Monday, October 24, 2005

Apa?

Seronok dengar ada dah orang datang bantu Mak Ngah. Aku baru balik dari Langkawi, dan bila aku buka email hari ini, banyak jugak feed back yang aku terima nak tahu alamat dan cara nak membantu Mak Ngah. Syukur. Hanya itu yang mampu aku katakan.

Trip ke Langakawi kali ini benar benar mencabar aku. Ini kisah kemanusiaan yang benar benar buat aku berpeluh.

Aku terpaksa mereda hutan sejauh 3 km untuk sampai ke destinasi yang menjadi tujuan ku untuk story raya tahun ni.

Hari pertama sampai, pukul 3 petang aku dah masuk ladang getah, meredah semak dan hutan.

Hari kedua, pukul 9 malam aku meredah gelam untuk ke destinasi yang sama.

Kenapa aku sanggup? Kerana keluarga yang aku temui tinggal jauh dari tamadun manusia itu memang benar benar menyentuh perasaan aku sebagai seorang manusia.

Seorang lelaki, tinggal bersama 4 anaknya. Kematian isteri hampir 4 bulan lalu.

3 dari anaknya berhenti sekolah kerana tidak ada yang akan menguruskan rumah dan adik kecil mereka yang baru berusia 4 tahun.

Sukasih, Suriati, Ras Nadzri, Surialin ..... mereka adalah anak anak miskin yang dibuang oleh masyarakat.

Dihina kerana mereka miskin. Dihina kerana ayah mereka penoreh getah. Di hina kerana mereka hidup dalam hutan.

Ti di pukul oleh rakan sekelas kerana dia kotor ... apa tidaknya .. kala hujan, lumpur dan selut terpalit di baju dan kasut ... dan dia diketawakan oleh kawan kawannya ... di ejek dan ditolak tolak hingga tersungkur menyembah bumi.

Ada lagi rupanya budak budak kurang ajar macam tu?

Dan bila dia mengadu kepada cikgu, cikgu buat tak tahu. Kesian ti. Aku paling tak tahan bila dia kata "cikgu cuma nak dengar anak orang kaya bercakap, anak miskin macam saya ni cakap bohong je ... tak pernahnya betul" tersentak aku kerana kata kata tu lahir dari mulut seorang gadis cilik berusia 12 tahun.

Antara 4 beradik ni, ti yang paling bijak. Walaupun dia ada kakak berusia 14 tahun, tapi basically, semenjak kepergian ibu tercinta, Ti lah yang menjadi wanita pertama keluarga ini. Dialah yang menjaga lin adik bongsunya, dia lah juga yang selalu siaga bila diarah ayahnya.

Dia sentiasa mendahulukan adik adiknya.

Sayang gadis sebijak dia .... terbuang kerana hinaan masyarakat. Dihina kerana kemikinan, terasing kerana ayahnya memutuskan untuk tidak tinggal dipekan.

Kasihan Lin, dia masih kecil untuk mengerti apa itu derita ayahnya. Derita kakak dan abangnya.

Umur 4 tahun, anak lain masih menyusu, tapi Lin, minum air suam.

Sudah beberapa hari ini mereka hanya berbuka dengan bubur. Dan aku tak sampai hati nak datang dengan tangan kosong, aku ajak Ina, sahabat aku belikan KFC untuk adik beradik tu. Abang sungguh berselera. Ti malu malu. Lin menatap penuh asyik, merasa satu demi satu, dan Kasih, malu duduk bersembunyi dalam bilik. Malu tidak mahu ditatapkan wajahnya pada seluruh rakyat Malaysia. Aku tidak menyalahkan dia.

Abang ... pagi2 buta lagi dia ikut ayahnya pergi menoreh. Dia tukang kumpul susu getah. Kesiannya abang, dia tak suka pakai kasut. Kalau meredah hutan, dia berkaki ayam. Katanya kalau dia berkasut, langkahnya berat.

