming from a lady like me? We'll wait and see. Good willing akan tercapai juga akhirnya. Dreams can come true u know. Aim high ... work for your dream ... it will come true. I am the proove of that dream.

Monday, May 29, 2006

Apa?

Aku cuma harap aku dapat selesaikan pos produksi dan transfer Bongkar secepat mungkin. Dah tak larat. Banyak benda yang bersangkut paut .. sampai aku tak boleh nak sentuh kerja lain selagi Bongkar tak settle. Kesian kat member2 lain yang berjuang untuk membentuk Kem Karismatik menjadi satu program terbaru ... buah hati ke dua One to One View dan FM Production.

Walaupun aku dah kena pull out dari Kem K, aku rasa aku nak juga buat at least satu episode. Kan? Tak lah sia sia aku duduk sampai kurang berat badang 5 kg kat hutan tempat jin bertendang nun kat Baling tu.

Apapun sekarang memang waktu kritikal buat aku dan team. Projek datang mencurah curah, tak cukup tangan nak mengerjar. Alhamdulillah, berkat kerajinan Abang Zainal yang sentiasa positif dan bersemangat untuk mencuba sesuatu yang baru, kami secara progresifnya dapat berada dikedudukan sekarang.

Oklah tu kan.

Masalah visual editor .. mungkin dapat diselesaikan hujung bulan ni ... the beloved akhirnya terconvince untuk masuk ke sini. Tah macam mana pulak agaknya kitaorang karang. Harap harap tak bercakaran.

Aku nak masukkan gambar kat sinit api tak tahu nak masukkan gambar apa. Dah banyak sangat gambar kat baling sampai tak reti nak pilih gambar dah. Karang karang lah aku masukkan.

Nak chow dulu ... update yang lebih detail akan di 'ketik' bila bila masa terluang lah. Ok chow sing chee.

Saturday, March 25, 2006

Apa?

Akhirnya setelah sebulan berlalu, kami berjaya menyelesaikan Bongkar - 13 Episod semuanya ... untuk tatapan umum.

Tak ada aral melintang, 6 April ini akan ke udaralah Bongkar di Tv1. Harap harap semua bagi sokongan.

Selesai Bongkar, kami berkampung pulak di Baling untuk shoot projek ke 2, Kem Karismatik. 45 hari ... Baling akan jadi tempat tinggal ... tempat menangis ... tempat segala macam lah ... jangan jadi orang Baling terus dah .....

Team mate yang lain dah pegi dah ... bersama Abang Zainal, Mohaimi, Ina, Akob, Airul dan Lan.

Dek kerana aku baru sembuh dari chicken pox, aku tertinggal dan akan pegi pada 28 Mac nanti.

Hopefully aku akan dapat catch up apa yang budak budak tu dah buat. Kalau tak ... memang kelam kabut dunia dan alam semula jadi.

Ok lah.... nanti posting lain pulak. Take care everyone. Sorrylah ... dah tak larat nak tulis banyak banyak kat blog. Penat.

:)

Saturday, February 18, 2006





Penatnya ... eh ... tak nak kata apa apa. Nak posting gambar je.

Friday, February 17, 2006

Well, dah ada kat tempat kerja baru, bebannya baru terasa semenjak dua tiga hari ni. Sesuai dengan jawatan dan tanggungjawab baru, beban yang aku pikul sekarang pun bertambah berat.

Tapi tak kisah lah .. janji hati senang. Untuk first episode bongkar, kena kerja keras sikit, biasalah pilot. kena buat cantik. Apatah lagi topik yang dicover adalah topik kegemaran aku DADAH. So semangat sikit nak buat keje.

Untuk episode ke dua, keudaralah episode gam. Banyaklah episode yang best best.

Mungkin ramai orang akan bandingkan Bongkar dengan siasat. Tapi percayalah, jauh beza. Langit dan bumi bezanya.

Pendekatan yang amat berlainan dari siasat.

Apapun, walaupun aku penat, tapi hati aku tenang. Dan senang. Mungkin sebab aku dapat kerja semula dengan mentor aku ZRA.

Oklah. Editing aku tak habis lagi. Bila bila aku update lagi lah blog ni.

Monday, February 13, 2006

Kepada semua kengkawan yang sudi baca blog ni, sorry sebab dah lama tak update. Saya ada, cuma saya sibuk sikit. Sibuk dengan assignment semenjak puasa - melanjut kepada tsunami special, bagi pengikut setia siasat, tentu dah tengok lah buah tangan dari kami. Well, selepas bercuti dan balik kampung untuk krismas, saya banyak berfikir pasal masa depan saya di ntv7. mana lagi sekarang dah dibawah pengurusan baru, media prima. walaupun orang orang yang ada kat newsroom tu sama, tapi suasananya dah berbeza. dalam banyak saya berfikir itu, datang satu tawaran kerja dari boss lama sisat dan senior saya kat siasat, satu tawaran yang saya tak mampu nak tolak. kerana tawaran itu menjanjikan satu anjakan kerja yang selama ini saya nanti nantikan.

so saya ambik keputusan untuk berhenti berkhidmat dari ntv7 dan menamatkan kerjaya saya di siasat. of course rasa sedih, tapi saya pergi dengan perasaan yang cukup lapang. saya pergi dengan meninggalkan sesuatu - bahawa saya sudah berusaha sehabis mungkin untuk siasat. sudah terlalu lama saya disana dan kini tiba lah waktu untuk orang baru mencurahkan tenaga dan keringat.

ditempat baru, saya menerbitkan sebuah program realiti bertajuk bongkar. ini juga merupakan buah tangan terbaru dari peminat wan kamarudin yang selama ini menjadi ikon siasat.

so kepada peminat wan kamarudin, jangan lupa saksikan BONGKAR yang akan bersiaran pada may depan.

sokongan anda semua amat saya hargai.

wasalam.