Thursday, January 06, 2005

Apa?

Bila kita melihat penderitaan orang lain, kita meminta mereka bersabar. Kita pandai menasihati, segala galanya akan berakhir juga. Nanti kita akan happy semula. Tapi, bila itu terjadi pada kita, kenapa sukar untuk kita menerima hakikat ... yang kita akan sembuh semula.

Payah. Orang boleh berkata apa saja. Tapi sebenarnya payah. Kerana detik demi detik, kita akan dibelenggu dengan persoalan ... kenapa? Kalau tak jadi semua ni ... macam mana? Kalau saja aku macam ni ... kalau dan kalau ... atau IF.

Apa yang terjadi pada aku ... entahlah.

Orang lain dah tawar hati. Aku tak kata aku tak terluka ... tapi aku memaafkan. Aku bodoh, aku tahu. Kalau perempuan lain mesti dah lama blah. Tapi aku ... aku masih bertahan. Kerana apa aku pun tak tahu.

Dan kenapa sikapnya boleh menjadi seburuk itu ... aku pun tak tahu.

Aku tidak tahu sama ada aku boleh mempercayai dirinya lagi. Terus terang aku tak tahu. Tapi aku mengharapkan agar dia berubah dan menghargai aku dan apa yang telah aku lakukan untuk dia.

Aku tidak mahu memaksa dia dalam hubungan yang akhirnya akan menyakitkan kami masing masing.

Aku ingin dia bahagia. Dan aku rasa ... dia berhak untuk merasa bahagia.

Ingin aku lepaskan dia pergi. Sesungguhnya ... aku tidak bahagia lagi dengannya. Aku masih sayang, tapi perasaan ku sering dibelenggu dengan pengkhianatan yang dilakukannya.

Aku ingin pergi jauh dari dia. Melupakan dia ... meninggalkan kenangan yang kami pernah ada. Pahit manis kami bersama.

Ketika mula mula dulu ... memang aku merasakan amat payah untuk aku pergi. Sukar. Tapi kini, aku rasa aku dah boleh menerima hakikat sebenar. Kerana aku dah tahu kenapa. Aku cukup terluka. Bohong kalau aku katakan aku tidak terluka. Luka ini terlalu dalam. Lebih dalam daripada ketika aku tahu yang dia sudah bertunang.

Aku ingin dia bahagia. Dan aku juga ingin hidup bahagia dengannya. Kalau dengan aku boleh ditemuinya bahagia ... aku yakin aku akan bahagia bersamanya juga.

Tapi kalau bukan diriku yang boleh membuahkan senyum dan debaran dihatinya ... aku rasa lebih baik aku pergi meninggalkan dia.

Aku tetap percaya, tidak perlu ada paksaan dalam perhubungan. Aku percaya ... percintaan itu perlu hadir dari hati kita yang tulus dan suci.

Aku percaya ... setiap manusia dijadikan berpasangan. Dan aku yakin ... jika memang tertulis jodoh untuk kami bersama ... pasti akan ada jalan yang terbentang untuk kami bersama.

Buat ketika ini ... aku ingin membuka hati ku untuk orang lain. Biarlah aku belajar menerima hadir orang lain ... supaya aku boleh memilih yang terbaik untuk aku jadikan pasangan hidupku.

Biarlah usia ku terus meningkat ... asalkan aku bahagia dan tidak menyesal atas segala keputusan yang aku lakukan.

Aku tidak ingin perkahwinan yang bercerai berai ... aku ingin hidup dengan satu lelaki. Aku ingin mati ... dan tahu ... bahawa aku satu satunya isteri seorang lelaki ... dan lelaki itu mencintai aku sehingga akhir hayat ku. Dan aku juga mencintainya hingga akhir HAYAT KU.

Aku ingin bila aku bangun pagi ... dia ada disisiku .... mencintai ku ....

Dan bila aku tidur ... dia ada tenang dan damai dalam lingkungan kasih sayang ku ...

Aku ingin menyediakan segala keperluannya ... baju yang dia pakai ... makanan diatas meja ... mengurut badannya jika dia letih ... ada bersamanya ketika dia sedih .... ketawa bersama dengannya .... menangis bersama .... dan ketika kesusahan ... aku tetap ada berdiri dibelakangnya ..... tidak pernah meninggalkan dia.

Itu yang aku inginkan dalam perhubungan ... dengan lelaki yang bernama suami.

Aku tidak sempurna. Tapi aku akan cuba menjadi yang terbaik.

Aku inginkan perhubungan yang terjalin atas dasar kepercayaan. Aku ingin ada keikhlasan. Agar kami saling jujur dan saling memahami. Agar kesetiaan akan sentiasa ada. Agar hati itu tidak terbahagi dua. Aku inginkan itu dari lelaki yang bakal aku kahwini. Tapi adakah lelaki seperti itu didunia ini?

Aku sangat sangat berharap. Agar ... dia akan kembali seperti dulu. Mencintai aku dengan sepenuh hatinya. Sanggup berkorban apa saja untuk aku. Setia. Dan menjaga perhubungan antara kami.

No comments:

Post a Comment