Wednesday, December 06, 2006

Abang Zul & Me & Wan Din

Penat hari ni. Banyak benda yang perlu diselesaikan sebelum take off. Masuk kali ni, dah 4 kali schedule Trek G dirombak. Tak kisah sangat, cumanya aku tak sabar nak start shoot. Cepat shoot, cepatlah habis. Tak gaduh dan pening pasal presenter punya time frame.

Dah hampir 2 bulan di office baru. Dari 9 orang staff, sekarang dah jadi 56 orang kesemuanya. Tak termasuk 3 orang intern student. Bila masuk pagi ... rasa pening kejap tengok banyak sangat manusia kat office. Dah tak ada lagi environtment masa dulu. Sekarang ni buat apa pun kena tolak ansur. Dah tak boleh marah marah macam dulu. Kalau bising atau pasang music kuat kuat, dah tak boleh jerit suruh diam dan slowkan music. Mujur aku dapat bilik sendiri, jadi tak terasa sangat sesak kat production room kat belakang.

Expose sudah memulakan penggambaran. Ina mengetahui siaran Isnin & Selasa, Akob mengetuai siaran Khamis & Jumaat. Misitk juga sudah menunjukkan taringnya. Dengan visual dan cerita cerita eksklusif. Memang lain daripada yang lain. Sesuatu yang akan membuatkan aku rasa tertunggu tunggu untuk menontonnya.

Expose - Isnin & Selasa
Di terbitkan oleh Ina (adik angkat kesayangan aku)
Isu : Sosial & Kemanusiaan

Expose - Khamis & Jumaat
Diterbitkan oleh Akob
Isu : Hardcore & Aggresive

Misitik - Rabu
Diterbitkan oleh SIMS
Isu : Mistik, Misteri, Magik, Magis dan ada satu M lagi aku lupa ...

Semua program ni akan disiarkan pada March ini di Astro Prima.

Dalam perkembangan lain,

Trek Globa (weekly episode)
Diterbitkan oleh Aku
Isu : Menjejak laluan tamadun (Laluan Sutera)

Dalam pada itu, sekarang ni tengah sibuk siapkan montaj dan pakej presenter untuk preview kat Astro.

Dan pada waktu yang sama,

Tadi temankan Wan Din dan Dang pegi fitting baju.

Ambik size dorang semua. For crew, dapatlah juga ...tapi tak semua dapat. So for the crew dapat bag pack Deuter & Winter Jacket & Glove. Abang Zul suruh aku minta kasut sepasang. So requestlah satu. Terima kasih abang Zul. Sayang abang Zul.

Itu saja kot perkembangan semasa. Oh yah ... tadi sempat buat photoshoot untuk montaj for Wan Din and Dang.

Nak posting gambar kat sini, tapi tak dapat. Dapat letak satu gamar jer. Tak paham. Oklah. Ciau sing Chee ...

Take care everyone.