Aku catat cerita ini dalam blog kerana ingatan aku terhadap mereka masih segar.

Aku sempat berpesan pada Ti, kalau aku datang Langkawi nanti ... boleh tak aku datang jumpa dia. Ti mengangguk, katanya "kalau akak tak larat nak naik, akak cari je Ti kat bawah ... kat kilang bilis, Ti dan Sih keje kat situ" nak bergenang airmata ku.

Tambah pedih, bila aku hulurkan tangan aku untuk bersalam, diciumnya tangan ku itu. Hari pertama aku bersalam dengannya .... tangan ku hanya disambut begitu saja ....dan pada malam itu sebelum aku pergi diciumnya tangan ku .... hanya aku .. tidak kawan kawan lain.

Ya Allah, kepada Engkau sajalah kami menyerahkan nasib anak anak itu. Berikanlah mereka kasih dan sayang .... serta berkat dan rahmat dari MU.

Tuesday, October 18, 2005

Apa?

Sabtu ini aku melancarkan story kemanusiaan aku yang ke dua di bulan Ramadhan ini.

Kisah seorang tua jugak. Nasibnya pun daif jugak.

Dan ketika aku type story pak long ni ... fikiran aku tajam dan badan aku sihat. Tak macam masa type story mak ngah .... aku blank.

Story pak long ni biasa je ... tapi ada kawan2 aku yang menangis bila tengok pakej ni.

Hati aku pun menangis masa aku tengok pakej tu. Lain orang lain pandangannya ... sekali lagi kepada rakyat malaysia aku serahkan untung nasib pak long.

Minggu depan aku akan combine kan dalam recap story mak ngah dan Pak Long. Refresh balik ingatan orang kat mereka berdua ni.

Well, this is the script for this week.


[V-PAK LONG]
[BM V/O]
[14/10/2005]
[WRITER=zra]
[SOURCE= ]
[KLIP]

[RUNS=00:05]
Teratak usang ini .. bukan stor barang buangan.

Bukan juga rumah tinggal .. yang tiada penghuni.

Pondok ini adalah tempat tinggal seorang lelaki tua .. tempat berlindung dari hujan dan panas.

[KLIP]
[RUNS=00:05]

Sudah lebih 50 tahun lelaki ini menjadi penghuni rumah buruk ini.

Dan dikala usianya mencecah 70 tahun .. Portel Abdul Jalin .. masih tetap setia menghuni pondok bak reban ayam.

Penduduk kampung .. Permatang Tok Gelang memanggilnya Pak Long.

Dan .. di pondok inilah juga .. Pak Long menghabiskan segala sisa hidup .. hidup yang diselubungi kedaifan dan kemiskinan.

Lihatlah sendiri .. apakah pondok ini layak dipanggil rumah?

Mungkin inilah yang dipanggil .. "sekadar tempat berteduh".

Cukup sekadar bumbung dan dinding .. bumbung untuk berteduh dari panas siang ... dan dinding untuk menepis angin malam.

Tapi bumbung pondok ini berlubang-lubang.

Kala siang .. sinar matahari berlumba-lumba menerobos puluhan lubang di bumbung rumah Pak Long.

Dan jika hujan .. bayangkanlah .. pondok Pak Long .. pasti ditakungi air.

Dinding rumah Pak Long .. hanyalah kayu dan papan usang yang dikutipnya entah dari mana.

Beginilah keadaannya .. dinding yang bertampal-tampal.

Dinding ini hanya berjasa menepis angin .. tapi bolehkah ianya menepis dingin .. di saat malam?

[KLIP]
[RUNS=00:05]

Pondok ini ibarat menunggu waktu untuk roboh menyembah bumi.

Sudahlah begitu .. lihatlah .. inilah ruang tidur .. inilah juga ruang dapur.

Keadaan rumahnya sesak dan terhimpit .. persis Pak Long sendiri.

