Friday, September 22, 2006

Naturenya memang macam tu mungkin ... anak sulung akan sentiasa disayang .... sebab dia yang pertama. Segala harapan diletakkan pada yang pertama. Anak kedua .. datang tanpa ada rasa 'suprise' sebab yang pertama sudah memberikan 'suprise' tu. Bila anak ketiga datang ... yang kedua bagai dilupakan. Segala kemanjaan dan kasih sayang diberikan kepada si Kecil.

Kalau boleh aku umpamakan macam tu lah Bongkar (yang memberikan impak besar untuk One-to-One View Sdn Bhd) - baby pertama yang sentiasa akan disayang. Baby kedua - Kem Karismatik yang sedikit dipinggirkan kerana baby Ziarah diolah dengan penuh tumpuan dan dicurahkan segala pengetahuan yang ada.

Ziarah - istimewanya kerana ia pengembaraan luar negara. Melawat saudara Islam. Tapi Kem Karismatik sebenarnya mempunyai agenda yang lebih besar dan lebih penting dari Ziarah. Kem Karismatik mencungkil rasa kemanusiaan. Peluang untuk 32 orang remaja untuk membuktikan mereka jika diberi peluang - pasti akan dapat melakukan sesuatu yang sangat membanggakan.

32 peserta Kem Karismatik datang dari latar belakang yang berbeza beza. Namun setiap satu dari mereka mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Semuanya mencuit hati dengan karektor dan perangai masing masing.

28 September ini, kami persembahkan kepada anda, Kem Karismatik. Jam 4 - 5 petang.

Garapan tidaklah sebaik mana. Ianya sebuah experimental reality-documentary. Sila lah tengok dan semoga ada yang dapat kami sumbangkan melalui program ni. Kalau ada yang tak kena atau tak berapa seronok nak ditengok, minta maaf. Sebab kami berjalan atas landasan yang bukan kepakaran kami. Tapi dek kerana keinginan untuk mencuba - kami lalui juga.

Bagi saya ... penghasilan Kem Karismatik adalah antara detik mencabar dalam dunia kerjaya saya. Apa yang mencabarnya .. hanya saya dan krew Kem K serta peserta sahaja yang tahu. Tapi paling manis bagi saya adalah .. saya dapat banyak kenalan baru di Baling dan juga dapat 32 orang adik angkat yang baik dari 4 negeri di Utara Malaysia. Saya rasa itu adalah hadiah termahal yang pernah saya dapat.

Ok lah ... ciau. Selamat Berpuasa Semua. Semoga Ramadan ini meberi berkat kepada kita semua.

1 comment:

  1. Anonymous8:08 AM

    Can you please tell me what Naturenya means here? I know a meaning, but I think it is rather different. I don´t understand this language, but I really want to know what Naturenya means. Please...

    Stacey

    ReplyDelete