Saturday, March 25, 2006

Apa?

Akhirnya setelah sebulan berlalu, kami berjaya menyelesaikan Bongkar - 13 Episod semuanya ... untuk tatapan umum.

Tak ada aral melintang, 6 April ini akan ke udaralah Bongkar di Tv1. Harap harap semua bagi sokongan.

Selesai Bongkar, kami berkampung pulak di Baling untuk shoot projek ke 2, Kem Karismatik. 45 hari ... Baling akan jadi tempat tinggal ... tempat menangis ... tempat segala macam lah ... jangan jadi orang Baling terus dah .....

Team mate yang lain dah pegi dah ... bersama Abang Zainal, Mohaimi, Ina, Akob, Airul dan Lan.

Dek kerana aku baru sembuh dari chicken pox, aku tertinggal dan akan pegi pada 28 Mac nanti.

Hopefully aku akan dapat catch up apa yang budak budak tu dah buat. Kalau tak ... memang kelam kabut dunia dan alam semula jadi.

Ok lah.... nanti posting lain pulak. Take care everyone. Sorrylah ... dah tak larat nak tulis banyak banyak kat blog. Penat.

:)