Monday, October 24, 2005

Apa?

Seronok dengar ada dah orang datang bantu Mak Ngah. Aku baru balik dari Langkawi, dan bila aku buka email hari ini, banyak jugak feed back yang aku terima nak tahu alamat dan cara nak membantu Mak Ngah. Syukur. Hanya itu yang mampu aku katakan.

Trip ke Langakawi kali ini benar benar mencabar aku. Ini kisah kemanusiaan yang benar benar buat aku berpeluh.

Aku terpaksa mereda hutan sejauh 3 km untuk sampai ke destinasi yang menjadi tujuan ku untuk story raya tahun ni.

Hari pertama sampai, pukul 3 petang aku dah masuk ladang getah, meredah semak dan hutan.

Hari kedua, pukul 9 malam aku meredah gelam untuk ke destinasi yang sama.

Kenapa aku sanggup? Kerana keluarga yang aku temui tinggal jauh dari tamadun manusia itu memang benar benar menyentuh perasaan aku sebagai seorang manusia.

Seorang lelaki, tinggal bersama 4 anaknya. Kematian isteri hampir 4 bulan lalu.

3 dari anaknya berhenti sekolah kerana tidak ada yang akan menguruskan rumah dan adik kecil mereka yang baru berusia 4 tahun.

Sukasih, Suriati, Ras Nadzri, Surialin ..... mereka adalah anak anak miskin yang dibuang oleh masyarakat.

Dihina kerana mereka miskin. Dihina kerana ayah mereka penoreh getah. Di hina kerana mereka hidup dalam hutan.

Ti di pukul oleh rakan sekelas kerana dia kotor ... apa tidaknya .. kala hujan, lumpur dan selut terpalit di baju dan kasut ... dan dia diketawakan oleh kawan kawannya ... di ejek dan ditolak tolak hingga tersungkur menyembah bumi.

Ada lagi rupanya budak budak kurang ajar macam tu?

Dan bila dia mengadu kepada cikgu, cikgu buat tak tahu. Kesian ti. Aku paling tak tahan bila dia kata "cikgu cuma nak dengar anak orang kaya bercakap, anak miskin macam saya ni cakap bohong je ... tak pernahnya betul" tersentak aku kerana kata kata tu lahir dari mulut seorang gadis cilik berusia 12 tahun.

Antara 4 beradik ni, ti yang paling bijak. Walaupun dia ada kakak berusia 14 tahun, tapi basically, semenjak kepergian ibu tercinta, Ti lah yang menjadi wanita pertama keluarga ini. Dialah yang menjaga lin adik bongsunya, dia lah juga yang selalu siaga bila diarah ayahnya.

Dia sentiasa mendahulukan adik adiknya.

Sayang gadis sebijak dia .... terbuang kerana hinaan masyarakat. Dihina kerana kemikinan, terasing kerana ayahnya memutuskan untuk tidak tinggal dipekan.

Kasihan Lin, dia masih kecil untuk mengerti apa itu derita ayahnya. Derita kakak dan abangnya.

Umur 4 tahun, anak lain masih menyusu, tapi Lin, minum air suam.

Sudah beberapa hari ini mereka hanya berbuka dengan bubur. Dan aku tak sampai hati nak datang dengan tangan kosong, aku ajak Ina, sahabat aku belikan KFC untuk adik beradik tu. Abang sungguh berselera. Ti malu malu. Lin menatap penuh asyik, merasa satu demi satu, dan Kasih, malu duduk bersembunyi dalam bilik. Malu tidak mahu ditatapkan wajahnya pada seluruh rakyat Malaysia. Aku tidak menyalahkan dia.

Abang ... pagi2 buta lagi dia ikut ayahnya pergi menoreh. Dia tukang kumpul susu getah. Kesiannya abang, dia tak suka pakai kasut. Kalau meredah hutan, dia berkaki ayam. Katanya kalau dia berkasut, langkahnya berat.

Aku catat cerita ini dalam blog kerana ingatan aku terhadap mereka masih segar.

Aku sempat berpesan pada Ti, kalau aku datang Langkawi nanti ... boleh tak aku datang jumpa dia. Ti mengangguk, katanya "kalau akak tak larat nak naik, akak cari je Ti kat bawah ... kat kilang bilis, Ti dan Sih keje kat situ" nak bergenang airmata ku.

Tambah pedih, bila aku hulurkan tangan aku untuk bersalam, diciumnya tangan ku itu. Hari pertama aku bersalam dengannya .... tangan ku hanya disambut begitu saja ....dan pada malam itu sebelum aku pergi diciumnya tangan ku .... hanya aku .. tidak kawan kawan lain.

Ya Allah, kepada Engkau sajalah kami menyerahkan nasib anak anak itu. Berikanlah mereka kasih dan sayang .... serta berkat dan rahmat dari MU.

No comments:

Post a Comment