Monday, February 13, 2006

Kepada semua kengkawan yang sudi baca blog ni, sorry sebab dah lama tak update. Saya ada, cuma saya sibuk sikit. Sibuk dengan assignment semenjak puasa - melanjut kepada tsunami special, bagi pengikut setia siasat, tentu dah tengok lah buah tangan dari kami. Well, selepas bercuti dan balik kampung untuk krismas, saya banyak berfikir pasal masa depan saya di ntv7. mana lagi sekarang dah dibawah pengurusan baru, media prima. walaupun orang orang yang ada kat newsroom tu sama, tapi suasananya dah berbeza. dalam banyak saya berfikir itu, datang satu tawaran kerja dari boss lama sisat dan senior saya kat siasat, satu tawaran yang saya tak mampu nak tolak. kerana tawaran itu menjanjikan satu anjakan kerja yang selama ini saya nanti nantikan.

so saya ambik keputusan untuk berhenti berkhidmat dari ntv7 dan menamatkan kerjaya saya di siasat. of course rasa sedih, tapi saya pergi dengan perasaan yang cukup lapang. saya pergi dengan meninggalkan sesuatu - bahawa saya sudah berusaha sehabis mungkin untuk siasat. sudah terlalu lama saya disana dan kini tiba lah waktu untuk orang baru mencurahkan tenaga dan keringat.

ditempat baru, saya menerbitkan sebuah program realiti bertajuk bongkar. ini juga merupakan buah tangan terbaru dari peminat wan kamarudin yang selama ini menjadi ikon siasat.

so kepada peminat wan kamarudin, jangan lupa saksikan BONGKAR yang akan bersiaran pada may depan.

sokongan anda semua amat saya hargai.

wasalam.

No comments:

Post a Comment