Wednesday, November 19, 2008

Wohooo ..... akhirnya Mahsuri aku dah screening. The feedback .... fuhh ... senang cerita aku relieved gila. Ada lah beberapa pertukaran, tapi ... minor lah. I am so relieved.

Yang penting, muzik dan pace nya dikekalkan. Wakakakakkaka ....

Aku dapat menghela nafas lega. Ringan sikit beban dibahu. Dah nak siap dah ....

Fuhhh ... doakan aku ...

Tuesday, November 18, 2008

Esok, hari penentuan. screening mahsuri. berdebar gak jantung aku ni. tapi ... kuatkan lah jugak semangat. entah apa lah panel nak tanya esok. mudah mudahan je lah aku dapat jawab. tak dapat jawab diam je lah.

rasa nak muntah pun ada. rasa lega pun ada. macam macam rasa lah. yang penting, dah sampai peringkat screening. lepas ni, apa perubahan pun ubah sekali. kalau kena reject pun puas hati sebab dapat edit balik. senang citer. daripada dok mengedit berulang kali tapi tak ada kata putus.

penat dah aku dengan mahsuri ni.

bulan ni, genap setahun semenjak aku involve dengan projek keramat ni.

tak nak lah lagi aku bua doku epik period. terima kasih je lah. jera aku!!!!

*jera - lebih kurang "cukup cukuplah sudah" eh .. ya kah .. cuba kalau ada member member sabah kalau boleh translate jera dengan lebih tepat lagi ...

Wednesday, November 12, 2008

what if you wake up one day ....
and you forgot about the people that you care the most?

my prayers go to a very good friend of mine, Ted.
pagi tadi dia masuk OR untuk mebuang tumor yang dah 10 tahun berdiam dalam otak dia.
pukul 2 tadi dia message aku kat YM ... dia tanya aku tentang beberapa orang kawan kami yang dia tak ingat. aku dah gabrah ...

"lin, siapa Maria?" aku terkedu bila dia tanya aku soalan tu.
"Ted, ko jangan buat lawak ngan aku!"

"eh ... aku tak buat lawak lah ... siapa Maria?" dia tanya aku lagi.
"Maria tu girlfriend ko, tak kan ko tak ingat?" aku jawab bagai nak histeria.

"huh? apasal aku tak ingat apa apa pasal dia? aku kenal dia dulu ke ko dulu?" pertanyaan dia buat aku seriau.
"ko kenal aku dulu. eh ... ko ok kah ni?" aku tanya dia lagi.
"tah ... aku tak boleh nak ingat lah dia ni sapa ... dia dok tanya aku macam macam .... tapi aku tak tau kalau aku kenal dia ..." aku rasa nak nangis pun ada.

kejap kemudian .... Maria message aku.

"He dont remember who i am .... *cry*" dah sudah .... aku nak kata apa?

so let me ask all of you again ...

what if you wake up one day ...
and you forget about the people you care the most?

scarry huh?

Thursday, October 30, 2008

selusur hidup ini sudah ditentukan oleh Dia.
kembara hidup ini - juga sudah diatur oleh Dia.
sebelum nafas hidup bersatu dalam jasad - garis kehidupan sudah tersedia.

bergolak. penuh onak. onar adakalanya ...
tangis. ketakutan. sepi ...
terbuang. hina. hancur ...
bodoh. sengsara. lara ...
itu garis kehidupan.

mampukah mengubah garis itu?
setelah tercoret dengan calar yang bersimpang siur?

mendung kehidupan ... adakalanya terhapus dengan cahaya takdir yang terang.

lalu tersenyum. ketawa ...
bahagia. gembira.
puas. dihargai. diterima.
dicinta.
takdir memutuskan untuk campur tangan dalam garisan kehidupan.

tetapi ada sebab mengapa pepatah ini disebut ...
'ku sangka panas sampai ke petang ... rupanya hujan ditengah hari'

begini ceritanya.

pada jalan kehidupan itu .... DIA tiba pada satu persimpangan.
di dada hidup - ada 2 tanda yang jelas terbaca.
jalan bahagia - dan jalan duka.
kala kakinya sudah diorak untuk mengambil simpang kanan menuju jalan bahagia ...
SOSOK lalu dipanggilnya ...
"hey .... kenapa kamu berdiri disitu? jalan itu jalan duka ... tidak kah kamu ingin ke jalan bahagia?"
SOSOK itu berpaling memandangnya. kelam alam dijalan itu menyembunyikan raut wajah. perlahan SOSOK itu berjalan kearahnya. wajah SOSOK itu kini terlihat. nafasnya tersekat. tidak pernah DIA melihat wajah sesedih itu seumur hidupnya. hanya pancar kesedihan yang ada pada wajah SOSOK itu. bagai kehidupan sudah diambil pergi darinya.

