Sunday, August 27, 2006

Makan kat empangan Darunta

Happy Birthday. Dah 36 tahun dah. Tua dah. Cepatlah kahwin. Hahahaha .. maybe lately itu yang jadi topic perbualan pun. Sabar je lah k ... sampai jodoh .. abe akan kahwin juga. Janganlah risau sangat.

Dah 5 tahun lin kenal abe, tapi rasanya 5 tahun tu masih belum cukup untuk abe confide with me about your personal life. All we had is only work and work .. and of course me mengadu kat you all the time lah. Jangankan lin, kawan yang lebih lama kenal abe pun belum tentu tahu about yourself except for a few close friends that you have.

Tak pernah rasanya ada problem semasa kerja with you. Well, except for you 'kerekness' yang kekadang terkeluar, you are ok. Very easy to work with and selalu bagi idea and tak pernah kedekut ilmu. Someday i wanted to be as confident as you. and as brilliant as ZRA. Bukan kata abe tak brilliant, but kita tahu kan susah orang nak dapat kepala dan buah fikiran macam ZRA.

I hope you enjoyed your stay kat Terengganu ni, because balik karang you have 3 episode to VO with Dang Su. And episode Jordan dah siap tinggal tunggu you balik and preview. And as you say, Afghanistan punya trip is still the best. Mungkin sebab orang jarang tengok bumi Afghanistan so .. we decide it is the best episodes of all. And trip kita kat sana tu memang fun kan? Although you wail and complaint all the time tapi it never affect your presetation. And I really adore kak Dang. She's very profesional. Dan kelakar! Teringat semua teori konspirasi dia. Sampai sekarang tersenyum sendiri bila teringat masa kita dalam perjalanan ke Bamiyan. And kes with abang Zul!!! tengah malam kat army base camp di Jalalabad. Kelakar gilerrr ...

Ok lah ... rasanya tak payah tulis panjang panjang kat sini. Sat lagi you bising pulak i reveal too much of your personality.

Lin cuma nak ucapkan Selamat Ulang Tahun. Semoga sentiasa dirahmati dan di berkati Allah. Dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang sempurna. Take care of yourself Abe.

Saturday, August 12, 2006


Ziarah Episod 2 (Kabul, Afghanistan)

By Paullina
Editorial : ZRA

TRAILER:
Ketika perang meletus akibat serangan rusia pada 1979… lebih 5 juta rakyat Afghanistan menjadi pelarian.

Rejim Najibullah yang menjadi kerajaan boneka rusia, berpusat di Kabul.

Ketegangan serta serangan balas pejuang mujahidin terhadap Kabul… menyebabkan 1.5 juta juta penduduk Kabul… lari ke Paksitan.

Akhirnya, rusia berundur…

Rejim najibullah tumbang pada 1988.

Namun keamanan yang diharapkan tak pernah kunjung datang.

Empat puak utama dalam pakatan mujahidin sering berseser pendapatan.

Akhirnya Afghanistan sekali lagi bermandi darah… kali ini dalam kancah perang saudara.

Era Taliban pada 1996 makin menambah deritaan … Kabul terus dirundum duka dan kemusnahan.

Kini setelah 5 tahun berlalu, sejak Kabul menjadi pusat pentadbiran kerajaan Baru Hamid Karzai… sinar keamanan mula terpancar.

MONTAJ

VO Wan
Dari Jalalabad … ziarah mengembara ke Kabul.

Namun perjalanan 150 kilometer ini bukan mudah…

Serang hendap pejuang Taliban masih dilaporkan berlaku… terutama terhadap buruh binaan jalanraya… yang dianggap sebagai pengkhianat.

(moderator twin)
(jalan ini adalah jalan pintas dari jalalabad menuju ke kabul – atas factor keselamatan tiada warga asing menggunakan jalan pintas ini – atas nama saudara sesame islam mereka benarkan kami guna jalan pintas ini – dan menikmati keindahan empangan srobi – betapa ruginya dunia dan rakyat Afghanistan – terus dan kekal aman)

VO Dang
Perjalanan panjang sekitar 4 jam ini terasa melegakan.

