Friday, September 29, 2006

Ziarah dah selamat bersiaran. Isnin ini ... episode di Peshawar, Pakistan akan mengakhiri pakej Asia Selatan dan pada hari Selasa bermula lah episode sedih di Asia Barat.

Banyak yang suka ... tak kurang juga ada yang tak berapa suka dengan Ziarah. Bagi yang tahu journalism dan pencinta sejarah ... tentunya banyak yang kata Ziarah kurang fokus ... dan kurang research.

Tak kisah lah. Pendapat masing masing kan. Kalau suka, tengok. Kalau tak suka ... tukar saja channel lain. Itu saja.

Ziarah dilahirkan sebagai sebuah documentary. Tetapi ... along the way ... banyak perubahan dilakukan untuk menepati selera banyak pihak. Maka tadinya, sebuah documentary itu ... akhirnya ditukar sebagai satu program berbentuk travel log. Hilang semua unsur documentarynya. Sudah menjadi part dokudrama serta catatan perjalanan. Sangat sedikit research yang diberikan. Dan memang sangat kurang focus pada satu satu isu yang dibentangkan. Sebagai seorang wartawan, saya maklum. Namun tujuan utama Ziarah bukanlah untuk mengkaji sejarah tempat yang kami kunjungi. Tujuannya jelas, kami cuma berziarah. Dan adat orang berziarah ... lebih banyak catatan perjalanan dan pertemuan dengan masyarakat yang kami temui disepanjang perjalanan. Light and easy. Itu Ziarah. Jika mahu dokumentari yang sarat dengan sejarah dan research.. Jejak Rasul menyediakan itu. Jika mahu mengenali ruang kehidupan masyarakat Islam diluar negara, Syahadah menyediakan itu.
Ziarah dilahirkan dengan konsep yang mudah. Memang tidak mahu membebankan penonton dengan research yang bertele tele. Kerana dengan research datang banyak maklumat. Dan untuk menvisualisasikan maklumat itu, bukan pekara mudah. Makanya kami membuat keputusan untuk menggarap Ziarah dengan acuan kami sendiri, dengan informasi dari kaca mata kami sendiri. Makanya ianya banyak memaparkan pandangan kami yang berada di kawasan terbabit. Secara amnya, Ziarah digarap dari kaca mata kami yang berada disitu ... apa yang kami lihat .. apa yang kami alami .. dan disampaikan oleh dua perantaranya ... Dang Suria dan Wan Kamarudin.

Adat tak? Ada yang suka. Ada yang tak suka. Kalau komen yang membina ... aku memang boleh terima. Apa lagi tanggungjawab membentuk dan menjaga hasil akhir Ziarah adalah ditangan aku. Tapi kalau komen yang membunuh, memang rasa sedih sangat. Kalau tak faham konsep ... jangan buka mulut. Itu je.

Satu hari nanti, bila dah kaya raya .. dengan bajet berjuta juta ... atau dengan sponsor gergasi yang boleh menanggung beban kewangan produksi ... aku ingin menghasilkan documentary ... yang benar benar documentary. Pada waktu itu .. aku tahu .. memang kurang yang akan melihat, at least ... orang orang yang inginkan kesempurnaan ... benar benar puas hati. :) but for the time being ... bear with what we got. Thank you.

Friday, September 22, 2006

Naturenya memang macam tu mungkin ... anak sulung akan sentiasa disayang .... sebab dia yang pertama. Segala harapan diletakkan pada yang pertama. Anak kedua .. datang tanpa ada rasa 'suprise' sebab yang pertama sudah memberikan 'suprise' tu. Bila anak ketiga datang ... yang kedua bagai dilupakan. Segala kemanjaan dan kasih sayang diberikan kepada si Kecil.

Kalau boleh aku umpamakan macam tu lah Bongkar (yang memberikan impak besar untuk One-to-One View Sdn Bhd) - baby pertama yang sentiasa akan disayang. Baby kedua - Kem Karismatik yang sedikit dipinggirkan kerana baby Ziarah diolah dengan penuh tumpuan dan dicurahkan segala pengetahuan yang ada.

Ziarah - istimewanya kerana ia pengembaraan luar negara. Melawat saudara Islam. Tapi Kem Karismatik sebenarnya mempunyai agenda yang lebih besar dan lebih penting dari Ziarah. Kem Karismatik mencungkil rasa kemanusiaan. Peluang untuk 32 orang remaja untuk membuktikan mereka jika diberi peluang - pasti akan dapat melakukan sesuatu yang sangat membanggakan.

32 peserta Kem Karismatik datang dari latar belakang yang berbeza beza. Namun setiap satu dari mereka mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Semuanya mencuit hati dengan karektor dan perangai masing masing.

28 September ini, kami persembahkan kepada anda, Kem Karismatik. Jam 4 - 5 petang.

Garapan tidaklah sebaik mana. Ianya sebuah experimental reality-documentary. Sila lah tengok dan semoga ada yang dapat kami sumbangkan melalui program ni. Kalau ada yang tak kena atau tak berapa seronok nak ditengok, minta maaf. Sebab kami berjalan atas landasan yang bukan kepakaran kami. Tapi dek kerana keinginan untuk mencuba - kami lalui juga.

Bagi saya ... penghasilan Kem Karismatik adalah antara detik mencabar dalam dunia kerjaya saya. Apa yang mencabarnya .. hanya saya dan krew Kem K serta peserta sahaja yang tahu. Tapi paling manis bagi saya adalah .. saya dapat banyak kenalan baru di Baling dan juga dapat 32 orang adik angkat yang baik dari 4 negeri di Utara Malaysia. Saya rasa itu adalah hadiah termahal yang pernah saya dapat.

Ok lah ... ciau. Selamat Berpuasa Semua. Semoga Ramadan ini meberi berkat kepada kita semua.