Monday, September 29, 2008

adui ...
terasa sakit benar telinga mendengar serangan bertalu talu
terasa panas benar hati mendengar tuduhan demi tuduhan
tapi apakan daya.
dah kami ini melukut di tepi gantang.
mereka adalah gergasi dan kami berharap pada mereka untuk mencari sesuap nasi.

selama ini kita bagai bola yang ditendang kesana sini
bagai gergaji sorong papan tarik papan gamaknya ....
tapi bila dah semua menemui jalan buntu
ha ... bulat bulat semua masalah diserahkan kepada kami.

ini bukan waktu untuk menuduh,
kita berada disini bukan untuk menambah masalah
seharusnya ada solusi
tetapi orang orang pandai itu lebih senang menuduh dan melepaskan jerut dileher masing masing, daripada mengaku bahawa mereka dah berak dan tinggalkan taik tanpa sempat nak timbus balik.

macam ni je lah... since dorang pun tak cebok lagi .. mesti bau busuk tu terhidu jugak. tak percaya tunggulah dua tiga bulan lagi.

terima kasih.

Friday, September 26, 2008

Dengan lafaz Bismillah, atau haruskah aku mulai dengan Assalamualaikum?
kesendirian memaksa aku meluahkannya disini
kesendirian dalam menghadapi sebuah situasi yang terlalu menghimpit.
bukan.
bukan tentang kepercayaan dan kecintaan ku kepada Nya.
ini bukan tentang agama.
ini tentang hati.

kesendirian membuatkan aku terheret dalam situasi ini.
tersepit dengan logik dan mimpi.
akal dan hati.

kesendirian ini memaksa aku mengambil keputusan.
satu bahagia yang tak pasti
satu masa depan yang terisi.

kesendirian ini sungguh jahat
menghimpit mereka yang berada dalam transisi usia.
mengejar hati untuk teruja diri
lantas melupakan cita cita untuk masa depan sendiri.
jahat. kesendirian ini sungguh jahat.

aku membilang hari.
sejauh mana kesendirian ini akan menjadikan aku tidak sendiri lagi.
berdiri disini ada.
berdiri disana ada.
namun sekarang, sendiri.

kesendirian yang sangat menyiksakan.
Sepi ofis.

Semua dah start bercuti.

Aku ... seperti tahun tahun kelmarin .... semenjak aku berkerja di KL, tak pernah apply cuti raya. Tapi apply cuti Krismas.

Tahun ni, secara rasmi aku bercuti Raya. Pun begitu, tak juga apply cuti Raya. Tak tahu nak hala kaki ke mana.

Ada dua tiga orang sahabat baik di office yang memang kampung mereka di KL ajak datang rumah mereka. Tak mahu aku dok sendiri. Raya perlu dinikmati bersama-sama. Insyallah. Aku datang.

Puasa tahun ni amat mencabar. Tahun tahun kelmarin puasa gak, tapi tahun ini puasa aku dikira haram halalnya. Dikira pahalanya. Moga moga aku mendapat berkah.

Tarawih - dari hari pertama nak pergi. tak terpergi pergi. masih mengharap untuk pergi beberapa hari kebelakangan ini sebelum raya, Insyallah dapatlah pergi kurang kurang sekali.

Puasa tahun ini, banyak jugaklah aku ponteng hari. Aku salahkan pada stress kerja, tapi bukan alasan. banyak tak banyak ... lebihlah sepuluh hari termasuk hari luka lama berdarah kembali.

Dua tiga hari lagi nak raya. Sayu? tak terasa lagi. Mungkin pada harinya aku akan terasa. Terutama bila orang sibuk sembahyang raya, aku pulak terbongkang kat rumah. Insyallah, kalau tak ada siapa pun nak ajak aku pergi, aku jejak sendiri lah Masjid Shah Alam tu. tak kan lah semua nak berteman kan? Yang penting niat.

Esok aku nak cari langsir baru. untuk tingkap kat ruang tamu dan dapur. dua set je pun. esok aku nak cari sikit kuih muih, tak ada sapa pun nak datang, tapi biarlah terasa juga mood raya tu walaupun aku raya sorang sorang. esok nak mop lantai dan kemas rumah. nak gantung kad raya, semua nya through email sekarang. kalau ada pun kad raya, satu je yang aku dapat eh ... dua. dari adik angkat aku Riez dan dari Seri SKMM. tak berbaloi nak gantung kat dinding rumah. esok, aku nak letak lampu ketupat yang aku amik kat tepi jalan kat Cheras 4 tahun dulu, - nak gantung kat ruang tengah. entah macam mana nantilah aku fikirkan. esok ... aku nak settlekan skrip Mahsuri aku yang re-write kali ke 5. harap harap itu re-write yang terakhir. esok ... banyak juga yang perlu aku lakukan esok. kalau tak dapat pun aku lakukan hari Ahad.

Kepada semua, aku nak ucapkan,

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Salah & Silap Harap Di Maafkan ye?
Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan dan keberkatan yang berpanjangan untuk semua.


Salam dari Saya,
Ainur Mahdiyah Zahra bte Abdullah

Friday, September 19, 2008

Okay,
apa yang terjadi hari ni?
let see ...
skrip mahsuri kena rewrite kali ke 3.
then, temankan bro jim tengok umah.
then, makan ngan akob, bro jim and adek.
then, menghadap laptop aku dan betulkan skrip.
then, menghadap laptop aku dan betulkan skrip.
then, menghadap laptop aku dan betulkan skrip.
then, skrip aku tak betul betul jugak.
cis.
Debar apakah ini?
bagai terasa dicucuk pedih.
degup yang terasa wujud antara jantung dan hati.
memukul mukul dinding jiwa,
meminta untuk dibebaskan.

andai saja bisa aku lepaskan apa yang terbuku ...
tidaklah airmata ku mengalir
menahan senak dan kesakitan yang berlegar diantara ruang itu.

ruang apa kah itu?
itu adalah ruang rindu.
rindu yang sudah mencapai langit ke 7!