Tiada khabar serangan Taliban dilaporkan dalam tempoh 48 jam… kecuali di kunar.

12 buruh binaan diserang dan dua daripada mereka dilaporkan dipotong tangan sebagai hukuman keraja bekerja dengan syarikat kontraktor asing.

Empangan Srobi yang indah ini di bina secara berperingkat sekitar tahun 50an.

Kosnya dibiayai kerajaan Jerman, empangan ini siap dibina pada tahun 1966.

Isu pembinaan empangan ini pernah menjadi sedikit kontroversial akibat keengganan kerajaan Afghanistan membayar pampasan kepada 100 buah keluarga yang diarah pindah dari perkampungan mereka di pesisir empangan ini.

VO Wan
Dari Srobi kami meneruskan perjalanan ke Kabul ….

Belum sampai setengah jam meninggalkan Srobi, kami ditahan sekumpulan tentera Afghanistan.

Terasa bimbang apabila kami diarahkan berpatah balik kerana laluan lebuhraya dalam pembinaan ini adalah kawasan larangan.

Ketua misi dan pembantu kami rakyat afghan terpaksa berunding memujuk pihak tentera agar membenarkan perjalanan ini diteruskan.

(standupper wan)
(kami masih lagi merayu untuk melalui kawasan larangan dan kami akan terus merayu – ini kawasan empangan – kami akan merayu dan merayu lagi untuk mendapatkan kebenaran ini)

VO Dang
Setelah lebih 15 minit memujuk… dan atas budi bicara sesama saudara Islam kami dibenarkan untuk meneruskan perjalanan.

Jika sebelum ini kita sering disuakan dengan visual Kabul yang musnah namun hari ini, kami dapat melihat sisi lain Afghanistan yang indah.

Di kejauhan sana, empangan Naghlu menggamit perhatian kami.

(standupper dang)
(kami di naglu dan disini kami duduk atas rangka kereta kebal – menandakan kejayaan pejuang mujahidin menewaskan tentera Russia – mereka bangga – dan ini adalah buktinya – kereta kebal ini)

VO Wan
Bagai tak terbayang dek fikiran, Afghanistan mempunyai khazanah alam seindah ini.

(standupper wan)
(sekiranya amerika bangga dgn grand canyon – permandangan amat luar biasa – sungai ini mengalir dari Kabul ke jalalabad – perjalanan ini cukup mencabar namun amat berbalaoi)

Empangan Naglu di Sungai Kabul yang terletak di Barat Jalalabad ini siap pembinaanya pada tahun 1960 dan mampu menyimpan sejumlah 304 ribu meter padu air.

Pembinaan empangan ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Russia.

Atas arahan keselamatan… kami tidak dibenarkan berada lama di kawasan strategic ini.

VO Dang
Setengah jam perjalanan… sekali lagi kami ditahan pihak tentera.

Apapun kami sedar… ini petanda ketelitian opetasi tentera Afghanistan kerana empangan utama bekalan air bersih bagi penduduk Kabul ini, amat strategic.

(standupper dang)
(setelah 3 jam perjalanan – kami dah sampai pinggir bandar kabul – kami terpaksa menukar kenderaan – dari pinggir bandar kabul ambil masa 15 minit untuk sampai ke pusat bandar – menurut maklumat dalam tempoh seminggu masih berlaku – dari Kabul Afghanistan)

VO Wan
Berita terkini mengenai serangan pengebom berani mati di markas tentera kanada di kandahar… memaksa kami meningkatkan pengawasan.

Kabul ialah kubu utama petampatan tentera amerika syarikat.

