Tuesday, August 08, 2006

Berita mutakhir yang boleh aku update pasal team, dorang dah selesai penggambaran di Jordan dan Syria. Di Syria dorang join dengan Mercy jadi sukarelawan. Aku expect episod dengan Mercy ni akan jadi episod airmata.

Besok mungkin dorang akan try masuk Lebanon. Aku sikit risau. Bimbang sebab siri pengebomam masih aktif di Beirut. Apapun as a newsmen, sayang kalau tak dapat masuk. Tapi kalau keadaan bahaya sangat, rasa ZRA tak akan bawa team masuk ke Beirut. Mungkin cuma berlegar di sekitar Tripoli di bahagian utara. Aku dapat rasa feeling dorang ketika ni, mesti sama macam waktu kami nak masuk ke Kabul dan Bamiyan. Tapi, tempat paling bahaya ni sebenarnya tempat paling fun sekali nak pergi. Fun bukan seronok, tapi thrill. Puas sangat. Tapi kalau nyawa melayang? Mungkin tidak. ZRA tau limit.

I miss them. Strangely, I miss ZRA the most. Rasa macam kosong office ni kalau dia tak de. Dan strangely, aku paling risau sekali pasal dia, padahal kalau nak risau, dia lah orang terakhir yang patut aku risau. Mungkin sebab waktu kat Afghanistan, kami jadi rapat - dan mungkin kerana di Afghanistan aku jadi adik dia yang jaga makan dan minum dia. Kesihatan dia. Entah macam mana lagi aku boleh tolong dia untuk ringankan apa yang ada dalam kepala dia tu. Mudah mudahan aku boleh.

Tak sabar nak tunggu dorang balik dari Middle East. Tak sabar nak bagi sentuhan kehidupan untuk 7 episod, buah hati Ziarah dari Timur Tengah. Hari hari menghitung hari.

Oklah. eh btw, Wan Din nak kahwin bulan November ni? Nak tergelak pun ada. Tak kan lah aku tak tahu dengan siapa dia berkawan. Perahsia betul kah Wan Din sampai pekara macam tu pun aku tak tahu? Tetapi menurut best friend dia ... hehehehe ... mungkin tidak. Aku tahu Wan Din. So aku cuma nak senyum je. Jangan janga ndengan ??? kot .... hahahahahaha kalau iya ... ok lah. They make a great couple. Tapi ... mungkin tidak jugak kot .. entahlah.... meh aku sms dia kejap. (tengah type sms) .. kita tunggu apa dia nak jawab (lama sket nak sampai Syria sms ni - msg masuk - baca - tergelak) "Mana datang pulak tu? Ish .... tak boleh kata apa lah lin. Abe tak boleh stop orang nak kata apa ..." Lah ... dia pun tak tahu pengantin perempuan dia siapa. Ish ish ish. Nasib baik lah aku dah tak 'gila' kat dia. Kalau tak mau hari ni aku tak makan nasi. :)

Rasa persoalan beberapa orang dah terjawab. :)

5 comments:

  1. :) :) :)
    heeee..heee...heee...
    biasalah pagi2 Terra yg tolong buka pintu opiss...
    skrang ni tengah tersenyum depan PC sambil mghirup Nestum 3 in 1 ,
    ada kuliah kul 815 nanti , so kena makan apa yg patut tuk breakfast sebagai alas perut kuliah 2 jam !!

    mengikut perancangan
    ehem.. En Wan kena jumpa Terra dulu sebelum dia kawin..
    atau Terra kena jumpa dia dulu sebelum Terra kawin...
    dua2 pun bleh pakai.. jadi kalau bulan November ?
    kalut gak tu...
    Sebab tengah banyak kijer ni.. tak boleh nak fikir "hadiah" apa yg nak bagi dekat Pasangan Comel tu :P

    anyway thank for da SMS , at least we know En Wan OK..
    and still ok walaupun dah masuk Lubnan..

    sebenarnya Terra pun dah kalis dgn citer kawin2 ni.. apatah lagi bln 8 ni byk plak MY BEST FREN WEDDING..
    ok , nak gi ngajar ni... bye

    ReplyDelete
  2. hmm...hi lin...kl i plak bukan nak kawin bulan nov..dah kawinpun bulan ogos tahun lps masa cuti sekolah itu info yang i dapat dari person yang mengaku kawin dgn his kazen....

    n i almost dapat his wedding pic...hmmm....

    aii terra lain macam jer bunyinya tue.....kl ada 'something' between u n wan....mmg raser nak tutup buku terus dah nie:(....

    btw lin..wan dah jawab status dia...tolong tanya en wan...birthday dia bila..dah lama nak tau....tanya tru e-mail masa ntv dulu tak berjawab pun..biarlah rahsia kot.....hmm xpela..en wan....

    ReplyDelete
  3. btw saper yang boleh jadi great couple ngan wan kamarudin tue....cam blh agak jer.....

    ReplyDelete
  4. lepas ni kalau nak ke lubnan, kasi tau la, gua teringin...

    ReplyDelete
  5. awak nak buat apa gi lubnan? tempat2 bahaya yang dia nak pegi! hehehe ... next year kalau ada kosong kita bagitau kat awak ok?

    ReplyDelete