Bila malam .. hanya cahaya pelita yang sudi dan setia .. menemani Pak Long.

Kerana .. bekalan elektrik .. tak pernah ada.

Bekalan air .. jauh sekali.

Ada air telaga .. tapi kotor.

Terpaksalah Pak Long menagih air bersih .. dari jirannya.

[T/C IN=59:12]
(rumah pak long tak de api noh? tak dak - pelita ada ... ambik ayaq kat belakang rumah - kalau setakat basuh2 air telagalah - ni ayar telagalah ni ...)
[T/C OUT=59:35]
[SUPER=Pak Long]
[RUNS=00:23]

Memang .. memang hidupnya .. selama ini atas ehsan jiran.

Sehinggakan mahligai yang dibina di atas tanah ini pun.. adalah milik jiran yang selama ini bersimpati.

Kalau tidak .. sudah lama Pak Long merempat di jalanan.

[KLIP]
[RUNS=00:05]

Itu baru cerita tentang rumah .. belum lagi keadaan hidupnnya.

Hidup yang mengharap ehsan orang kampung.

Pak Long tidak berkerja .. tidak mempunyai pendapatan .. untuk menampung kehidupannya.

Dan .. mujurlah setelah sekian lama hidup berlapar .. beberapa bulan lalu Pak Long akhirnya menerima bantuan sejumlah 100 ringgit sebulan dari Pusat Zakat Pulau Pinang.

100 ringgit sebulan .. apalah yang boleh dibeli dengan 100 ringgit sebulan?
Tapi Pak Long tetap bersyukur.

[T/C IN=57:31]
(zakatlah kerajaan bagi 100 seblulan)
[T/C OUT=57:39]
[SUPER=Pak Long]
[RUNS=00:08]

(back to back)

[T/C IN=57:48]
(banyak mana mereka bagi pak long terima ... syukur alhamdullilah .... orang dah bagi ... alhamdullilah lah)
[T/C OUT=58:01]
[SUPER=Pak Long]
[RUNS=00:13]

Kemiskinan Pak Long adalah satu penderitaan.

Penderitaan yang tidak seharusnya dialami Pak Long ketika usia semakin senja.

Hidupnya sebatang kara.

Ada saudara .. saudara mara juga bukan orang berada.

Kedaifan hidup Pak Long mendorong Skuad Siasat melancarkan misi kemanusiaan.

Rumah Pak Long perlu diperbaiki .. agar hidup Pak Long lebih terurus.

Bukanlah rumah mewah puluhan ribu ringgit yang kami pinta .. cukuplah sekadar ruang dapurnya terpisah dari ruang tidurnya.

Dengan niat itu .. Skuad Siasat menghubungi Biro Pengaduan UMNO Pulau Pinang yang kemudiannya menemukan Skuad Siasat dengan Dato Jahara Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Air Tawar yang juga Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Bersama Skuad Siasat .. Datuk Jahara meluangkan waktu menemui dan melihat sendiri keadaan Pak Long.

[T/C IN=41:15]
(mungkin kita boleh tolong bina semula rumah ni tapi kena minta kebenaran tuan tanah - dapat bantuan kebajikan dan saya amat mengalu alukan bantuan orang ramai untuk membantu masalah dia)
[T/C OUT=41:39]
[SUPER=Pak Long]
[RUNS=00:24]

[KLIP]
[RUNS=00:05]

Lihatlah wajah tua ini. Lihatlah keadaan hidupnya.

Pandanglah dirinya selayak kita memandang ayah kita sendiri.

Lihatlah dia.

Renungkanlah nasib dirinya.

Pak Long sudah tua.

Entah esok .. entah lusa .. Pak Long dijemput .. meninggalkan kita.

Tetapi sebelum dia pergi .. berilah peluang kepada Pak Long .. untuk mengecapi kehidupan lebih sempurna.