(standupper wan)
(kami dimaklumkan oleh penduduk tempatan supaya berhati hati di Kabul ini - walaupun sasasaranya melibatkan kem tentera namun kami dinasihatkan segera mempekenalkan diri sebagai muslim – untuk keselamatan kami semua di kabul ini)

VO Dang
Kami tiba di Kabul dengan peringatan: jangan menginap di hotel tempat tumpuan warga barat.
Ini bagi mengelakkan sebarang kemungkinan serangan pengebom berani mati atau bom kereta yang sering disasarkan ke kawasan warga asing dari barat.

Menyedari kehadiran dan kebimbangan kami… sekali lagi, kami dipelawa untuk tinggal bersama sebuah keluarga di Kabul.

(twin moderator)
(berbeza dengan cuaca di jalalabad cuaca di Kabul ini agak sejuk – tapi apa yang lebih menyejukkan adalah keramahan – dan kami pasti keputusan selamat – risiko amat tinggi untuk berada di hotel – kami tidak mahu mengambil risiko dari serangan pengebom berani mati)

Cuaca panas dan perjalanan jauh terasa meletihkan…

Kami berehat sebentar sebelum menjelajah sekitar Kabul.

VO Dang
Pencerobohan tentera Russia yang dipenuhi dengan serangan udara dan siri pengeboman… memusnahkan sekali struktur bandar ini.

Tidak ada satu ruang pun yang terlihat sempurna.

Semuanya dipenuhi tanda-tanda kemusnahan akibat dibom.

Petanda betapa dasyatnya peperangan yang pernah melanda bandar ini.

Pada tahun 1979, Rusia Union menguasai bandar ini dan menimbulkan ketegangan dasyat dikalangan penduduk Kabul.

Pada tahun 1981, 1.5 juta warga Afghanistan di Kabul menjadi pelarian di Pakistan.
Segelintir dari pelarian ini… kemudiannya membentuk gerakan Mujahidin yang kemabli menyusup ke Afghanistan melancarkan peperangan gerila.

Pada era perang dingin, barat menggunakan gerakan mujahidin sebagai alat untuk menumbangkan rejim boneka Kabul yang ditaja Rusia.

VO Wan
Menyedari keadaan yang semakin tidak terkawal, akhirnya pada tahun 1988 Rusia terpaksa berundur.

Pada 1992, Kabul jatuh ke tangan pejuang Mujahidin.

Duka Afghanistan tak pernah berakhir.

Kabul terus bergelumang dengan kemusnahan perang akibat pertempuran puak mujahidin.

Ketika pertempuran puak ini, ramai penduduk Kabul yang baru pulang dari negara pelarian terperangkap dalam peperangan.

Pada 1996… penduduk Kabul sekali lagi dimamah derita.

Setelah dua bertempur… Kabul menjadi kota terakhir jatuh ke tangan Taliban.

Kerajaan mujahidin pinpinan Burhannudin Rabani akhirnya tumbang.

(twin moderator)
(peperangan mengorbankan jutaan nyawa – musnahkan harta benda – bantutkan segalanya – ini sisa kejahatan perang – kemusnahan demi kemusnahan terpaksa ditanggung rakyat Afghanistan = kemusnahan oleh mereka yang membuat keputusan terpaksa ditanggung oleh rakyat bawah sendiri untuk membaik pulih keadaan ini)

(twin moderator sambungan diatas)
(namun peperangan sendiri tidak memusnhakan budi pekerti rakyat Afghanistan – pengalaman kami di Kabul cukup mengharukan apabila kami dipelawa untuk minum petang – dan meski pun kami tahu gajinya tidak seberapa – beliau menegaskan beliau perlu belanja – pekerti Afghanistan – khususnya bila mereka mendengar kami dari Malaysia – assalamualaikum)

VO Dang
Mohd Ismail pemilik bengkel jentera berat di Deburi Kabul ini… antara penduduk Kabul yang pernah melalui 3 era getir sejarah peperangan di Afghanistan.

Separuh hidupnya langsai dalam peperangan… maka tidak hairanlah… wajahnya terasa terlalu tua… walaupun baru mencecah 55.

