Saturday, February 18, 2006





Penatnya ... eh ... tak nak kata apa apa. Nak posting gambar je.

Friday, February 17, 2006

Well, dah ada kat tempat kerja baru, bebannya baru terasa semenjak dua tiga hari ni. Sesuai dengan jawatan dan tanggungjawab baru, beban yang aku pikul sekarang pun bertambah berat.

Tapi tak kisah lah .. janji hati senang. Untuk first episode bongkar, kena kerja keras sikit, biasalah pilot. kena buat cantik. Apatah lagi topik yang dicover adalah topik kegemaran aku DADAH. So semangat sikit nak buat keje.

Untuk episode ke dua, keudaralah episode gam. Banyaklah episode yang best best.

Mungkin ramai orang akan bandingkan Bongkar dengan siasat. Tapi percayalah, jauh beza. Langit dan bumi bezanya.

Pendekatan yang amat berlainan dari siasat.

Apapun, walaupun aku penat, tapi hati aku tenang. Dan senang. Mungkin sebab aku dapat kerja semula dengan mentor aku ZRA.

Oklah. Editing aku tak habis lagi. Bila bila aku update lagi lah blog ni.

Monday, February 13, 2006

Kepada semua kengkawan yang sudi baca blog ni, sorry sebab dah lama tak update. Saya ada, cuma saya sibuk sikit. Sibuk dengan assignment semenjak puasa - melanjut kepada tsunami special, bagi pengikut setia siasat, tentu dah tengok lah buah tangan dari kami. Well, selepas bercuti dan balik kampung untuk krismas, saya banyak berfikir pasal masa depan saya di ntv7. mana lagi sekarang dah dibawah pengurusan baru, media prima. walaupun orang orang yang ada kat newsroom tu sama, tapi suasananya dah berbeza. dalam banyak saya berfikir itu, datang satu tawaran kerja dari boss lama sisat dan senior saya kat siasat, satu tawaran yang saya tak mampu nak tolak. kerana tawaran itu menjanjikan satu anjakan kerja yang selama ini saya nanti nantikan.

so saya ambik keputusan untuk berhenti berkhidmat dari ntv7 dan menamatkan kerjaya saya di siasat. of course rasa sedih, tapi saya pergi dengan perasaan yang cukup lapang. saya pergi dengan meninggalkan sesuatu - bahawa saya sudah berusaha sehabis mungkin untuk siasat. sudah terlalu lama saya disana dan kini tiba lah waktu untuk orang baru mencurahkan tenaga dan keringat.

ditempat baru, saya menerbitkan sebuah program realiti bertajuk bongkar. ini juga merupakan buah tangan terbaru dari peminat wan kamarudin yang selama ini menjadi ikon siasat.

so kepada peminat wan kamarudin, jangan lupa saksikan BONGKAR yang akan bersiaran pada may depan.

sokongan anda semua amat saya hargai.

wasalam.