Sertailah misi kemanusiaan membantu Pak Long.

Bukan ratusan ribu ringgit yang kami cari .. cukup sekadar modal untuk membeli papan bagi membina sebuah rumah kecil.

Sebuah mahligai kecil untuk kesejahteraan Pak Long.

Sudahkah anda mengerti derita Pak long?

[KLIP]
[RUNS=00:05]

(insert gfx)
Dan .. kepada anda yang sudi membantu .. anda boleh menghubungi saudari Shahani di talian 04-3332155 .. untuk menghulurkan bantuan.

(panjangkan lagi klip gfx dalam 5 secs)

Ini cerita derita seorang tua yang hidup melarat .. dan ditangan andalah kami menyerahkan untung nasib Pak Long.

skuad siasat.
[ENDS]

Monday, October 17, 2005

Apa?

Banyak betul feed back yang aku dapat pasal story Mak Ngah. Tiba tiba je mak Ngah jadi tumpuan. Aku sampai naik pening jadinya.

Hari Ahad lalu producer aku call, dia kata "Lin, abang Ghani kata ada satu syarikat Satelite nak sponsor Mak Ngah duduk rumah orang tua swasta kat Sungai Petani ... dorang akan tanggung semua perbelanjaan Mak Long kat rumah orang tua tu ..." Aku bingung. Adakah rumah orang orang tua swasta kat Sungai Petani? Aku kena find out pulak.

Dua hari sebelum story tu keluar, aku dapat cerita lagi best. Ayah bestfriend aku kira ..'somebody' jugaklah kat Sg. Petani tu ... dia dah bersetuju untuk masukkan api dan air kat rumah Mak Ngah. Sumbangan peribadi dari dia lah kiranya... bukan atas nama Jabatan atau Kerajaan .... atau parti politik ...

Dijadikan cerita ... tadi member2 kat Biro Pengaduan UMNO Penang (yang aku pertanggungajwabkan untuk segala derma yang datang untuk Mak Ngah)
call. Kata banyak orang tanya dan enquiry pasal Mak Ngah. Sibuk suruh aku cari alamat penuh dan no. i/c mak ngah. aku pun call lah makcik sabariah dan kak salma (mak anjang) minta bantuan.

Makcik Sabariah dan Kak Salma cerita pulak ada orang datang pi jumpa depa ... kata wakil dari ntv7. Pening kepala aku ... since bila pulak ada stringer ntv7 tinggal kat SP .. kat Tikam Batu pulak tu. Wakil ni kata MB marah dia sebab tak ambik tahu pasal nasib Mak Ngah.

Sudahnya ... kesian kat Makcik Sabariah dan family dia. Tak pasal pasal dorang kena tempias jugak.

Hailah orang orang besar! ...... aduhai dan alahaiiiiii orang orang besar!

Ni yang buat aku marah sangat. Marah yang teramat sangat. Kemarahan yang aku tak keluarkan kat story Mak Ngah, kerana aku berpegang pada janji aku nak buat story pure kemanusiaan bukan story membantai sesiapa.

Bila dah keluar story macam ni, baru masing masing bukak mata. Masing masing tunjuk marah ... masing masing kata tak tahu ... masing masing kata awak tak maklum? Tak de orang bagitau pun ~ apa ke jadahnya?

Minggu depan kalau ada kesempatan ... aku nak follow up story mak ngah ni ... dan aku akan make sure, wan kamarudin keluarkan kata kata apa ke jadahnya yang popular itu ...sakit jiwa aku lah 'dorang' ni.

Ha ... dok syok aku meluahkan perasaan kat sini ... member UMNO Penang call ... dia kata state government Kedah call nak tau detail ... lepas tu boleh tanya pasai apa UMNO Penang yang handle case mak ngah? haru biru kepala hotak aku ni ... pening aku jadinya weiiiii ....