Bagi orang seperti mohamad ismail… dirinya terasa seperti dikhianati.

(SOT)
TC IN : 08:22
TC OUT : 08:59
[translation title]
(walaupun Afghanistan mempunyai banyak etnik seperti Tajik, Hazara dan sebagainya namun kami hidup saling memahami dan bersaudara dalam Islam. Namun ada juga yang menjual Afghanistan kerana wang, hinggalah wujud peperangan dan menyebabkan kematian banyak saudara Islam di Afghanistan)

VO Wan
Bagi mohad ismail… kejatuhan mujahidin terjadi kerana anak muda Afghanistan bosan dengan sikap pemimpin puak yang sering berperang sesame sendiri.

Dan akhirnya, dipengaruhi gerakan Taliban.

(SOT)
TC IN : 11:26
TC OUT : 11:46
[translation title]
(Anak anak kecil, remaja, malah orang dewasa pergi belajar agama di madrasah. Didepan kita mereka menjunjung al-Quran mengaku sebagai muslim tetapi dibadan mereka terikat bom dan mereka meletupkan diri dikawasan umum menyebabkan ramai terkorban. Yang mati bukan orang kaya, tapi kanak kanak dan orang miskin)

VO Dang
Perang ternyata menghakis harapan lelaki tua ini untuk hidup bahagia dan menikmati keamanan.

Kabul mungkin aman ketika ini, tapi sampai bila?

(SOT)
TC IN : 16:42
TC OUT : 17:02
(seksa yang ditanggung rakyat Afghanistan bagai tiada noktah. Sebelum mujahidin dan ketika mujahidin banyak kemusnahan yang berlaku. Anda boleh lihat sendiri. Ketika era Taliban, semua sudah musnah, tidak ada apa lagi yang tinggal untuk dimusnahkan dan kerana itu mereka mula melakukan penyiksaan fizikal seperti memukul, menyiksa dan membunuh orang yang tidak berdosa)

VO Wan
Kami tinggalkan Ismail dengan perasaan bercampur-baur… sedih dan simpati.

Kata kata semangat kami ternyata saja tidak cukup untuk menghiburkan rasa hiba lelaki ini.

Kabul sudah dilimpahi terlalu banyak korban… terlalu banyak airmata… dan terlalu banyak harapan yang akhirnya musnah begitu saja.

Sejarah Kabul yang suku abad dipenuhi peperangan… membuatkan penduduknya tidak berani untuk bermimpi lagi.

VO Dang
Kami meneruskan perjalanan mengelilingi bandar Kabul.

Kawasan perumahan di Silo ini… antara yang paling teruk digempur ketika era perang sivil sesame puak Mujahidin.

Hati terasa terhiris… melihat masjid ini turut dibedil dalam krisis perang sesame Islam.

98 peratus penduduk Afghanistan, umat islam.

Namun… budaya kepuakan menjadi punca perpepacahan.

Hanya ada satu mimpi sekiranya Afghanistan mahu melupakan sejarah silamnya…
Mimpi persaudaraan sesame islam sekaligus menghapuskan semangat kepuakan yang menjadi penghalang perpaduan.

VO Wan
Tatkala petang yang makin condong… kami menyusur Kabul menuju Dewan Bibi.

Kawasan yang menempatkan banyak penduduk dari etnik Tajik.

Kabul bukan sahaja dikelelingi Banjaran Hindu Kush, tapi turut dikelilingi lengkungan kawasan yang musnah sama sekali.

Akhirnya… terasa tidak sanggup lagi melihat kemusnahan demi kemusnahan.
Kami berlalu dan menyusur pula kota Kabul yang sibuk dan padat.

VO Dang
Hati terasa sedikit riang… terhibur dengan suara hiruk pikuk peniaga di pasar ini.

Fikiran saya bebas seketika. Gambaran kemusnahan dibuang jauh jauh dari fikiran.