SOSOK itu meraut senyum dibibirnya yang pucat. mata sayunya bersinar seketika. DIA terhenyak. ada yang berubah dihatinya. ada yang menular dalam persaannya. ada yang menjentik tangkai jiwanya. senyum SOSOK itu ... telah mengubah segalanya. lalu DIA bertanya ...
"kenapa kamu berdiri pangkal jalan itu?"
jawab SOSOK itu ...
"aku tidak boleh ke jalan bahagia .."
"kenapa?" pantas DIA bertanya ...
"aku tidak berhak untuk ke jalan bahagia ..." SOSOK itu tunduk ... perlahan dia memusing badannya ..menghala kaki ...beranjak pergi ... SOSOK itu menelusuri garis jalan duka .... meninggalkan DIA sendiri dipangkal jalan bahagia.

tanpa DIA sedar ... kakinya terorak sama .... menuruti ... terjerat dengan pandang mata ... terperangkap dengan garis senyum SOSOK itu.

lalu terjebaklah DIA ke jalan duka ....hari harinya kini terulit duka ...

TBC ERTINYA TO BE CONTINUED .... LOL ERTINYA LAUGHING OUT LOUD ....

*cerita diatas adalah nukilan semata mata - aku nak buat novel lah ....

Wednesday, October 29, 2008

Wohooo ....

Alhamdullilah. Akhirnya perjuangan ku menyiapkan SKRIP Mahsuri berakhir juga. Minggu lalu, final block was revised by Jaya (HOFC AESB). Warga Langit Terbuka pun dah di transfer ke DG. Beban bahu kiri dah terlepas, beban bahu kanan pun dah kurang sikit dah .... tinggal tunggu the judgement day - kemungkinan pada 5 November ini.

I need a break. I really do.

Hence I'm going to squeeze myself a little holiday before the year ends. Aku tahu, ini bukanlah masa yang sesuai untuk aku pergi bercuti - tetapi aku tidak boleh terus berada disini jika aku tidak berfungsi. Ianya hanya akan memburukkan lagi keadaan yang sedia ada.

But - it's still in planning. Knowing me - once the inspirational cord struck ... I can be up and about, running around like I'm the only person on this earth who know how to do work. LOL (erm ... that is the short of Laugh Out Loud).

I have silent readers obviously. :) Thank you all ... for stopping by ... and reading. Thanks so much. ;)

amz.

Tuesday, October 28, 2008

Havoc. Chaotic.

Tidak terlihat pada zahirnya, tapi itulah yang sebenarnya sedang berlaku ketika ini.

Berhenti dari menunding jari ...
Berhenti dari mencari kesalahan ...
Mulalah mencari resolusi.

Kata kata itu sudah lama aku pegang menjadi azimat ... tapi bagaimana aku bisa terlupa? Sehingga semalam .... aku bagai tersentap ... sudah banyak rupanya aku terlupa ...

Lupa akan tujuan aku disini.
Lupa akan cita cita.
Lupa akan impian.
Lupa akan dia.
Lupa bahawa dia ... adalah segalanya untuk sebuah FMSB.
Apa yang tersirat dikepala?

Aku ingin pergi ke suatu destinasi yang aku pun tak tahu hujungnya ... tak tahu apa kesudahannya ... tapi aku ingin pergi ke destinasi itu.

Aku ingin memulakan langkah yang aku takut untuk menjejaknya .... kerana aku tak tahu apa benar orakan langkah itu ....

Aku ingin hidup sebagai orang baru yang punya rasa .... tapi belum ku temui rasa itu ....

Yang aku tahu ... aku ingin melakukan segalanya ... demi dia.