Mak Ngah ... apa pun terjadi .... syawal ni Mak Ngah akan dapat api dan air. Paling lambat pun hujung tahun ni.

Mak Ngah tunggu nah mak ngah .... lin tengah usahakan untuk mak ngah. Mak ngah tunggu ... nanti lin datang pi jenguk mak ngah lagi.

Biarlah kami yang pening menghadapi karenah birokrasi ... jangan depa kacau Mak Ngah dan Makcik Sabariah.

Saya sedih Mak Ngah, dah macam ni pun dorang masih nak tanya itu ini kat kita, awat depa tak pi jenguk Mak Ngah sendiri, biaq depa tengok keadaan mak ngah macam mana ...

Mak ngah sabaq nah ... nanti lin mai tengok mak ngah.

Hiks.

Thursday, October 13, 2005

Apa?

Mak ngah ... hanya ini yang dapat saya bantu.

Saya serahkan selebihnya kepada rakyat malaysia yang ada naluri kemanusiaan untuk membantu mak ngah.

Saya harap ... syawal ini mak ngah tak akan bergelap lagi. Tak perlu tiba air dari perigi lagi. Saya harap mak ngah tak perlu berlapar lagi.

Tinggi harapan saya untuk lihat mak ngah duduk sempurna dan elok ... kalau tak dapat juga ... maka saya akan usahakan untuk mak ngah duduk kat rumah orang orang tua. Mungkin disitu mak ngah lebih terjamin dan terjaga.


[V-MAK NGAH]
[BM V/O]
[11/10/2005]
[WRITER=zra]
[SOURCE= ]

Di sini ada satu kisah duka .. derita seorang nenek tua.


Deita yang disimpan sejak sekian lama.

Mak Ngah Chah .. atau nama sebenarnya .. Aishah Yahya.

Ketika usia mencecah 76 tahun .. Mak Ngah tinggal sendirian dan paling menyedihkan .. Mak Ngah .. buta.

Akibat penyakit kayap .. lebih 50 tahun Mak Ngah tidak dapat melihat.

[T/C IN=09:42]
(tak terkira sakitnya - masa tu abah ada lagi - doktor ada datang dan bagi ubat - lepas tu berubat kampung kata tengok penyakit kayap)
[T/C OUT=10:11]
[SUPER=Mak Ngah Chah]
[RUNS=00:29]

Wajah tua ini tenang menceritakan segala kisah hidupnya.

Tiada siapa yang tahu .. apa yang tersirat dihati mak ngah.

Dalam senyum riang .. dia menepis segala derita hidupnya.

Walaupun hidup atas ehsan orang lain .. mak ngah tidak pernah meratap dan menangis untuk menagih simpati ramai.

[T/C IN=06:48]
(mak ngah duduk sorang - kekadang adik kakak lah bagi makan - jiran jiran kan? kadang dapat sedekah - itulah)
[T/C OUT=07:04]
[SUPER=Mak Ngah Chah]
[RUNS=00:16]
Daif dan serba kekurangan .. itulah rutin hidup mak ngah seharian.

Kegelapan sudah sebati dengan Mak Ngah - bukan sahaja kerana matanya buta .. tapi pondok mak ngah ini memang tak ada bekalan elektrik.

Sudahlah bergelap .. rumah mak ngah juga tiada bekalan air paip.

Dan .. air telaga inilah yang menjadi bekalan air minum mak ngah.

Beginilah keadaan setiap hari .. nenek buta ini akan mengangkut air telaga .. di belakang rumahnya.

[T/C IN=07:11]
(telaga .. angkat bubuh dalam rumah)
[T/C OUT=07:21]
[SUPER=Mak Ngah Chah]
[RUNS=00:10]

Mujur .. derita mak ngah .. mendapat simpati jirannya.

Dan .. atas rasa kemanusiaan .. skuad siasat dipanggil untuk melihat sendiri keadaan mak ngah.