Inilah Kabul sekarang.

Kami bebas bergerak tanpa ada sebarang sekatan.

Tidak perlu menunjukkan passport.

Aman… saat ini hanya kata-kata itu yang dapat saya luahkan.

VO Wan
Tidur di halaman rumah, selama ini mungkin hanya satu gambaran yang pernah kita tonton dalam filem Hindustan.

Tetapi di Kabul… dek cuaca panas… kami menikmati penglaman tidur di laman rumah…

Menikmati angin malan yang nyaman dan cuaca dinihari yang lebih dingin.

(moderator wan)
(Apa lagi yang boleh saya katakan – kami dipelawa untuk bermalam bersama sebuah keluarga yang agak daif di Kabul ini – berbumbungkan langit dan bintang dan bulan – di luar ini lebih nyaman dan segar udaranya – saya percaya ini satu pengalaman yang cukup bermakna dan cukup indah bagi kami – goodnight everybody – nite abe)

Tuesday, August 08, 2006

Berita mutakhir yang boleh aku update pasal team, dorang dah selesai penggambaran di Jordan dan Syria. Di Syria dorang join dengan Mercy jadi sukarelawan. Aku expect episod dengan Mercy ni akan jadi episod airmata.

Besok mungkin dorang akan try masuk Lebanon. Aku sikit risau. Bimbang sebab siri pengebomam masih aktif di Beirut. Apapun as a newsmen, sayang kalau tak dapat masuk. Tapi kalau keadaan bahaya sangat, rasa ZRA tak akan bawa team masuk ke Beirut. Mungkin cuma berlegar di sekitar Tripoli di bahagian utara. Aku dapat rasa feeling dorang ketika ni, mesti sama macam waktu kami nak masuk ke Kabul dan Bamiyan. Tapi, tempat paling bahaya ni sebenarnya tempat paling fun sekali nak pergi. Fun bukan seronok, tapi thrill. Puas sangat. Tapi kalau nyawa melayang? Mungkin tidak. ZRA tau limit.

I miss them. Strangely, I miss ZRA the most. Rasa macam kosong office ni kalau dia tak de. Dan strangely, aku paling risau sekali pasal dia, padahal kalau nak risau, dia lah orang terakhir yang patut aku risau. Mungkin sebab waktu kat Afghanistan, kami jadi rapat - dan mungkin kerana di Afghanistan aku jadi adik dia yang jaga makan dan minum dia. Kesihatan dia. Entah macam mana lagi aku boleh tolong dia untuk ringankan apa yang ada dalam kepala dia tu. Mudah mudahan aku boleh.

Tak sabar nak tunggu dorang balik dari Middle East. Tak sabar nak bagi sentuhan kehidupan untuk 7 episod, buah hati Ziarah dari Timur Tengah. Hari hari menghitung hari.

Oklah. eh btw, Wan Din nak kahwin bulan November ni? Nak tergelak pun ada. Tak kan lah aku tak tahu dengan siapa dia berkawan. Perahsia betul kah Wan Din sampai pekara macam tu pun aku tak tahu? Tetapi menurut best friend dia ... hehehehe ... mungkin tidak. Aku tahu Wan Din. So aku cuma nak senyum je. Jangan janga ndengan ??? kot .... hahahahahaha kalau iya ... ok lah. They make a great couple. Tapi ... mungkin tidak jugak kot .. entahlah.... meh aku sms dia kejap. (tengah type sms) .. kita tunggu apa dia nak jawab (lama sket nak sampai Syria sms ni - msg masuk - baca - tergelak) "Mana datang pulak tu? Ish .... tak boleh kata apa lah lin. Abe tak boleh stop orang nak kata apa ..." Lah ... dia pun tak tahu pengantin perempuan dia siapa. Ish ish ish. Nasib baik lah aku dah tak 'gila' kat dia. Kalau tak mau hari ni aku tak makan nasi. :)

Rasa persoalan beberapa orang dah terjawab. :)