Tuesday, October 18, 2005

Apa?

Sabtu ini aku melancarkan story kemanusiaan aku yang ke dua di bulan Ramadhan ini.

Kisah seorang tua jugak. Nasibnya pun daif jugak.

Dan ketika aku type story pak long ni ... fikiran aku tajam dan badan aku sihat. Tak macam masa type story mak ngah .... aku blank.

Story pak long ni biasa je ... tapi ada kawan2 aku yang menangis bila tengok pakej ni.

Hati aku pun menangis masa aku tengok pakej tu. Lain orang lain pandangannya ... sekali lagi kepada rakyat malaysia aku serahkan untung nasib pak long.

Minggu depan aku akan combine kan dalam recap story mak ngah dan Pak Long. Refresh balik ingatan orang kat mereka berdua ni.

Well, this is the script for this week.


[V-PAK LONG]
[BM V/O]
[14/10/2005]
[WRITER=zra]
[SOURCE= ]
[KLIP]

[RUNS=00:05]
Teratak usang ini .. bukan stor barang buangan.

Bukan juga rumah tinggal .. yang tiada penghuni.

Pondok ini adalah tempat tinggal seorang lelaki tua .. tempat berlindung dari hujan dan panas.

[KLIP]
[RUNS=00:05]

Sudah lebih 50 tahun lelaki ini menjadi penghuni rumah buruk ini.

Dan dikala usianya mencecah 70 tahun .. Portel Abdul Jalin .. masih tetap setia menghuni pondok bak reban ayam.

Penduduk kampung .. Permatang Tok Gelang memanggilnya Pak Long.

Dan .. di pondok inilah juga .. Pak Long menghabiskan segala sisa hidup .. hidup yang diselubungi kedaifan dan kemiskinan.

Lihatlah sendiri .. apakah pondok ini layak dipanggil rumah?

Mungkin inilah yang dipanggil .. "sekadar tempat berteduh".

Cukup sekadar bumbung dan dinding .. bumbung untuk berteduh dari panas siang ... dan dinding untuk menepis angin malam.

Tapi bumbung pondok ini berlubang-lubang.

Kala siang .. sinar matahari berlumba-lumba menerobos puluhan lubang di bumbung rumah Pak Long.

Dan jika hujan .. bayangkanlah .. pondok Pak Long .. pasti ditakungi air.

Dinding rumah Pak Long .. hanyalah kayu dan papan usang yang dikutipnya entah dari mana.

Beginilah keadaannya .. dinding yang bertampal-tampal.

Dinding ini hanya berjasa menepis angin .. tapi bolehkah ianya menepis dingin .. di saat malam?

[KLIP]
[RUNS=00:05]

Pondok ini ibarat menunggu waktu untuk roboh menyembah bumi.

Sudahlah begitu .. lihatlah .. inilah ruang tidur .. inilah juga ruang dapur.

Keadaan rumahnya sesak dan terhimpit .. persis Pak Long sendiri.

Bila malam .. hanya cahaya pelita yang sudi dan setia .. menemani Pak Long.

Kerana .. bekalan elektrik .. tak pernah ada.

Bekalan air .. jauh sekali.

Ada air telaga .. tapi kotor.

Terpaksalah Pak Long menagih air bersih .. dari jirannya.

[T/C IN=59:12]
(rumah pak long tak de api noh? tak dak - pelita ada ... ambik ayaq kat belakang rumah - kalau setakat basuh2 air telagalah - ni ayar telagalah ni ...)
[T/C OUT=59:35]
[SUPER=Pak Long]
[RUNS=00:23]

Memang .. memang hidupnya .. selama ini atas ehsan jiran.

Sehinggakan mahligai yang dibina di atas tanah ini pun.. adalah milik jiran yang selama ini bersimpati.

Kalau tidak .. sudah lama Pak Long merempat di jalanan.

[KLIP]
[RUNS=00:05]

Itu baru cerita tentang rumah .. belum lagi keadaan hidupnnya.

Hidup yang mengharap ehsan orang kampung.

Pak Long tidak berkerja .. tidak mempunyai pendapatan .. untuk menampung kehidupannya.

Dan .. mujurlah setelah sekian lama hidup berlapar .. beberapa bulan lalu Pak Long akhirnya menerima bantuan sejumlah 100 ringgit sebulan dari Pusat Zakat Pulau Pinang.

100 ringgit sebulan .. apalah yang boleh dibeli dengan 100 ringgit sebulan?
Tapi Pak Long tetap bersyukur.

[T/C IN=57:31]
(zakatlah kerajaan bagi 100 seblulan)
[T/C OUT=57:39]
[SUPER=Pak Long]
[RUNS=00:08]

(back to back)

[T/C IN=57:48]
(banyak mana mereka bagi pak long terima ... syukur alhamdullilah .... orang dah bagi ... alhamdullilah lah)
[T/C OUT=58:01]
[SUPER=Pak Long]
[RUNS=00:13]

Kemiskinan Pak Long adalah satu penderitaan.

Penderitaan yang tidak seharusnya dialami Pak Long ketika usia semakin senja.

Hidupnya sebatang kara.

Ada saudara .. saudara mara juga bukan orang berada.

Kedaifan hidup Pak Long mendorong Skuad Siasat melancarkan misi kemanusiaan.

Rumah Pak Long perlu diperbaiki .. agar hidup Pak Long lebih terurus.

Bukanlah rumah mewah puluhan ribu ringgit yang kami pinta .. cukuplah sekadar ruang dapurnya terpisah dari ruang tidurnya.

Dengan niat itu .. Skuad Siasat menghubungi Biro Pengaduan UMNO Pulau Pinang yang kemudiannya menemukan Skuad Siasat dengan Dato Jahara Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Air Tawar yang juga Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Bersama Skuad Siasat .. Datuk Jahara meluangkan waktu menemui dan melihat sendiri keadaan Pak Long.

[T/C IN=41:15]
(mungkin kita boleh tolong bina semula rumah ni tapi kena minta kebenaran tuan tanah - dapat bantuan kebajikan dan saya amat mengalu alukan bantuan orang ramai untuk membantu masalah dia)
[T/C OUT=41:39]
[SUPER=Pak Long]
[RUNS=00:24]

[KLIP]
[RUNS=00:05]

Lihatlah wajah tua ini. Lihatlah keadaan hidupnya.

Pandanglah dirinya selayak kita memandang ayah kita sendiri.

Lihatlah dia.

Renungkanlah nasib dirinya.

Pak Long sudah tua.

Entah esok .. entah lusa .. Pak Long dijemput .. meninggalkan kita.

Tetapi sebelum dia pergi .. berilah peluang kepada Pak Long .. untuk mengecapi kehidupan lebih sempurna.

Sertailah misi kemanusiaan membantu Pak Long.

Bukan ratusan ribu ringgit yang kami cari .. cukup sekadar modal untuk membeli papan bagi membina sebuah rumah kecil.

Sebuah mahligai kecil untuk kesejahteraan Pak Long.

Sudahkah anda mengerti derita Pak long?

[KLIP]
[RUNS=00:05]

(insert gfx)
Dan .. kepada anda yang sudi membantu .. anda boleh menghubungi saudari Shahani di talian 04-3332155 .. untuk menghulurkan bantuan.

(panjangkan lagi klip gfx dalam 5 secs)

Ini cerita derita seorang tua yang hidup melarat .. dan ditangan andalah kami menyerahkan untung nasib Pak Long.

skuad siasat.
[ENDS]

No comments:

Post a Comment