Thursday, November 24, 2005

Apa?

Membaca entry ontahsapo, aku terkedu sendiri. Dan timbul rasa kecewa. Kecewa bukan kerana entry dia ... kerana apa yang dikatakan itu adalah benar. Mak Ngah masih tetap juga menunggu. Aku kecewa juga kerana perjuangan aku untuk mak ngah - mati. Mati bukan kerana aku tak nak perjuangkan nasib dia, tetapi kerana adalah bos atas aku yang tak berapa suka bermain dengan isu kemanusiaan. Kekadang itu yang mengecewakan aku. I love this job. I love doing the story and helping people in need. Tapi aku kecewa dengan keadaan sekarang. Dah tak sama seperti dulu lagi. Dulu, kami menolong sampai tuntas. Alang alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Itu dulu, sekarang ni? Sekarang ni sekadar siar je ... jadi apa ... belakang kira ... ada story lebih menarik. Salah. Bagi aku itu salah. SALAH SANGAT. I miss ZRA. Dia inspirasi. Mentor. Guru. Idola. Tapi aku kehilangan dia, sebelum aku sempat menamatkan pembelajaran ku.

Dan minggu ini aku diminta memaparkan kisah seorang makcik tua bernama, makcik Halus. Dia bukan orang susah. Tapi dia 'menderita' kerana environmentnya.

Malas nak cerita panjang, but this is the script for this week punya story.

[V-BABI]
[BM V/O]
[23/11/2005]
[WRITER=zra]
[SOURCE= ]

20 tahun ... bukan 20 hari ...

20 tahun ... bukan 20 minggu ....

20 tahun ... bukan 20 bulan.

Selama 20 tahun .... makcik halus dan keluarga hidup dengan bau busuk.

Bau yang meloyakan dan menjijikkan.

Apa puncanya?

Inilah punca segala bau busuk yang menghantui hidup makcik halus sekeluarga.

Sungai kotor dan berbau.

Semuanya kerana BABI!

BABI .. BABI .. BABI !

(jeng)

Diam tak diam .. sudah 77 tahun makcik halus mendiami kediaman ini.

Rumah dan tanah yang diwarisi daripada ibu dan ayahnya.

Mak Halus antara orang lama di Kampung Batu .. Kuala Langat .. Selangor.

Apa tidaknya .. makcik halus dilahirkan di rumah ini.

Tapi .. segalanya berubah sejak 20 tahun lalu .. apabila gerombolan taukeh melancarkan ternakan babi berskala besar.

Dan sejak itulah .. bermula seksaan tanpa henti .. yang terpaksa ditanggung keluarga ini.

[T/C IN=09:19]
(masalahnya bau, nak makan susah - sg dibuangnya kat situ - bangkai pun dulu kat situ dibuangnnya - sekarang di bakar - kalau bau hangit - tak lalu makan kat rumah)
[T/C OUT=09:53]
[SUPER=Makcik Halus Ngah]
[RUNS=00:34]

Makan di rumah sendiri pun susah ..

Apa tidaknya .. bau busuk .. menghalang selera sesiapa saja yang ada.

Sehingga adakalanya makcik halus malu .. apabila ada sanak saudara dan tetamu yang berkunjung.

[T/C IN=09:52]
(KANDANG BABI TU BERSEBELAHAN DENGAN - bersebelahan dengan rumah lah tapi sebelah sana sikit. Tapi kalau dia mandikan babi - kata tak kira bau dah - teruk benau - dia jirus tahi tu masuk sungai dah dekat dengan rumah - orang datang siap tanya bau apa - kita bagitaulah - bau tahi babi)
[T/C OUT=10:25]
[SUPER=Makcik Halus Ngah]
[RUNS=00:33]

Inilah sungai yang menjadi punca segala kebusukan di kampung batu laut ini.

Sungai yang dulunya jernih .. kini berubah hitam.

Ditambah pula .. bau busuk .. mengalahkan loji kumbahan najis.