[T/C IN=39:06]
(dia biasa tak makan ... kadang 2 hari ... kadang 3 hari ...dia bagitau saya ... tu yang kesian tu)
[T/C OUT=39:15]
[SUPER=Makcik Sabariah/Jiran]
[RUNS=00:11]

Bagi Makcik Sabariah .. dia akan terus membantu .. selagi termampu.

Tapi Makcik Sabariah bimbang .. sekiranya dia seharian tiada di rumah .. siapa yang akan menjaga makan minum mak ngah?

[T/C IN=37:45]
(tolong macam tu lah - bagi makan - ada orang bagi zakat tapi tak selalu - dia bagilah beli apa apa apa)
[T/C OUT=38:11]
[SUPER=Makcik Sabariah/Jiran]
[RUNS=00:26]

Dek kerana selalu mendapat simpati jiran ... adakalanya mak ngah .. segan.

Jika ada beras .. mak ngah akan masak.

Dan .. jika ada sayur .. itu sudah cukup mewah.

Perderitaan mak ngah adalah satu takdir.

Kekosongan adalah teman yang setia.

Kesunyian sudah sebati dalam jiwanya.

Bukan tiada anak .. tapi anak entah hilang di mana.

Ada saudara .. tapi saudara .. tak tahu sembunyi ke mana.

Adakalanya .. mak ngah tewas .. terutama .. kekosongan dan kesunyian menjadi satu.

[T/C IN=22:40]
(mak ngah ingat nak pi lagpun mak ngah dah tua - teringin juga berkawan - sunyi jugaklah)
[T/C OUT=23:02]
[SUPER=Mak Ngah Chah]
[RUNS=00:22]

Ini kisah derita seorang nenek buta ... yang hidup daif dalam kemiskinan.

Ini cerita duka ... yang memerlukan simpati kita.

Kisah kemanusiaan yang menuntut pembelaan.

[T/C IN=39:50]
(kalau boleh tolonglah buat bag elok. bag ayaq api biar sempurna - takut nanti dalam gelap ada apa apa - tu yang takut tu)
[T/C OUT=23:02]
[SUPER=Mak Ngah Chah]
[RUNS=00:22]

Dan kepada anda yang memiliki naluri manusia .. bukankah ramadan ini .. menuntut mencari keredaan.

Sudahkah anda mengerti derita mak ngah?

Kita semua boleh membantu mak ngah .. tidak banyak yang dimintanya .. cuma bekalan air dan elektrik.

(insert gfx)
Dan .. kepada anda yang sudi membantu .. anda boleh menghubungi saudari Shahani di talian 04-3332155 .. untuk menghulurkan bantuan.

Semoga Syawal ini .. mak ngah tidak lagi bergelap .. dan tidak lagi sunyi.

[ENDS]

Tuesday, October 11, 2005

Apa?

Just came back from Alor Setar & Penang. 8 hari aku outstation kali ni. Mengalahkan assignment aku ke Sabah.

Well ... 8 hari ... hari ini aku datang ke office dengan kepala aku yang bercelaru sebab aku tak tahu macam mana ingin aku mulakan cerita kesedihan tentang Mak Ngah Chah ... seorang nenek tua yang buta ... karektor yang menjadi assingment kemanusiaan ku pada minggu ini.

Aku tidak tahu bagaimana harus aku mulakan cerita ini. Kepala ku bingung. Aku tak tahu pun lagu apa yang ingin aku pakai untuk story ni.

Bingung ... dan sedih. Aku selalu terbayangkan wajah Mak Ngah. Aku benar benar ingin membantu dia. Kalaulah aku kaya ... aku akan ambik dia jadi nenek angkat aku ... kesian mak ngah .. ada anak ... anak pun buat tak tahu .. apalah nasib mak ngah.

Akan aku perjuangkan nasib mu mak ngah ... dengan cara ku sendiri ... aku akan perjuangkan!