Kerana ingin tahu .. Skuad Siasat mencari punca bau busuk ini.

(jeng)

Inilah puncanya ..

Ratusan babi menjadi jiran makcik halus sejak 20 tahun .. lamanya.

Segala bermacam najis babi .. dibuang terus ke sungai .. terutama selepas kandang babi dibersihkan .. iaitu dua kali sehari.

Sungai jernih ini .. bertukar warna .. menjadi hitam .. dan berbau busuk.

Inilah yang ditanggung Makcik Halus sejak 20 tahun.

[T/C IN=14:05]
(SIRAM BUAT APA? siramlah - BERAPA KALI SIRAM? - 2 KALI - AIR KELUAR MANA? situ PEGI LAUT? ha .. laut KELUAR SANA?)
[T/C OUT=14:48]
[SUPER=PEKERJA]
[RUNS=00:43]

Tak kan lah kerana satu tempat ternakan .. air sungai ini boleh bertukar wajah?

Skuad Siasat melakukan tinjauan .. dan mendapati bukan jiran makcik halus sahaja yang membuang sisa najis babi ke sungai.

Deretan kandang babi sepanjang dua kilometer di Kampung Batu Untung .. menjadi punca utama pencemaran.

(CLIPS SIKIT DALAM 3 SECONDS)
Lihatlah sendiri...
[RUNS=:3]

Busuk satu hal.

Sungai tercemar ... dah jadi dua hal.

Dan .. hal yang ke 3 .. adalah .. sungai ini mengalir terus ke laut.

Lautnya pula .. bernama Morib .. destinasi perkelahan terkenal Selangor.

Apa ini semua?

Jika beginilah jadinya .. sepi lah pantai ini dari pengunjung.

Isu sisa kumbahan babi di kawawasan ini bukan tidak pernah di dedahkan.

Malah sudah berkali-kali .. tapi .. macam tu juga .. dan makcik halus juga yang menjadi mangsa.

Makcik halus mengakui .. beberapa kali rumahnya dikunjungi .. dan ditinjau .. tapi masalah masih juga di takuk lama .. hinggalah kini berusia 20 tahun!

[T/C IN=10:35]
(dah adu dah tapi tak ada apa apa pun - ADA MENGADU KAT PENGHULU KE? ADUN KE? penghulu pun dah datang dah - wakil rakyat pun ada kat sini - bukan tak ada)
[T/C OUT=10:56]
[SUPER=Makcik Halus Ngah]
[RUNS=00:21]

Timbalan menteri pelancongan datuk ahmad zahid hamidi .. pernah mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk mengenal pasti kawasan alternatif sebagai tempat pembuangan sisa kumbahan agar jauh dari pantai.
Cadangan itu tercetus kerana pantai morib dilihat berpotensi sebagai kawasan pelancongan.

Namun jika beginilah keadaannya ... jangankan pelancong .. penduduk tempatan pun mungkin tak sudi mandi di pantai morib.

Kualiti sungai ini juga perlu diambil kira.

[T/C IN=03:56]
(kalau air sungai mengalir - najib ikut ke laut - kita nak tengok air sg mengalir cantik macam kerajaan kata cintailah sg kita. itu je harapan kak eda)
[T/C OUT=04:19]
[SUPER=Noreedah Endut]
[RUNS=00:23]

Jika sampel air sungai yang busuk dan hitam ini diambil kementerian kesihatan .. sudah pasti kandungan ammonia melebihi paras piawaian dibenarkan.

Suka diingatkan .. selain ammonia dan bakteria .. sisa najis babi turut mengandungi beban organan yang tinggi.

Tak cukup dengan itu .. parasit pun ada.

Semua ini boleh memusnahkan sumber air bersih dan bahaya kepada kesihatan.

Memandangkan sungai ini belum dinamakan .. jadi kami namakannya sahaja .. Sungai Babi..

POP.. skuad siasat.

[ENDS]